Analisa Budiey Untuk Senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular 2009
Budiey rasa ada beberapa kejutan dalam senarai Top 5 kali ini:
- Setelah bertahan begitu lama dalam ABP, nama Rosyam Nor dah takde dalam senarai? Nak kata Rosyam Nor takde keluar produk dan drama, tak jugak. Rosyam Nor masih lagi berlakon drama TV. Tapi mungkin kali ini, namanya tenggelam kerana keluarnya muka-muka pelakon yang lebih segar, muda lagi baru.
- Timbulnya artis baru yang selama ini jarang kita lihat untuk berada dalam senarai Top 5. Kalau ada pun, hanya dalam senarai pencalonan awal.
- Seperti biasa untuk kategori Artis Baru Lelaki Popular dimonopoli oleh bintang realiti TV. Namun kali ini terdapat satu nama yang sangat asing iaitu pelakon bernama Gambit Saifullah. Beliau pernah berlakon filem Rasukan Ablasa, Susuk dan Cinta. Jangan pula anda ingat, dia undi diri sendiri ya kerana bagi Budiey ini adalah rezeki namanya.
- Sekali tercalon, Yuna tersenarai dalam 2 kategori sekaligus iaitu Penyanyi Wanita Popular dan Artis Baru Wanita Popular. Satu kebangkitan dan evolusi baru dalam peralihan kuasa dunia seni suara. Namun, bersaing dengan Siti Nurhaliza, rasanya Yuna masih dalam kiraan langkah pertama.
- Rabbani yang sentiasa disebut sebagai pemenang dalam kategori Penyanyi Nasyid Popular kali ini masih berjaya membolosi walaupun tanpa vokalis Ustaz Asri.
- Melihat barisan nama dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular, nampaknya kali ini Fahrin Ahmad dan Aaron Aziz akan bersaing dengan 3 muka baru iaitu Fizz Fairuz, Fizo Omar dan Remy Ishak.
- Wow! Budiey kira ini selain kategori Artis Komedi Lelaki Popular yang mengangkat pelawak ini sebagai Artis Paling Popular tahun lalu, ini pertama kalinya nama Nabil tersenarai dalam kategori Pengacara TV Lelaki Popular. Alhamdulilah, ini hasil usaha beliau mengacara program TV3 iaitu Ewah Ewah dan Hartamania di TV9. Mungkinkah Nabil akan menyapu bersih dan merampas mahkota dari Aznil Nawawi?
- 3 nama popular yang tengah panas dengan cerita kontroversi tatkala ini iaitu Linda Onn, Scha Alyahya dan Fahrin Ahmad pastinya tersenarai. Okay, nampaknya betul kata sesetengah orang, popular dengan bakat dan kontroversi itu berjalan seiring.





Tags: Anugerah Bintang Popular
Tags: Anugerah Bintang PopularClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





January 20th, 2010 at 10:35 pm
Jgn pandang rendah kat Yuna wahai Budiey.. kecil2 cili api.. hahaha kami akan terus bangkit mengundi Yuna dalam mencetus evolusi baru peminat2 arena seni suara malaysia. Yuna punya bakat yg unik, imej yg unik dan suara yg unik yg xder kat mana2 artis kat malaysia ni lagi. lagi pun dia bawa imej yg sopan yg sesuai untuk jadi ikutan remaja2 skang. Peminat skng lebih bijak dalam memilih yg terbaik utk meraka…. YUNALIS ZARAI da best!!! hehe
January 21st, 2010 at 12:03 am
sy rasa gambit dikenal ramai bila mucul dlam rcgn 8tv–the hooper and ahli music…yuna pun ada jadi salah satu tetamu rancangan tue…rcgn tue best!..
January 21st, 2010 at 1:41 am
jgn terkejut klau YUNA yg mng..n kalahkan CT..xde yg mustahil..
January 21st, 2010 at 9:03 am
btul tuh..suara yuna tersendiri..itulah seninya..xmustahil boleh kalahkan CT..
January 21st, 2010 at 10:58 am
apa lak yuna akan menang…suara tak sedap langsung! kalau setakat hanya bergantung pada satu lagu je ( dan sebenarnya) wat pe….dah lah tak best pastu mcm tergedik2 mcm itik jalan……itulah…mak bapak hntr g blaja amik law tapi g menyanyi mcm itik….tahun ni siti nurhaliza menang bintang paling popular..jgn terkejut anti2 siti semua…..gigit kuku la korang…sitizonerssssss ayuh gempur undi siti nurhalizaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
January 21st, 2010 at 11:32 am
ala…tgk je la nanti
January 21st, 2010 at 12:00 pm
populariti yuna semakin tinggi lps menang AJL. mungkin dia bakal kalahkan ct, apapun vote ku ttp utk ct. kalau ct kalah pun ok lgpun ni 1 saingn yg sihat.
January 21st, 2010 at 3:04 pm
bukan masalah unik ker hape… adoii.. nikan undian peminat.. tengok rezeki la bai.. mende mengarut unik lah ape lah. peminat siti boleh calm down sikit tak? tahun 2010 dah nih.. memalukan jer nak fanatik2 nih. x kesah sape menang. dedue best.
January 22nd, 2010 at 9:04 pm
tgk jelah keputusannya nnt, klu rasa nak undi undilah………..kecoh bangat…. ct tak menang pun takpe, bg peluang artis baru, karang ckp ayik2 ct je yg menang, mcmla bagus sangat………..kesian kat artis laintu, so klu rasa nak tewaskan ct undilah bebnyk artis yg anda ingin menang mlmtu nnt…………habis cito………..
January 23rd, 2010 at 11:04 am
peminat siti kata : ni bukan entry siti yea…SO JGN KO NK LEBIH2…at least yuna ada belajar law…siti belajar apa ? so jgn ckp sebarangan..kalo siti kalah pun tak miskin dia de…cukup2 la tu..kalo asyik memang jer jgn adakan kategori penyanyi wanita lagi..