Home HOME | My Few.net | Diary Budiey | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Contact Me | Bookmark (Ctrl+D)





[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]




Amy Search Mahu Tubuh Sekolah Tahfiz

IKON penyanyi rock negara tahun 80-an, Amy Search berhasrat menubuhkan sebuah sekolah tahfiz tidak lama lagi.    Amy, atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, bercadang membina sekolah itu di Johor. Hasrat itu timbul semasa beliau menziarahi sebuah bukit ketika menunaikan ibadat haji tahun lalu.

“Ketika mendaki bukit, saya bertanya-tanya arah mana tujuan saya nanti dan siapa diri saya serta untuk apa Allah kurniakan saya dengan bakat yang ada ini. Ketika itu juga, telinga saya terdengar-dengar lagu Cahaya Merah Dari Ufuk Timur lagu yang menginsafkan hati saya tentang matlamat kejadian insan,” katanya semasa berucap pada majlis pelancaran buku Koleksi Terbaik Cerita Dari Mekah di Bangi semalam.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Utusan Malaysia kerana memilih beliau untuk melancarkan buku berunsurkan keagamaan, Amy berkata buku kecil itu mampu mendidik dan menyedarkan masyarakat Islam mengenai hukum hakam dalam agama.

“Membaca cerita-cerita dalam buku ini bukan sekadar untuk memenuhi masa lapang, tetapi ia boleh dijadikan iktibar penting dalam kehidupan harian kita. Buku ini besar ertinya dan saya yakin ia boleh membentuk jiwa orang Islam supaya lebih mendekati Allah dan menjauhi perkara yang dilarang,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran itu.

Vokalis, Amy Search (kiri) dan Nasir ketika beraksi di konsert ‘Search Di Awan Biru’ di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Kuala Lumpur pada 2 Ogos 2009. Buku setebal 189 halaman berharga RM7.50 senaskah merupakan kompilasi cerita yang tersiar dalam majalah MASTIKA sejak tahun 1996.

Ia mengisahkan pengalaman jemaah haji dan umrah semasa di Mekah. Sementara itu pengumpul cerita berkenaan, Zulkarnain Zakaria berkata sebanyak 27 cerita dimuatkan dalam edisi pertama buku itu.

“Buku koleksi ini adalah wadah kami di Utusan dalam menyampaikan dakwah, memperingati mereka yang lupa dan memberi khabar gembira dari Tanah Suci kepada masyarakat Islam di seluruh negara. Untuk permulaan, sebanyak 100,000 buku dicetak dan saya yakin selepas ini akan ada ulang cetak berikutan permintaan yang memberangsangkan daripada syarikat pengendali umrah dan haji,” katanya. BERNAMA



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Senarai Pemenang Peraduan Konsert Tour Search Di Awan Biru
  • Gambar Amy Search Bertemu Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
  • Gambar Amy Search di Anugerah Industri Muzik 1998
  • Konsert SEARCH Di Awan Biru di Kuala Terengganu Ditunda
  • Ketahui Rahsia Bahasa Tubuh Si Pembohong
  • One In A Million Musim Baru Kembali Lagi
  • Gambar Search di Konsert Search Di Awan Biru Seberang Jaya
  • The Biggest Search Di Awan Biru Concert Ever
  • Gambar Shila OIAM di Red Karpet AJL24
  • EH! Cover Girl Search 2009



  • 5 Komen untuk entri “Amy Search Mahu Tubuh Sekolah Tahfiz”

    1. selangor2udotcom kata:

      nanti jadi tok guru amy la plak

    2. akahtomei kata:

      Alhamdulillah… mudah2an apa yg diusahakan oleh Amy ni diberkati Allah..

    3. Hamba Allah kata:

      Bagusnya Amy Search…akhirnya mendapat cahaya dan hidayah dari Allah. Semoga kekayaan yang dimiliki, tidak melalaikan anda. Teruskan usaha murni anda…saya doakan semoga apa yg anda usahakan selama ini, diberkati olehNya….amin.

    4. namaakupunamygak kata:

      baguih dok ada lah tu abg amy….

    5. sara kata:

      Syukur bagus lah mcm tu…ada bekalan di dunia dan akhirat,x ramai artis yg mampu mjd mcm abg Amy…Good luck.Amin….

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




































































































































































































































































































    Hits & Statistic





    View Blog Stats





    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK