in

Anak Bayi Sulung Zed Zaidi Selamat Dilahirkan

Pada jam 11 pagi tadi, Budiey telah menerima satu mesej pesanan ringkas SMS dari pelakon Zed Zaidi. Beliau mengkhabarkan satu berita gembira di mana isteri beliau, Natalia Natasya atau Nelly, telah selamat melahirkan bayi sulung mereka secara pembedahan kira-kira jam 9.30 pagi tadi, di Pusat Perubatan Tropicana (TMC), Kuala Lumpur.

gambar zedzaidi isteri

Anak Zed Zaidi, Ryan Ziqry sudah dilahirkan jam 9.30 pagi tadi seberat 4.32kg is baby boy! Yey!- zedzaidi

Sebelum itu, Zed Zaidi telah kemaskini Twitternya dengan rasa yang sangat excited:

Zed dapat baby boy!!! Berat 4.32 kg jam 10 pagi tadi. Yey!!! Thank u doktor fida n kru!!! Tak sangka aku dah ada anak comel gila!!!!

Tahniah buat Zed Zaidi yang kini bergelar bapa. Berkat Ramadan dan hari ini pula adalah hari Jumaat. Semoga anak beliau dilahirkan sebagai insan yang berguna dan diberkati. Anak yang dilahirkan dengan berat 4.32kg ini diberi nama Ryan Ziqry.

“Alhamdulillah, semuanya selamat. Saya bersyukur dan gembira. Saya turut sama masuk ke bilik bedah dan memengang tangan isteri memberi semangat padanya. Tetapi doktor memberitahu bayi terlalu besar, oleh sebab tu pembedahan terpaksa dijalankan. Bayi kami sihat. Isteri juga dalam keadaan sihat. Saya baru saja mengazankan bayi kami tadi.”

Ditanya mengenai pilihan nama cahaya matanya itu, Zed secara ringkas menjawab,

“Nama tu sebenarnya memang pilihan saya dan isteri. Ziqry tu ertinya zikir dan Ryan tu sebab nak nampak sedap bunyinya bila disebut dengan nama saya sekali, Ryan Ziqry Rozaidi. Abang saya boleh melawak tadi, katanya kenapa tak letak nama Ryan Giggs.”

Tambah Zed lagi, isterinya akan menjalani proses berpantang di rumah ibu mertuanya yang terletak di Taman Tun.

Pasti ramai pembaca nak tengok gambar bayi pertama Zed Zaidi kan? Pastinya anak pasangan ini comel. Gambar bayi sulong Zed Zaidi yang comel itu akan Budiey upload dalam masa terdekat ini di entri yang lain pula.

Tahniah Zed Zaidi

Anak Bayi Sulung Zed Zaidi Selamat Dilahirkan

Ini dia gambar bayi anak Zed Zaidi yang comel… putih melepak… ggrrr geramnyaaa… hehehe

Gambar Anak Zed Zaidi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Juliana Ibrahim Jual Pakaian Kanak-Kanak

Set Cenderamata Olimpik Dari Mcdonald’s