in

Angkasawan Negara Ajak Peminat ke Spain & Morocco

Budiey sekarang berada di Sidang Media Kembara Kegemilangan Islam di Bumi Andalusia Spain & Morocco di Restoran Rebung, Bangsar, Kuala Lumpur.

Kembara Kegemilangan Islam di Bumi Andalusia Spain & Morocco akan diadakan pada 26 Disember 2013 hingga 6 Januari 2014.

Antara tempat menarik yang akan dilawati ialah Istana Al-Hambra, Masjid Cordova, Kedutaan Malaysia, Istana Diraja dan banyak lagi.

Lama jugak Budiey tak jumpa dengan Angkasawan Negara ni. Kali terakhir, Budiey pernah dijemput untuk mengikuti pelayaran Cruise Bersama Angkasawan ke Phuket & Krabi awal tahun lalu.

Apa-apa pun, Budiey gembira melihat perkembangan Dato Dr Sheikh Muszaphar yang nampak begitu bahagia di samping isteri tercinta Datin Dr Halina Mohd Yunos bersama dua puteri cilik mereka Sophea Isabella & Sophea Natasha yang makin membesar.

Budiey dengar, Dr Sheikh Muszaphar juga masih aktif memberi ceramah, aktiviti kemasyarakatan serta menjadi doktor pakar dan jururunding ortjopedic di UKM. Beliau juga terlibat dengan kanak-kanak dan program kemanusiaan terutamanya di GAZA, Palestin.

Sinonim dengan Dato Dr Sheikh Muszaphar juga sering kali mengadakan program bersama peminat beliau ke “Libra Cuise Krabi Phuket” dan “Kembara Angkasawan di Baitulmaqdis”, kali ini angkasawan negara mengajak para peminat untuk bersama- sama ke Spain & Morocco disember ini.

Angkasawan Negara ajak peminat ke Spain & Morocco disember ini.

Angkasawan Negara ajak peminat ke Spain & Morocco disember ini.

Angkasawan Negara ajak peminat ke Spain & Morocco disember ini.

Angkasawan Negara ajak peminat ke Spain & Morocco disember ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Lagu Layak Ke AJL28 Separuh Akhir Kedua Muzik Muzik 28

Afee U-Topia Dilantik Jadi Duta MaxPower