in , , ,

Ana Raffali Meet Uncle Hussain Faizal Tahir Hafiz Terima Cek AJL25

Kesemua pemenang Anugerah Juara Lagu 25 telah diraikan di satu majlis ringkas Majlis Penghargaan Raikan Pemenang AJL25 di Sri Pentas pada 14 Februari 2011 jam 2.30 petang.

Hanya Hafiz, pelantun lagu Noktah Cinta tak dapat hadir kerana khabarnya masih berada di Kuching, Sarawak.

Penyampaian Cek AJL25

Selain dari pemenang utama, majlis turut mengundang para finalis AJL25, krew produksi serta tenaga kerja AJL25 termasuklah rakan-rakan media untuk sama-sama meraikan kejayaan AJL25 yang juga telah berlangsung 5 minggu lalu.

Di majlis yang Budiey boleh umpamakan seperti kenduri ringkas itu, penyanyi Ana Raffali menerima cek sebanyak RM35,000 setelah lagunya, Tolong Ingatkan Aku dinobatkan menjadi juara AJL25.

Begitu juga dengan Meet Uncle Hussein dan Black yang mendapat tempat kedua menerima cek sebanyak masing-masing sebanyak RM15,000 diikuti pula dengan pemenang tempat ketiga, Hafiz, menerima cek sebanyak RM12,000 dan RM10,000 sebagai vokal terbaik. Hafiz yang tak hadir telah diwakili oleh komposer lagu Noktah Cinta iaitu Ajai dan Shah Qalam.

Selain itu Faizal Tahir menerima cek sebanyak RM10,000 untuk kategori persembahan terbaik.

Pemenang-pemenang menerima cek yang diserahkan oleh ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.

Menurut Ana, wang yang diterima itu akan dibahagikan kepada kumpulan pemuziknya, The Marheins serta orang terdekat yang banyak membantu Ana dalam penghasilan lagu tersebut.

Begitu juga dengan Meet Uncle Hussein, wang yang diperoleh itu akan digunakan untuk penggunaan projek-projek terbaru kumpulan tersebut.

“Pendekatan kumpulan kami ialah, kerja sama-sama dan hasil yang diperoleh juga akan digunakan bersama. Duit yang diterima itu kami akan belanjakan untuk projek baru kami pada tahun ini dan sedikit sebanyak ia mengurangkan beban kami dari segi pengeluaran modal,” kata Taja, selaku ketua kumpulan MUH.

Faizal pula bercadang untuk memberi wang kemenangan tersebut kepada krew dan orang yang banyak membantu menjayakan persembahannya terutama sekali kumpulan pemuzik FT, Royal FT Force.

AJL25 yang berlangsung pada 9 Januari lalu itu berjaya meraih jumlah penonton sebanyak 4.2 juta (21.4 TVR) atau 64% (sumber AGB Nielsen) dan ia juga memperlihatkan antara penganjuran program terbaik sempena meraikan ulang tahun jubli perak stesen televisyen tersebut.

Penyampaian Cek AJL25

Hafiz yang tak hadir telah diwakili oleh komposer lagu Noktah Cinta iaitu Ajai dan Shah Qalam.

Penyampaian Cek AJL25

Meet Uncle Hussein dan Black tempat kedua menerima cek sebanyak masing-masing sebanyak RM15,000 dari Ahmad Izham

Penyampaian Cek AJL25

Ana Raffali menerima cek sebanyak RM35,000. Beliau rancang untuk buat kenduri.

Penyampaian Cek AJL25

Wakil untuk Faizal Tahir yang tiba agak lewat menerima habuan hasil persembahan terbaik Faizal Tahir di AJL25

Ana Raffali

Ana Raffali

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maya Karin Teruja Jadi Hos Program Gossip

Hard Rock Cafe Umum 10 Finalis Battle Of The Bands