in

An Audience With Micheal Buble

Khas Krismas : Micheal Buble Muncul di TV1 Pada 25 Disember Ini

KUALA LUMPUR, 22 Disember – Penghibur terkenal Michael Buble bakal bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Natal anda menerusi sebuah persembahan hebat, An Audience With Micheal Buble yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 25 Disember 2011 (Ahad), jam 2.00 petang menerusi TV1.

Kemunculan penyanyi dan pelakon dari Kanada yang telah memenangi beberapa anugerah, termasuk tiga Anugerah Grammy ini pastinya mengubat kerinduan peminat yang mahu melihat aksinya di pentas menyampaikan lagu-lagu popularnya yang sememangnya mampu menghiburkan.

Menerusi persembahan An Audience With Micheal Buble, penonton dibawa menghayati lagu-lagu dendangan Micheal Buble yang berjaya mempopularkannya di persada seni seperti lagu “Cry Me A River”, “Home”, “Me and Mrs. Jones” dan “Haven’t Met You Yet”.

Pada masa yang sama, Micheal Buble mengambil kesempatan untuk menemubual dan beramah mesra dengan peminat-peminatnya yang di undang ke studio. Ia ruang terbaik baginya untuk melayani peminat yang sebelum ini banyak menyokong kariernya dalam bidang seni.

Micheal Buble turut mendekati penonton yang juga terdiri daripada rakan-rakan artisnya dalam bidang seni seperti Fern Britton, Gino D’Acampo, Larry Lamb, Joe McElderry Faktor X, Meaden Dragons Den Deborah, Lemar Obika, Paul O’Grady, Dermot O’Leary, Fay Ripley, Rachel Stevens, Joe condong, Lacey Turner, Michael Underwood, Nina Wadia dan Holly Willoughby yang turut di undang menyaksikan persembahan hebatnya di studio.

Menariknya penghibur tersohor ini juga turut menjemput penonton untuk menyertai kuiz tentang kerjaya dan bakat seni luar biasanya menerusi program ini.

Justeru usah ketinggalan untuk meluangkan masa manyaksikan persembahan An Audience With Micheal Buble khas sempena sambutan Hari Krismas ini hanya di TV1.

MICHEAL BUBLE DI TV1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Filem Immortals

Program Christmas Joy 2011 Di TV2