Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Amy Search Jadi Tetamu Selebriti Lagu Berduit Suria FM



Nak menang duit beribu-ribu? Haaa, Budiey sarankan korang dengarkan Radio Suria FM! Dan jangan lupa, kalau nak hadiah tu, kenalah join peraduan LAGU BERDUIT!

Untuk info korang semua, LAGU BERDUIT di Suria FM kini memasuki minggu ke-tiga. Cepat betul kan? Rasa macam peraduan tu baru bermula.

Hadiahnya bukan sikit ya. Tapi berbaloi-baloi. Sangat banyak! Tu yang buat peraduan ni digilai oleh pendengar Suria FM. Budiey dengar sambutannya pun bukan main rancak lagi ya. Peraduan yang memberi peluang kepada pendengar Suria FM untuk memenangi sebahagian daripada RM75,000 kian mendapat sambutan hebat! Pergh! Biar benar!

Macamana nak join? Untuk menyertainya, pendengar terlebih dahulu harus mendaftar menerusi sms sebagai VIP Suria FM dengan menaip VIP NAMA PENUH NO KP dan hantarkan ke 33988. sebaik saja mendengar Lagu Berduit keudara, sms perlu dihantar dengan menaip LB dan hantarkan ke 33988.

Jika pada minggu pertama dan kedua, nilai setiap lagu berduit RM 250, tetapi bermula minggu ketiga ((15 mac), hingga (28 Mac) ini, nilainya RM 500 tambah menarik, jika lagu yang diputarkan itu dalam versi nyanyian “Live”, RM5,000 akan menjadi milik pendengar

Sejak dimulakan pada 1 Mac, seramai 32 orang telah berjaya memenangi RM250. Norsaadah Bte Mohamad Shafii dari Klang Selangor (24 tahun) yang bekerja sebagai Kerani Akaun menjadi pendengar bertuah pertama yang memenangi wang tunai sebanyak RM5,000 ketika lagu Mila – Jika Kau ubah fikiran dinyanyikan dalam versi ‘Live’ pada minggu pertama..

Sementara itu, bagi minggu kedua, Norhisham bin Ahmad (35 tahun) juga dari Klang, Selangor, seorang Pengawal Keselamatan menjadi pendengar kedua memenagi RM 5000 diikuti Mazlina Bt Razali (39 tahun) dari Gombak, Selangor, seorang Pramugari (MAS) berjaya memenangi RM 5000 menerusi lagu versi ‘live’ nyanyian Faizal Tahir – Mahakarya Cinta

Lagu Fantasia Bulan Madu nyanyian Amy Search yang pernah menjadi kegilaan anak muda suatu ketika dahulu menjadi ‘Lagu Berduit’ Suria FM pada minggu ini.

Versi ‘Live’ Fantasia Bulan Madu menjanjikan hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM10,000 iaitu dua kali ganda dari jumlah yang ditawarkan sebelum ini..

Khamis ini (18 mac), Amy Search akan menjadi tetamu selebriti room bermula jam 7.30 pagi – 9.00 pagi bersama Halim Othman & Zizi.

Adakah itu bermakna, wang tunai RM 10,000 bakal dimenangi?…teruskan mendengar Suria FM yang menjanjikan “Muzik Terbaik Tanpa Henti”.

Keterangan lanjut, layari www.suriafm.com.my

Jangan lupa dengarkan Radio Suria FM sekarang!

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Rebut RM70ribu di Peraduan Lagu Berduit Suria FM
  • Sertai Peraduan Lagu Berduit Suria FM
  • Menang RM75,000 Dalam LAGU BERDUIT Suria FM
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Kempen Lagu Berduit Suria FM
  • Gambar Anuar Zain di Konsert Kemuncak Suria FM
  • Sekitar Majlis Apresiasi Suria Cinta
  • Suria FM Beri Hadiah Kepada Pemenang Lagu Berduit
  • Erra Fazira dan Aleesya di Selebriti Room Suria FM Esok
  • Suria FM Umumkan Pemenang Kempen Suria FM Senyum & Menang
  • Suria FM Lancar Skypark Tube Radio



    • http://www.wunderkarten.de/ Hochzeit Einladungskarten

      Cool! Congratulations!!!!! Do you have an idea what to o with so much money?

    • Hamba Allah

      Derma jelah kat rumah anak yatim kalau mng duit byk tp tak tahu nak wat apa.dapat gak pahala!
      Tak pun, bg jek kat mak ayah ko…pahala gak tu!



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK