in

An American In Paris di TV2

SLOT TERBAHARU GOLDEN CLASSICS ON 2 HIDANG FILEM KLASIK INGGERIS : AN AMERICAN IN PARIS DI TV2

Rindukan suasana tahun 50-an yang penuh dengan tarian dan nyanyian? Demi memenuhi selera penonton setia salurannya, Radio Television Malaysia (RTM) menayangkan filem-filem klasik Inggeris di dalam slot terbaru dikenali Golden Classics On 2 yang menggantikan Sunday Day Time di saluran Dunia Ria, TV2.

americaninparis4

Buat pertama kalinya pada 29 Ogos 2010, slot yang disiarkan setiap hari Ahad, jam 4.00 petang ini menayangkan filem klasik An American In Paris yang diarahkan oleh Vincente Minnell sekitar tahun 1951. Filem ini memaparkan kisah seorang rakyat Amerika, Jerry Mulligan (Gene Kelly) bekas askar Amerika juga pelukis yang tinggal di Left Bank, Perancis selepas Perang Dunia ke – 2. Mempunyai sifat yang peramah terutama terhadap kanak – kanak dan Adam Cook (Osvar Levant) pemain piano yang berjaya.

Suatu hari, Jerry yang kesempitan wang membuat pameran di Montmarte untuk menjual hasil tangannya kepada pelancong. Kemunculan Milo Roberts (Nina Foch) pewaris Amerika yang tinggal di Perancis sedikit sebanyak membantu Jerry. Milo yang menyukai lukisan Jerry dan mahu membelinya. Disebabkan tidak membawa wang yang cukup, Milo mempelawa Jerry untuk datang ke hotel penginapannya untuk mengambil wang. Jerry yang tertarik terhadap kereta mewah dan bilik penginapan Milo terpaksa menolak undangan jamuan wanita itu.

Jerry menyangka Milo hanya mahukan seorang teman sosial, mahu memulangkan wang bayaran lukisan yang dibeli oleh wanita cantik itu. Milo meyakinkan Jerry bahawa jamuan itu hanyalah untuk mereka berdua sahaja dan pembelian lukisan itu hanyalah untuk membantu Jerry.

Jerry mengambil keputusan untuk mengajak Milo makan malam bersama tetapi hanya pada restoran yang mampu Jerry pergi. Milo mencadangkan kelab Jazz yang juga terletak di Montmarte. Di situ Jerry tertarik pada Lise Bourvier (Leslie Caron) dan perkara itu menyakitkan hati Milo.

Pertemuan Jerry dengan Lise diceritakan kepada Adam. Tanpa disangka, Lise merupakan kekasih kepada seorang pemuzik di situ. Kecewa dengan cerita Adam, Jerry kembali mencari Milo untuk menagih cintanya. Jerry mengakui yang dia tidak mahu kehilangan wanita seperti Milo.

Dapatkah Jerry melupakan Lise? Apakah kesudahan cinta tiga segi ini? Saksikan An American In Paris pada 29 Ogos 2010 hari Ahad jam 4.00 petang di TV2.

American in Paris 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Parunthu Spice of India di Hari Onam

48 Hour Film Project 2010