in , ,

Ana Dahlia Bawa Watak Wanita Cacat Dalam Drama Cinta Yang Satu

[dropcap]W[/dropcap]atak wanita cacat penglihatan yang dilakonkan Ana Dahlia dalam drama bersiri ‘Cinta Yang Satu’ yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sepanjang Ramadan ini sememangnya mencabar kewibawaannya ini sebagai seorang pelakon. Menerusi drama diterbitan Suhan Movies yang telah pun menemui penonton dalam episod pengenalannya sejak 5 Julai lalu, setiap Jumaat, jam 9.00 malam di TV2, lakonan Ana Dahlia yang merupakan finalis program Pilih Kasih ini mendapat reaksi positif penonton apatahlagi dalam 13 episod drama ini, dia turut dibantu pelakon hebat lain termasuklah Azlee Khairi, Ery Putra, Marissa Yasmin, Balkish Semundur Khan, Ainina Ahmad B dan Norman Hakim.

Ana Dahlia

[pullquote align=”right”]Ana Dahlia Lakonkan Watak Wanita Cacat Penglihatan Dalam Drama Bersiri, Cinta Yang Satu Di TV2[/pullquote]

Ia mengangkat kisah dilalui watak Zafirah yang baru menamatkan pengajian di kolej, datang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri temuduga pekerjaan.Tujuannya membantu bapanya Haji Hassan seorang pesara yang tinggal di kampung. Tetapi nasib tidak menyebelahi Zafirah apabila dia dilanggar oleh Mat Rempit, Arif yang sedang dikejar oleh seorang kawannya kerana terlibat dalam pergaduhan. Arif yang ketakutan melihat Zafirah terbaring di jalanraya terus melarikan diri.

Seminggu selepas kemalangan, kebetulan Arif akan keluar negara untuk menyambung pengajian. Arif yang mulanya enggan keluar negara, akhirnya bersetuju mengikut cadangan bapanya itu dan bersikap lepas tangan mengenai kemalangan tersebut. Bagaimanapun belum sempat berangkat ke luar negara, polis dapat menangkap Arif. Dia menerima hukuman penjara selama tiga tahun.

Sewaktu di penjara, Arif sentiasa memikirkan nasib Zafirah. Selama tiga tahun itu Arif mengalami trauma kerana sikap buruknya dan mulai insaf perbuatannya. Pada tahun akhir hukumannya, Arif nekad untuk mengubah sikap dan mahu menjadi insan yang baik. Dia mahu meninggalkan cara hidup yang dilaluinya sebelum itu.

Tiga tahun berlalu. Arif dibebaskan dengan perwatakan dan sikap berbeza. Dia tetap diterima oleh bapanya Sulaiman dan ibunya Mariam. Bapanya Sulaiman mengajak Arif bekerja dengannya tetapi Arif memberitahu dia ingin belajar agama terlebih dulu untuk mengisi kekosongan jiwanya. Sulaiman gagal menghalang Arif. Tetapi kakaknya Zetty begitu membenci Arif. Dia tidak suka Arif tinggal bersama mereka kerana akan merosakkan nama baik keluarga.

Arif berjumpa kawan lamanya Zaid. Melalui Zaid Arif mendapat tahu gadis yang dilanggarnya dulu,kini sudah menjadi buta akibat pelanggaran yang kuat itu. Arif terkejut dan merasa bersalah yang amat sangat. Selama beberapa hari dia kebingungan dan diburu rasa bersalah.

Zaid berkata dia sempat berkenalan dengan Hj Hassan bapa Zafirah sewaktu Hj Hassan menjaga Zafirah dan Zaid pula diminta oleh Arif yang ketika itu masih ditahan dalam lokap menunggu hari perbicaraan, mencari berita mengenai gadis yang dilanggarnya. Zaid sengaja merahsiakan perkara tersebut kerana tidak mahu fikiran Arif terganggu.

Zaid memberitahu Arif di mana rumah Hj Hassan dan Arif bergegas ke sana untuk melihat sendiri keadaan Zafirah. Selepas mengetahui Hj Hassan seorang yang berilmu agama, Arif terus menyatakan hasrat untuk belajar mengaji dan belajar agama dari Hj Hassan. Namun Hj Hassan masih berada dalam keadaan murung dan banyak menghabiskan masa beribadah di dalam biliknya. Anak sudara Hj Hassan Fakri mengambil alih tugas mengajar kanak-kanak yang datang mengaji ke rumah Hj Hassan. Untuk mengenali Hj Hassan dan ingin menebus kesalahan, Arif memberanikan diri berjumpa Hj Hassan dan menyatakan hasrat untuk belajar agama. Sungguhpun begitu Arif kecewa kerana tidak menemui Zafirah di sana.

Arif berulang alik ke rumah Hj Hassan, kadangkala bermalam di sana, kadangkala pulang ke rumah. Namun selama dua bulan berulang alik dia tidak nampak Zafirah. Ingin bertanya Hj Hassan tetapi bimbang rahsianya terbongkar.Hj Hassan juga tidak pernah bercerita mengenai Zafirah.

Beberapa bulan sebelum kepulangan Arif itu, di rumah keluarganya ibunya Mariam dengan adiknya Zetty dikejutkan dengan kedatangan dua kanak-kanak Lyana dan Mikhail. Amat mengejutkan Mariam apabila Sulaiman memberitahu Lyana dengan Mikhail adalah anak-anaknya dari isteri keduanya Normah yang baharu sahaja meninggal dunia.

Lalu bagaimanakah kesudahan kisah kekeluargaan dan percintaan penuh pengorbanan ini hanya di TV2.

Azlee Khairi

Ainina Ahmad B

babak dalam Cinta Yang Satu

babak mencemaskan dalam Cinta Yang Satu

Erry Putra

Marissa Yasmin

Norman Hakim

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Di Sebalik Think Blue. – Volkswagen

Klfashiongeek.Com Lancar Koleksi Baju Raya Pereka Fesyen Muda