in , ,

Anuar Zain & Ella Bakal Perform di Konsert Raya Oasis Piazza

Bintang tempatan berhimpun di Oasis Piazza sempena Konsert Raya. Oasis Piazza akan menganjurkan majlis gilang-gemilang sempena musim Raya, percuma untuk orang ramai

Untuk mengakhiri sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015, Oasis Piazza bakal merakamkan penghargaan kepada komuniti tempatan dan antarabangsa yang memberi sokongan kepada pihaknya dengan membawakan beberapa nama besar di arena muzik Malaysia pada Konsert Raya selama semalam secara percuma.

Anuar Zain & Ella Bakal Perform di Konsert Raya Oasis Piazza

Pada malam terakhir Syawal (15 Ogos 2015) – dihoskan oleh Cheryl Samad yang berbakat besar – satu Konsert Raya akan diadakan di Oasis Piazza, satu lokasi terkini gaya hidup dan hiburan di Petaling Jaya. Acara percuma untuk umum ini akan menampilkan penyanyi bersuara lunak Anuar Zain dan Ratu Rock Malaysia, Ella, penyanyi soul Dasha Logan, bintang sensasi YouTube Elizabeth Tan dan bintang rock legenda Man Kidal. Oasis Piazza yakin acara seperti konsert Raya ini yang bermatlamat untuk menyatupadukan negara dan memberi sokongan kepada bakat tempatan dalam industri muzik kreatif, merupakan satu unsur penting bagi meraikan dan menghargai kepelbagaian budaya Malaysia.

Konsert mega selama dua jam ini akan bermula pada jam 8.30 malam dan dijangka bakal menarik ribuan pengunjung jauh dan dekat. Bertempat di tengah-tengah ciptaan istimewa Sime Darby Brunsfield Group, Oasis Square – Oasis Piazza akan menampilkan pentas hadapan berganda dengan saiz penuh, berserta skrin di seluruh lokasi, bagi memastikan ribuan hadirin tidak akan terlepas menyaksikan seluruh persembahan.

Majlis tersebut, dianjurkan oleh Popcorn Studio, juga akan memberi peluang kepada pengunjung terpilih untuk menyertai sesi ramah mesra bersama bintang-bintang selepas persembahan mereka. Di samping itu, atas semangat tulus sambutan Raya, Oasis Piazza menerusi inisiatif Brunsfield International Group CSR untuk meningkatkan penglibatan dan pembangunan sosial, bakal mengalu-alukan kira-kira 100 tetamu istimewa daripada aktiviti pembelajaran alternatif, Projek Mentari (www.mentariproject.com) dan kanak-kanak mangsa banjir di Kelantan. Kanak-kanak ini akan berpeluang untuk menjamu selera pada majlis makan malam dan meneroka Oasis Piazza sambil menikmati kemeriahan konsert mega berkenaan.

Terletak hanya beberapa minit dari Lapangan Terbang Subang, Oasis Piazza mengetengahkan laman al-fresco di sepanjang aliran dan pancuran air yang mendamaikan. Sebanyak 15 kedai pelbagai tema di Oasis Piazza menempatkan restoran gourmet tempatan dan antarabangsa terpilih, bagi menyediakan peluang kepada komuniti setempat merasai pilihan sajian yang meluas di satu destinasi. Lokasi yang dipilih dengan baik itu boleh menempatkan 7,000 ruang parkir jalanan secara keseluruhan – mencukupi untuk jangkaan jumlah pengunjung.

Oasis Piazza terletak di Jalan PJU 1A/7A, Oasis Square, Oasis Damansara 47301, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Majlis berkenaan ditaja oleh Oasis Piazza dan disokong oleh Sime Darby Brunsfield Group (SDBH), Oasis Village dan ERM International Group.

Anuar Zain & Ella Bakal Perform di Konsert Raya Oasis Piazza

Anuar Zain & Ella Bakal Perform di Konsert Raya Oasis Piazza

Anuar Zain & Ella Bakal Perform di Konsert Raya Oasis Piazza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nubhan Nikah Dengan Bakal Doktor Gigi Ogos Depan

Cara Pulang Lebih Cepat di Musim Cuti Merdeka