Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)











[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






AMYZA ADNAN, JULIA HANA, FADHIL DANI DRAMA KOMEDI JANJI MELETUP

KISAH DUNIA HIBURAN MENERUSI DRAMA KOMEDI JANJI MELETUP PADA 04 OKTOBER 2008 DI RTM1

Aidilfitri ini tidak lengkap rasanya tanpa menghidangkan program komedi yang menjadi pilihan utama penonton berhibur bersama insan-insan tersayang. Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil memenuhi permintaan peminat setia salurannya dengan menyiarkan drama komedi khas Aidilfitri Janji Meletup, arahan Fahmi Sarindi pada 04 Oktober (Sabtu),jam 11.05 pagi di RTM1.

Janji Meletup mengisahkan Kak Chom yang bertugas sebagai Wartawan Hiburan berusaha untuk menaikkan nama anak saudaranya Nani supaya dapat menjadi pelakon terkenal.

Kisah bermula apabila Kak Chom mempelawa Nani untuk mengikutnya ke Sidang Akhbar Rawi bagi mencari model klip video “Aiyo Salamah”. Perkenalan Kak Chom dengan Romzi bermula apabila Romzi mengalami kerosakan motorsikalnya di pertengahan jalan semasa ingin ke Sidang Akhbar Rawi.

Kak Chom menumpangkan Romzi dan sejak dari itu mereka berkawan rapat kerana mempunyai persamaan yang suka bergosip. Romzi sebenarnya junior Kak Chom dan bekerja di tempat yang sama. Romzi amat meminati Kak Chom dari segi hasil penulisannya.

Seterusnya, Nani dan pesaingnya Fara Fanda terpilih sebagai peserta akhir pencarian model klip video “Aiyo Salamah. Pelbagai ujibakat yang terpaksa dilalui mereka. Perkenalan Nani dan Dato’ L yang tidak disengajakan, merapatkan hubungan mereka berdua. Kak Chom begitu marah dengan sikap Nani yang melayan Dato’ L yang dianggapnya ‘buaya’. Namun, Nani tidak mengendahkannya.

Sehinggalah suatu hari, kerana tidak tahan dengan sikap Nani, Kak Chom meluahkan perasaannya terhadap Romzi mengenai hubungan Nani dan Dato’ L. Romzi yang dimarahi editornya kerana majalahnya tidak laku atas sebab-sebab kurang gossip mengambil keputusan untuk menyiarkan berita Nani dan Dato’ L. Berita tersebut telah tersebar luas dan menyebabkan Kak Chom begitu marah dengan sikap Romzi dan memutuskan persahabatannya.

Manakala Nani pula telah di serang oleh Datin L (isteri Dato’ L). Romzi telah menyelamatkan keadaan apabila berjaya menahan Datin L daripada terus menyerang Nani. Romzi memohon maaf daripada Kak Chom di atas tindakannya itu dan berjanji tidan akan mengulanginya lagi. Kak Chom memaafkan Romzi.

Menjelang tiba hari raya, Kak Chom dan Nani bersiap-siap untuk pulang ke kampung. Pengumuman pencarian model untuk klip video “Aiyo Salamah” oleh Rawi diumumkan melalui siaran radio. Siapakah antara Nani atau Fara Fanda yang berjaya dipilih menjadi model artis Rawi itu? Berjayakah cita-cita Kak Chom menaikkan nama Nani sebagai artis?

Janji Meletup dilakonkan wataknya dengan berkesan oleh Amyza Adnan, Kunie, Kuman, Julia Hana, Fadhil Dani, Jaafar Onn, Kartina Aziz dan Richie Rachman.

Pastikan anda meluangkan masa menonton sambil berhibur hari raya ini menerusi Janji Meletup, arahan Fahmi Sarindi pada 04 Oktober (Sabtu),jam 11.05 pagi di RTM1.

Tags: ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Wira Dani Kekasih Pengacara Seksi Raja Endon Mastura?
  • Kad Raya Dari Hana Suri Media Fotografer Terlampau
  • Julia Perez Kuat Seks
  • Raja Hendon Mastura Rampas Wira Dani Dari Camelia?
  • Fahrin Ahmad, Iqram Dinzly, Julia Hana, Salina Saibi Dalam Slot Sinar Pelangi
  • Gambar Julia Ziegler di Sidang Media Drama Ampang Medikal
  • Filem Adnan Semp-it
  • Drama Ampang Medikal Lakonan Rusdiana Rusdi & Julia Ziegler
  • Jawapan Trivia: Julia Ziegler Ada Beg Tikar Mengkuang Comel
  • Sinopsis Drama Spa-Q 2 Episod 9



  • =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!