AntooFighter Dapat RM1juta Dalam 4 Hari
Budiey nak ucapkan tahniah kepada semua pelakon, pengarah dan juga krew filem AntooFighter yang telah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia tanggal 27 November telah mendapat tempat di hati penonton kita. Bukan mudah untuk mendapat jualan tiket RM1 juta dalam masa 4 hari dalam keadaan gawat seperti sekarang. AntooFighter arahan Azizi Adnan @ Chunk telah meraih kutipan RM 1 Juta selama 4 hari ditayangkan ini sudah tentu akan mengembirakan GBSB.

Sinopsis Filem AntooFighter:
Kisah bermula apabila Sekumpulan Makhluk dan Hantu-hantu dizaman dahulu yang diketuai Drakulat Van Listerooy, kembali mengganas dan bermaharajalela dizaman ini selepas mereka terlepas dari kurungan dan tangkapan kumpulan Penentang Jembalang pada zaman dahulu. Drakulat dan hantu-hantunya (Bajang (Iblis), Mistikus (Witch), Sarjan Algojo (Hantu Gigi), Maya (Pontianak), Siti Sunshine (Pontianak Pondan), Ozawa (Pontianak Korea), Chow Meng Nga (Hantu Cina), Togom (Hantu Hijau), Filius de Flamma (Hantu Api), Kartarakh (Hantu Biji Mata) telah mengembara dari tempat mereka terlepas ke Kuala Lumpur dan telah menawan Menara KL dan dijadikan markas operasi mereka. Disitu mereka telah memulakan kekacauan dan kekecohan di ibu Negara sehingga menyebabkan Negara di tahap bahaya.Dalam masa yang sama, objektif Drakulat sebenarnya adalah untuk membebaskan “Lord Sharon”iaitu anak Syaitan ke dunia supaya mereka dapat bersama-sama menguasai dunia dan membebaskan kuasa kegelapan ke segenap alam maya. Oleh itu , Drakulat terpaksa mencari seorang gadis yang telah terpilih menerusi keturunan darahnya, iaitu “Delyla” , dimana darahnya dipercayai mempunyai kuasa dan dapat dijadikan korban untuk dipersembahkan kepada “Lord Sharon” supaya dapat bebas ke bumi. Dalam pada itu, Kehadiran kumpulan Drakulat dapat dirasai oleh Pak Din ( salah seorang Antoofighter terakhir pada zaman 50an). Antoofighter merupakan kumpulan rahsia yang telah wujud sejak bermulanya alam dan dunia dimana 5 orang manusia akan terpilih untuk menjaga dunia daripada kuasa kuasa jahat setiap 60 tahun.
Art work:
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





December 3rd, 2008 at 10:08 pm
congrats to u ols !!
December 3rd, 2008 at 11:00 pm
RM1juta? Wang besar! Wang besar!!!!
December 4th, 2008 at 8:01 am
ni cite hantu zaman moden ker.. inilah rupa cite nye.. heran jugak hubby aku teringin sangat nak tengok cite ni.. dia kata nampak cam best jer.. dah baca sinopsis teringin gak aku nak tengok..
December 4th, 2008 at 5:42 pm
inilah cite melayu terbest.. tak macam pengarah malaysia yg boring dan stereo type
December 4th, 2008 at 6:24 pm
ler best ke citer ni..sampai kutip juta2 tu…
December 4th, 2008 at 7:01 pm
Dah tengok dah cerita tue. Tapi pawagam 2 baris jer….Ye ker dapat juta2….?
Tapi jalan cerita ok lah…….Bagi 3 bintang…..Tapi bab lawak…..bagi 2 bintang.
Keseluruhan……3 bintang.
Hehehehehehehehe……….Jangan marah yer producer….Saya tengok kat wayang tau, bukan cetak rompak. Kira mcm support gak la filem tempatan.
Hehehehehehehehehehehehehehe
December 4th, 2008 at 8:45 pm
Biar betul SYAZLEEN .. tgok kt mna tu?
December 5th, 2008 at 8:54 am
good.
December 6th, 2008 at 12:36 am
hekeleh
aku dah tgk dua kali kat wayang
memang gile besh
aku bg 10bintang kat crta ni!!kalau 3bintang tu mmg xreti tgk wyg agaknya..
crta ni syokk woooOoo
kelakar2..efek pon real..lakonan pon menjadi…
December 6th, 2008 at 2:24 am
Berjaya Times Square……..2 baris pun tak penuh. Yelah byk ruang antara couple-couple……Hehehehehehehehehehe………
December 13th, 2008 at 11:25 am
pe r ko ni SHAZLEEN…sowi 2 say la..cite ni mmg lawak giler..xkan dua tige bintang je ko bg..yela kan pendapat memasing..tapi xpuas ati dol..bg aku nila cite mlayu yg xwat lwk bangang..lawak kire sjuta bintangla aku bg..mybe cik shazleen tido kot time nengok cite ni..yela kan,phm 2..keadaan aircond lam wayang 2 kan sejuuuuuuuuuuk…hm..neway,hope cik shazleen buka mate ngan filem mlayu kite..jgn “tido”…
December 16th, 2008 at 1:17 pm
perspektif masing2
masing2 menilai mengikut bechmark masing2
penilaian 3 bintang tu bermaksud… filem malaysia ada ruang utk menjadi lebih hebat