Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)









[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Anak Norlia Ghani Adik Rusdi Ramli Meninggal Dunia

Patutlah tadi, ada seorang pembaca dari Kelantan mesej kat Budiey dalam yahoo mesengger, dia kata anak Rusdi Ramli. Terkejut jugak Budiey mendengar berita tu. Mulanya memang tak pasti lagi la betul ke tidak.

Tapi selepas Budiey tanya member-member kat Facebook, ada pembaca cakap, sebenarnya bukan anak Rusdi Ramli tapi anak kepada Norlia Ghani… kira adik Rusdi Ramli la ek~. Belek-belek dalam internet, dah ada berita kat Bernama.

Khabar dari berita yang dipetik dari Bernama ni mengatakan bahawa anak Norlia Ghani yang bernama Edi Rizal Ramli jatuh dari tingkat 7 sebab nak kejar pencuri. Kalau nak kira dia mati syahid la ek? Tapi kesian la kat dia. Apa-apa, marilah sama-sama kita menghulurkan Al-Fatihah kepada allahyarham. Innalillah~

Ini bukan gambar adik Rusdi Ramli tapi ini gambar Rusdi Ramli dalam satu drama TV

Anak pelakon maut jatuh bangunan kediaman
27/09/2009

KUALA LUMPUR 27 Sept. — Tindakan berani anak ketiga pelakon Norlia Ghani ketika cuba menangkap pencuri yang menceroboh sebuah unit d itingkat tujuh Pangsapuri Murni Titiwangsa, Keramat di sini meragut nyawanya sendiri apabila dia terjatuh dari bangunan itu hari ini.

Kejadian pada kira-kira pukul 12 tengah hari itu menyebabkan Edi Rizal Ramli, 33, yang juga adik kepada pelakon Rusdi Ramli maut akibat tergelincir ketika mahu memanjat ke balkoni unit berkenaan.

Abang mangsa, Romiza, 36, berkata, seorang lelaki dikatakan memasuki unit di tingkat tujuh dengan memanjat saluran paip dan Edi Rizal yang mahu menangkap lelaki itu turut berbuat demikian tetapi tergelincir akibat tidak dapat mencapai palang besi di anjung unit itu.

Romiza berkata, terdahulu adiknya bergegas ke tingkat tujuh sebaik diberitahu seorang pencuri sedang bersembunyi di situ selepas lelaki berkenaan dikatakan memecah masuk unit kediaman di tingkat lapan.

“Dia (Edi) kemudian panjat balkoni melalui saluran paip selepas gagal masuk melalui pintu hadapan unit di tingkat tujuh itu tetapi dia tergelincir dan terjatuh,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL). – Bernama

Tags: , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza dan Datuk K di Majlis Wedding Rusdi Ramli
  • Drama Intan Sayang Lakonan Rusdi Ramli, Jue Aziz, Shaheizy Sam
  • Majlis Wedding Pernikahan Rusdi Ramli dan Sharon Paul
  • Sinopsis Filem Anak Lakonan Erra Fazira & Ida Nerina
  • Gambar Fazura di Sidang Media Anak Wayang
  • Pelakon Tony Kassim Meninggal Dunia
  • Nasir Anak P Ramlee Meninggal Dunia Petang Tadi
  • Ayah Achik Spin Meninggal Dunia
  • Dialog Anak Wayang, Sesi Anak Wayang, Sesi Anak Wayang
  • Gambar Fazura dan Rusdy Ramli di Sidang Media Anak Wayang di KLPac



  • 5 Komen untuk entri “Anak Norlia Ghani Adik Rusdi Ramli Meninggal Dunia”

    1. nazira kata:

      Al-Fatihah…smoga roh arwah ditempatkan dlm golongan org2 beriman..amin

      kesian dia. :(

    2. hello kitty kata:

      al-fatihah utk arwah…& takziah utk keluarga arwah..

      penah gak dok kt situ bbrapa thn lps..
      mmg byk kes curi & pecah rumah w.pun ada bbrapa penduduk
      yg sukarela meronda waktu malam..

      harap lps ni pihak polis beri lbh perhatian..

    3. norzah mohamad kata:

      sekiranya sikap pihak berkuasa masih tidak berubah dalam tindakan membenteras jenayah yang dianggap kecil,maka tak usah terkejut ada kehilangan nyawa ‘free’ setiap hari.. Al Fatihah buat aruah Edi Rizal Ramli,menjadi hero pada waktu dan hari yang salah…

    4. Mrs. Asida kata:

      al-fatihah.. kesian dia ek.
      Bos.. xde ke gambar arwah?

    5. ika kata:

      al fatiah…
      smoge roh d tmpt kn d kalangan org2 yg beriman…
      simpati kpd kluarga mangsa

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!