Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Anuar Zain Bikin Peminat Sheila Majid Histeria



Setiap kali penyanyi terkenal dan juga adik kepada juara Mentor lepas, siapa lagi kalau bukan Anuar Zain ni muncul, pasti mengundang tepukan dan sorakan yang meriuhkan. Itu yang biasanya akan berlaku.

Seperti juga di rakaman Konsert Aku Cinta Padamu… Sheila Majid pada Jumaat lalu. Dewan Auditorium Perdana, Angkasapuri riuh sekali dengan sorakan dan tepukan tatkala Datuk Sheila Majid menjemput Anuar Zain naik ke pentas. Kononnya sebagai satu suprise buat peminatnya… walhal semua dah tahu tentang featuring Anuar Zain untuk program raya ini.

Maka, bikin histerialah sekalian peminat Sheila Majid apabila Anuar Zain berada di atas pentas. Sorakan mereka sangat membingitkan telinga mengalahkan sorakan untuk Sheila Majid. Ish ish…

Untuk memeriahkan suasana hari raya, Sheila Majid mengajak Anuar Zain untuk berduet lagu raya yang sudah biasa kita dengar iaitu Suasana Hari Raya. Kemudian, setelah pentas diserahkan kepada Anuar Zain, beliau mengajak seorang peminat turun ke pentas untuk berkongsi pentas dengannya.

Budiey ingat AZ nak suruh peminatnya menari tapi cuma bersalaman dan sekadar sesi bermesra bersama peminat. Yang si peminat ni pulak, pantang diberi peluang, terus turun dan bersalaman dengan AZ dengan mencium tangan AZ beberapa kali. Budiey rasa, kalaulah bukan rakaman nih, mesti peminat tu nak cium pipi Anuar Zain seperti yang berlaku di show AZ sebelum ini. Fanatik betul kan?

Usai sesi peminat, Anuar Zain mula menyumbang vokal mantap yang bikin suasana jadi terpukau dengan sebuah lagu yang pernah dilagukan oleh Harvey Malaiholo berjudul Pelabuhan Cinta. Sebuah lagu balada yang sungguh mendayu-dayu.

Sebagai penamat, Anuar Zain meninggalkan lagu Kau Bunga Cintaku, sebuah lagu rancak untuk kenangan semua peminat.

Kepada peminat Anuar Zain, jangan lupa untuk menonton siaran rakaman ini di TV2 pada hari raya Aidilfitri. Budiey belum diberitahu lagi konsert ini akan disiarkan pada hari raya ke berapa dan tarikh sebenarnya. Tunggu sahaja pengumumannya di RTM.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Trivia Album Raya Paling Mahal di Dunia
  • Gambar Anuar Zain di Singapore Expo
  • Gambar Anuar Zain di Post Party AIM18
  • Sheila Majid Berduet Dengan Chandra
  • Rakaman Konsert Aku Cinta Padamu Sheila Majid Anuar Zain
  • Anuar Zain Trending di Singapura
  • Gambar Kekasih Anuar Zain
  • Gelagat Peminat di Rakaman Konsert Sheila Majid
  • Majlis Aidilfitri Bersama Anuar Zain Anjuran Anuar Zain Network Sdn Bhd
  • Album Raya Sheila Majid MEMORI AIDILFITRI



    • nona

      naper si budiey nih letak gambar yg last tuh…potong betul la…..anyway thanks cause letak pic AZ kt sini….ohh….AZ yg ku rinduuuuu

    • http://missgadjet@blogspot.com Nur

      biler laa anuar zain nk kawin?

    • Nuyoi Idris

      encemnyaa anak Pak Zain nieeeeeeee

    • Reena Shah

      the MOST ELIGIBLE DECENT BACHELOR IN TOWN. klu ada anugerah artis tanpa gosip liar inilah dia penerima award tu

    • Reena Shah

      MOST ELIGBLE DECENT BACHELOR IN WORLD

    • Hamba Allah

      Hensem, kaya, popular, takde kontroversi, tapi…..bila nak dapat suri idup?



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK