Amy Search Buka Restoran Cheng Ho di Wangsa Maju
Pada hari Jumaat (4 April 2008) jam 3 petang, Budiey dan Azwan singgah memenuhi jemputan Amy Search untuk meraikan Hari pembukaan Restoran Cheng Ho miliknya di Wangsa Maju. Jemputan disampaikan kepada Budiey oleh Marliah daripada harian Kosmo! Terima kasih Marliah!
Berkonsepkan Chinese Islamic Seafood, restoran ini yang dibuka setiap hari ini menawarkan resepi-resepi enak lagi lazat yang Budiey rasa sangat-sangat sedap. Budiey dah cuba. Kalau tidak percaya cakap Budiey, korang semua boleh singgah dan cuba sendiri. Alamat restoran Amy Search: Block 3b-15-17g, Belakang Pasaraya Carefour, Seksyen 4, Wangsa Maju.

Difahamkan majlis yang lebih kepada kenduri ini dibuat selama 2 hari. Hari pertama, media dan selebriti dijemput dan hari kedua pula adalah untuk famili, sanak saudara serta rakan-rakan penyanyi rock popular itu.
Mungkin rezeki Amy Search sangat murah, maka idea untuk membuka perniagaan berasaskan makanan ini direalisasikan dengan pertolongan rakan-rakan. Tidak banyak pilihan, masakan Cina yang bersifat Islamik (Halal lagi berkhasiat) dijadikan menu pilihan. Amy mengharapkan semoga yang pengunjung dan peminat yang datang ke restoran ini, bukan kerana nama Amy sebagai ikon dunia hiburan tetapi kerana menu masakannya yang sangat menyelerakan.

Rupanya sudah lama niat untuk membuka restoran tetapi mungkin masa tidak begitu sesuai. Ramai di kalangan selebriti telah gulung tikar kerana keadaan ekonomi yang agak meruncing.
Budiey mendoakan agar restoran Amy ini akan terus mendapat sambutan.

Konsep dan idea bagi konsep restoran ini datang dari Allahyarham Jalil Ngah. Tetapi kenapa nama Cheng Ho? Oooh, rupanya Amy tertarik dengan nama laksamana dan nama ini agak catchy dan senang disebut sebab sudah terkenal hatta budak-budak sekolah pun tahu tentang sejarahnya. Tapi alangkah elok kalau menggunakan nama Amy Search untuk nama restoran ini, kan?
Sekiranya rezeki mengizinkan, Amy akan membuka satu lagi cawangan di lokasi lain pada 6 bulan akan datang. Dari segi dekorasi pula, masih lagi tidak sempurna. Sebahagian dinding dihiasi dengan poster dan gambar hitam putih yang bercirikan Islamik Cina.
Bajet untuk restoran ini dalam lingkungan RM250 ribu dengan menggunakan khidmat 15 orang pekerja. Ramai pelayan dan staf datang dari Sabah dan sebenarnya mereka rupa-rupanya adalah peminat Amy Search. Ramai di kalangan mereka adalah tidak mempunyai pekerjaan sebelum ini dan Amy rasa wajar untuk mengambil mereka bekerja sebagai satu sokongan dan bantuan.

Kepada pembaca khususnya peminat Amy Search, bolehlah datang dan cuba menu menarik seperti ketam masak telur masin. Restoran dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 11 malam.
[tags]restoran amy search, buka, alamat restoran, makanan halal, bangkok, chinese islamic, seafood, alahan, resdung, peminat amy, mastura, resepi masakan cina, shilpa lee, genius, indian foods, ketam, masak cili padi, tips masakan, lagu amy search, download, mp3, video rabbani[/tags]

Tags: Blog
Tags: Blog, alahan, alamat restoran, Amy Search, bangkok, Berita, buka, chinese islamic, download, genius, indian foods, ketam, lagu amy search, makanan halal, masak cili padi, mastura, mp3, peminat amy, Promo, resdung, resepi masakan cina, restoran amy search, seafood, shilpa lee, tips masakan, video rabbaniClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





April 6th, 2008 at 7:29 am
Tahniah amy aku dh cube restoren lemon milik david teoh aku kasi ** restoren cheng ho nie dhrp jgn lh indah kabar dr rase
April 6th, 2008 at 3:57 pm
salam bro…
saya amik artikel ni untuk tujuan promosi di http://rockapak.org/forum/index.php?topic=3121.0.
kredits telah diberikan pada awal artikel.
April 7th, 2008 at 12:24 am
sukenye aku tngok si amy ni..dh brubah kn..alhamdulillah..sjuk mata mmndang..lps ni amy xyah lagik le nyanyi..fkus pd niaga..kn ke 1/10 drpd rzki, brpunca drpd prniagaan..
April 7th, 2008 at 1:44 pm
saya telah berkesempatan untuk makan malam pada hari sabtu 5 April pada yg lalu melalui jemputan keatas jiran Amy, Sdr Ahmad Zaharil di restoren tersebut. antara hadirin yang saya kenal termasuklah yasmin hani dan manan ngah disamping yazid. masakannya boleh tahan juga tapi yang pasti harganya murah. saya sempat membelek menu dan kalau tak silap saya harga secawan teh ais hanya lah rm2.00 aje. set menu bermula dengan rm59.00 untuk sajian 4 main course dan dessert. agak murah kalau dibanding dengan apa yang telah dibelanjakan oleh amy untuk pembukaan kedai tersebut. cubalah.
April 7th, 2008 at 7:06 pm
mawar, saya perbetulkan sikit… 9/10 rezeki adalah dari perniagaan, bukan 1/10
April 7th, 2008 at 8:59 pm
speedrider..thanx for da correction..
April 8th, 2008 at 2:06 pm
tahniah amy.awaklah artis yang bijak merancang masa depan.satu yang saya mohon agar amy dapat kirimkan vcd lagu-lagu dari album amy yang lama pada saya.saya adalah peminat amy no1.apa pun doa dari saya semoga besnes amy akan terus maju.orait…………gua cakap tu.
April 8th, 2008 at 2:10 pm
terlupa pulak ini alamat saya,agar amy dapat mengirimkan vcd yang saya mohon itu k. hassan bin dollah,R/NO 60 JALAN SEK,KEB KUALA ,JALAN PERKUBURAN KG KUALA,89600,PAPAR SABAH..COGAN KATA DARI SAYA ‘HIDUP AMY’
April 8th, 2008 at 7:16 pm
eh..eh…
bleh request cd r kt sni…
budiey…!!!i nk jugekk bleh…???
ekekek…!!!
April 9th, 2008 at 11:19 am
SALAM,
Alhadulillah. Selamat Maju Jaya. Yang penting makan sedap dan harga berpatutan. Tak sabar nak mencuba.
April 10th, 2008 at 8:36 am
sila lawati laman web kami: http://www.rumahamalbelaiankasih.com sedang mengendalikan 2buah asrama anak2 yati, fakir miskin seramai 20-23 org putera & puteri diperingkat sek ren sgt mengalu2kan sebarang bentuk sumbangan utk membiayai segala kos keperluan bulanan seperti sewaan asrama, kenderaan, barangan dapur, belanja ke sek, elaun guru/warden dsbnya
April 10th, 2008 at 12:39 pm
sekalung tahniah untuk amy search d ats kejayaan nye membuka restoren..n alhamdulillah juga kerana telh d beri hidayah untuk berubah..saya tumpang gembira di atas kejayaan awk memberi contoh yg baik untuk remaja d luar sane..d harap amy juga dpt mendidik ank nye,nabila huda ke jln yg lurus,,InsyaAllah kan…pape pon,truskn usaha anda n slamt maju jaya 4 u amy search…pheeeeewiiiiittttt…
April 10th, 2008 at 12:42 pm
alamak brader,
kalau peminat no 1 macam mana pulak tak ada lagu2 search yg lama.. lagi satu kalau tak ada pegi la beli.. nie nak free aje.. nanti pegi kedai amy pn claim peminat no 1 datang dari jauh.. minta makan free.. tak rock la beb..
April 10th, 2008 at 4:52 pm
kepada encik budiey
saya sgt bersetuju amy menamakan restoran cheng ho. untuk pengetahuan encik budiey cheng ho atau zheng he adalah seorang laksamana pelayaran muslim dari negara china. pemberian nama restoran itu oleh amy amat significant dan ianya atas penghormatan ke atas seorang laksamana muslim. dan ianya kena pula pada masakkan chinese seafood muslim.
so harap encik budiey cungkil le sikit serba sedikit sejarah asas yg kita pernah belajar dahulu di sekolah-sekolah. nak-nak pula cheng ho pernah singgah di melaka semasa pelayarannya…
April 15th, 2008 at 9:24 am
kami & geng nak g Cheng Ho. coz nak buat makan-makan (program setiap bulan). boleh tak bagi no: telefon untuk buat tempahan. Bos pun sibuk suruh carik contact no. coz nak bawak client makan kat situ…
Tolong yekkk…
April 19th, 2008 at 1:31 am
hurmm,,,wahhhh!! murah gile erk aer teh ice je baru rm2?? hurmmm..besaq mane cawan nye??kami akan cuba try test tgkkkkkkk….
tp..ape2 pon..gud luck to u…pheeewwitttttt…
April 20th, 2008 at 4:10 pm
wah … best nih … mesti pegi and check it out!
April 29th, 2008 at 2:46 pm
salam.
boleh tak dapatkan senarai menu berserta harga yg ada kat cheng ho ni.
nak buat makan2 kat cheng ho utk 20 org ni. harap2 dapat feedback b’4 2 May 2008. tq
May 2nd, 2008 at 3:12 pm
salam bro amy
hari ni tadi masa nak lunch dari pagi kami dah rancang nak makan kat cheng ho…dari las week dah buat perancangan..biasalah lunch hour baru la kami orang2 pompuan ni nak jamu selera kat luar…tapi HAMPA..kecewa…kedai Bro tutup…3 keereta kami dtang…..frust sangat..tak tau bila boleh datang lagi…In future harap jumaat tak tutup..
bye n salam
May 3rd, 2008 at 11:55 am
Hai…saya slh sorg peminat Amy Search..
Saya becadang utk meraikan majlis harijadi suami saya di restoran cheng ho pada 08.06.2008.
Bleh x berikan saya jumlah budget yg diperlukan untuk makan malam sekurg kurgnya 15 org.
tank u…
May 10th, 2008 at 6:05 pm
Assalamualaikum… mcm mana nak buat tempahan dan nak tahu resepi2 yg ada….selain daripada itu juga saya nak tahu di cheng ho cara hidangan ala cart atau buffet? sebab saya bercdg ingin pergi bersama kawa2… dan ibgit mendapat informasi mengenai bugget, no tel, dan menu yg disediakan… TQ… good luck bang emy…pheeewwwwwiiiiiiiiiiiiiitttt… wasalam…
May 12th, 2008 at 12:34 pm
Indah Khabar dari Rupa. Food nothing to shout about. Layanan not to say is bad but its not so good. Sorry to say. But will never go back and will not recommend to others! Tepuk Dada tanya Selera.!
May 20th, 2008 at 1:48 pm
baru dgr kabar je… blom rase lagi… x berpeluang utk rase… tp based on my experience, pegi sane, workers die (x semua) especially dkt counter dpn tu… nk komen : senyumla sket… kite tau die preasure tp rezeki nak masuk ni… sambutlah dgn senyuman… dh la perempuan… ni tegur je… supaya x jadi next time… reservation kene buat awal gile… if x, beratur la… think about smthing… insyaAllah… potensi amat bagus sekali…
kepada brader amy : [b]keep it up![\b]
May 23rd, 2008 at 6:34 pm
hi..
leh bgi no tel restoran ni x utk buat reservation? saya nk bawak family pada 7/6 nti..
tq
May 24th, 2008 at 6:04 pm
i nak wat reservation..leh tak bagi contact number plz
May 30th, 2008 at 1:00 pm
saya pun nak wat reservation..untuk mlm ni dlm 10 org. apa contact number
June 4th, 2008 at 9:27 am
Kawan saya baru saja pegi mkn kat Restoran Amy Search tu malam tadi…
dia pegi 5-6 orang….
tapi feedback yang dia berikan amatlah menghampakan…..
saya baru bercadang nak booking table for 2 person utk celebrate birthday husband saya rabu depan….
but bila kawan saya cakap yang negatif about your restaurant,then terus saya pun tak jadi nak booking…..
1st impression is more important for those who is 1st time wanna try the brand new thing…..
June 18th, 2008 at 10:37 am
sejarah dalam hidup gua,nak masuk cheng ho mcm nak tengok amy punya konsert,hari faher day,,dari pukul 6.ptg dpt masuk pukul 8.30mlm.amy punya pasal tunggu…untuk sepupu amy,bro amir lu memang layak jd manager cheng ho.cool”’jeeeeeeeeeee.tak dapt jumpa amy jumpa lu pun dah kira sejuk hati.
June 26th, 2008 at 9:59 pm
hurm…bley tau tak name menu2 yg ade kat restaurant nie? hidangan itik ade x?
June 27th, 2008 at 3:42 pm
haiii….
nanti kitaorg nak p Cheng Ho yang slalu di sebut2 nih.
Hope Layanan you all n hidangan memuaskan hati kitaorang…
to Abg Amy Good Luck
July 2nd, 2008 at 4:54 pm
as’kum..
haiii..
actually, i nak bwt reservation.
so.
i need number fone restoran ne.
how ea ?
sbb restoran ne takde official website.
so.
boleh tak u bg number fone restoran ne.
do reply me a.s.a.p. ya..
thanks.
July 6th, 2008 at 2:25 am
gua tengah kempen semua sedare gua kat pontian,datang ke cheng ho
July 25th, 2008 at 11:04 am
Can i have your contact number please? Need to book for today (July 25th, 5pm)
Thanks.
July 28th, 2008 at 7:58 pm
as’kum..
actually sya nk buat reservation,so…
sya betul2 nk la nombor telefon restoran cheng ho amy search ni
utk tanya pape yg patut ..
harap bg..terima kaih byk-byk..
REPLY ME AS SOON AS POSSIBLE @
AS SOON AS YOU CAN…
p/s:minta penulis ruangan ni letak terus la no fon
restoran ni kat ruangan article ni…
July 29th, 2008 at 12:06 am
happy birthday bro amy..
August 4th, 2008 at 2:12 pm
SUME ORANG TANYA PASAL NO CONTACT RESTORAN NI, TAPI NAPE ABG AMY SEARCH XBALAS2 PUN? AIYAA, INI MACAM TALAK LAYAN CUSTOMER YANG BERMINAT, SUSAH LAA.. ABG AMY TALAK WAT WEBSITE KHAS UNTUK RESTORAN INI KA? SAYA PUN MAU MAKAN SITU. TAPI TALAK DAPAT CARI MAKLUMAT PENTING MCM NO TEL, MENU, ETC.
HARAP ABG AMY AMBIL PEDULI KOMEN ORANG-ORANG DI SINI KERANA RAMAI YANG BERMINAT NAK BUAT TEMPAHAN.
TQ.
August 5th, 2008 at 4:36 pm
apala..aku nk celebrate besday semalam, 4hb ogos..dtg jam 8.15 mlm..restoren dah tutup.aiseh..dahla no. tipon takder…
amy,explain sket?
August 5th, 2008 at 9:24 pm
Dh khabaq kat Budi .. nti dia dptkn contct no restrn amy n update kt sni .. sabaq yaa ..
August 8th, 2008 at 9:36 am
Tahniah, saya dah beberapa kali makan, Alhamdulillah….semoga terus maju.
Tapi malangnya dalam minggu ni saya cuba call no handphone yang diberi tapi tak dapat……..saya nak order untuk esok…harap dapat no talipon yang baru..
September 4th, 2008 at 10:29 am
AS’KUM TOKEI KEDAI CHENG HO..
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN,
SEMUA TANYA NO TELEFON KEDAI CHENG HO, MEMANG TAK NAK BERI KE, KALAU ADA SENANG NAK BOOKING, TQ
September 10th, 2008 at 12:40 pm
berikan no telepon restoran cheng ho sbb nak booking buffet berbuka puasa..urgent..thanks
September 12th, 2008 at 2:29 am
03-41496094 cheng ho.
September 12th, 2008 at 2:41 am
Isnin tutup.Add.. 15&17-G jalan delima 10.blok 3b D’Wangsa,wangsa maju.Dekat je ngan carefour wangsa,ada bulatan kecik belakang tu,terus je……nampak lah.klu tanya org kat situ mesti tahu punya,gua dengar sekarang anak drumer search yazid manager situ.ok lah bro setakat nie lah gua mampu tolong promot lu punya kedai.Demi kesetian gua dengan rock selamanya.
September 12th, 2008 at 10:47 am
no talipon cheng ho adalah 03-41426094 x pi x leh pakai ..asyik line bz jer..amy klu nk berniaga buat ler betul2 ..peminat rmai nk support tp klu cam ni alamat bungkus ler……without customer siapa lah anda..hope amy perbaiki customer service kt sana…dgr cita tul ke x sedap..komen some stgh komentar bulan2 yg sudah2? klu x sdp no point 2 go waste time n money jer walaupun murah…….zasssss
September 14th, 2008 at 1:11 am
aku penah g mkn kt restoran ni skali… sedap ape.. harga ok.. portion utk 1 pnggan pon byk… kalo order utk 2 org.. leh mkn utk 3 org.. rase pon sedap.. aku suke tomyam die.. sok cdg nk buke pose kt sana..
September 15th, 2008 at 2:29 pm
03-41426094 – telah ditamatkan perkhidmatan… tooot… tooot….
So how lah to make reservation?
September 15th, 2008 at 4:01 pm
no phone sebenarnya ialah
03 41496094.
Tapi always busy. Nombor dalam metro tu salah.
September 15th, 2008 at 9:33 pm
Betul la… no tepon cheng ho 03-41496094..aku dah tepon
September 16th, 2008 at 2:19 pm
abis penat dh tangan ni dial… adyik sibuk jer..
ade no lain x???
September 17th, 2008 at 1:49 pm
Tue lah… byk kali try xdpt2 gak…bz memanjang…
i nk gi berbuka pose kt saner ptg nie…ingt nak wat la reservation…
keciwanyaaa…. huhuuu….
September 18th, 2008 at 4:01 pm
takkan la abg amy x perasan nombor phone tak bleh nak call.
kalau dia x perasan, takkan org lain pun x perasan. apa laaa…
nak niaga mcm mana ni??? respon ade tapi comitmment xde
so xpe laaaaaa
September 19th, 2008 at 10:44 am
nape susah sgt nk kol …. since last week try to make reservation , but till now still cant get through the phone
September 20th, 2008 at 1:04 pm
number 03-41496094 tuh betul. Sarah dah call tapi booking full sampai 25hb.
. tapi dier kater try call ptg japgik kalo ader orang cancel booking.
mmg line tuh busy manjang, kena try banyak kali baru dapat.
September 20th, 2008 at 3:41 pm
wah…wajib pegi nie…thanks for the info
http://www.malaysiacun.blogspot.com
September 21st, 2008 at 8:47 am
Bro Amy,
Kalau saya nak buka francais di Nilai ,N9 macamana? Nak contact siapa ?
Modal dah ada cuma perlukan Business plan
September 21st, 2008 at 8:50 am
Assalamualaikum Bro,
Saya nak buka cawangan di Nilai,N9. Boleh bantu saya dari segi Business plan dan khidmat nasihat.
September 23rd, 2008 at 10:34 am
add ler makanan2 melayu gak bro…
baru best
byk pilihan skit hehHEhehe
x lupa juga western food
betoi nih
x caya cuba test try
September 25th, 2008 at 3:27 pm
salam…
aduh byk kali dah cuba no 03-41496094 tp xdapatlah….
btul ker nom tel kedai dia?
stiap2 hari call asyik bz jer…
fed up tau….
ada cara lain x nk uat tempahan secepat mungkin??
September 25th, 2008 at 3:29 pm
suezam,
awk ckp nom 2 btul kan…
time bila awk call?
cuba bgtau kat saya….
September 25th, 2008 at 5:57 pm
saya pun cuba juga try call the number..41496094..pheww punya la susah.. memanjang je engaged.. apapun, bro amy kena take further action untuk memperbaiki perkhidmatan ini agar tidak menyesal dikemudian hari.. learn business like chinese !
September 27th, 2008 at 8:46 am
Diharapkan saudara amy byk2 bersabar dengan dugaan yg menimpa. semua adalah dugaan dari Allah swt utk hamba-hambaNya.Teruskan perjuangan kami tetap menyokong anda. I will give u full support. Penangkia
October 6th, 2008 at 3:06 pm
Al-hamdulillah……!!!! ana Syukur Kehadrat Illahi kerana artis rokers yang terkenal dengan “Mat Rock” dan pernah melaungkan kata “Rock Sampai tua”, akhirnya menampilkan diri dengan personaliti Islam yang lama ana tunggu-tunggu dan ana juga pernah mendoakan agar artis kesukaan ana ini dekat dengan perhambaan kepada Allah…
pembukaan Restoran Berasaskan Islam secara langsung menggambarkan pengamalan Islam dalam seharian dan yang membanggakan lagi Restoran Ceng Ho memberi pendekatan Islam kepada Masyarakat non-muslim untuk lebih selesa dengan kehidupan Islam….. makanan, decoration, hospitallity, dll lagi.
Tahniah kepada abang Amy… hampir juga menitiskan Air mata bila melihat Abg Amy memakai juba tinggal lagi nak lihat pakai serban… moga2 Allah mengekal dan menambah lagi hidayat kpd Abg Amy dan keluarga dan kita semua… Seseorang itu bila bertaubat Allah Ta’ala akan angkat dia sebagai kekasihnya.
semoga sukses Abg Amy Dunia wal Akhirat…. Doakan Ana juga yang dhoif ini.
October 20th, 2008 at 12:25 pm
bro bila nak buat konsert tour malaysia?
November 2nd, 2008 at 9:38 pm
Semogga berjaya di dunia dan Akhirat. Bukalah cawangan di Alor Star satu boleh juga kami sekeluarga datang mencuba. Takbir.
February 17th, 2009 at 3:37 pm
Aku dan kawan-kawan aku (seramai 8 orang) baru lepas balik dari CHENG HO restaurant. Aku bagi full bintang untuk makanan dia. Betul kata yang pernah pergi, Crab With Salted Egg memang sedap gila. 8 orang makan cuma RM350.00. (termasuk site order). Air dia siap dengan nama lagu meletup dia. Ko orang mesti cuba. Fo us is cheap…
Kalau Amy Search buka restoren berdekatan dengan pusat bandar, aku pasti lebih ramai yang datang ke restoren dia. “Amy, cubala cari kat area Jalan Ampang (area-area KLCC) pasti meriah.”
February 25th, 2009 at 10:50 am
assalamualaikum. thanks buat abg amy dgn pembukaan restoren sendiri,sambil nk ty ada ke kerja kosong sy berminat ngan kerja2 cm restoren ni.sy dari jauh batu pht lau ada mang nk kerja terus dari mengganggur lau ada hostel lgi bgs
April 20th, 2009 at 9:10 pm
baruberpeluang pergi ahad lepas (19.04.09). Makanan SEDAP.Takla sedap sgt tapi SEDAP dan memuaskan hati…..very satisfied..layanan pon ok…makanan smapai pon cepar mabbe sbb x ramai org….overall double thumbs up….YUMMY!!!Nak pergi lagi….
April 24th, 2009 at 11:44 pm
akhieye aku brksmpatan jgk pegi mkn dkt restoran cheng ho ni
kire berbaloi lah sedap..harge sgt berpatutn dgn layanan die lagi
so sape2 nak pegi…x rugi
sgt best
dinasihatkn tempah awal2
takut nanti x dpt tempt
tadi aku pgi pun
mmg ramai gile la customer die
cube2…
July 14th, 2009 at 4:11 pm
Assalamualaikum..saya zana dari TV3 Apa Apa Aje..
boleh tak saya nak minta permission wat shooting
kat restoran ni?Restoran ni menarik dan makanan yang pelbagai.
Dalam program Apa Apa Aje ni ada segment ‘Makan Apa Aje’
jadi saya ingin shoot kat restoran ni dan sekaligus
mempromote this restoran…persutujuan dari pihak restoran
amatlah saya harapkan…kalo bersetuju email kan ke zana_LUCT@yahoo.com terima kasih…
August 7th, 2009 at 6:32 pm
Asalamualaikum Bro Amy,
Ada kelapangan nanti saya singgah lu punya restoran. Mesti berbaloi baloi bro.
September 1st, 2009 at 11:15 pm
dngar cm best jerk restoran nih…
sebelom tu nak tnya jugak ler…
klu makanan dengar nyer mmg best…cumer macam mn ngn harga..??
adekah rege pon best jugak????
klu rege ok…bley la gua ajak awek gua dtng…..hehehe
September 3rd, 2009 at 1:27 pm
tapi anak hancus…tak jaga aurat…ingat lah kenapa sseorang lelaki akan ditarik masuk ke neraka oleh isteri atau anak-anaknya kerana membiarkan mereka hanyut tidak bersolat,tidak menjaga aurat dll
September 3rd, 2009 at 2:12 pm
mesti bess restoren ni…harap abg amy dapat bukak cawangan kat johor pulak
September 3rd, 2009 at 2:14 pm
bole tolong email kan senarai menu n harga x?i orang jauh…johorian.kenalah wat bajet dulu nak gi wangsa maju…
September 3rd, 2009 at 3:18 pm
boleh sya tau,cmne dgn menu n harga buffet ramadhan kat cheng ho? n cmne nk bt reservation?
September 10th, 2009 at 6:10 pm
salam….boleh x saya dapatkan num tel resoran nh utk wat rujukan sy?
terima kasih
September 16th, 2009 at 12:01 pm
pada sape2 yg tau camner nk wat reservatioon kat restoran nie…wat cl tp xle nk go thru…plz ek…
December 14th, 2009 at 5:24 pm
asyik cite pasal kedai makan amy je.. aku dok pikir laen.. sape nak ganti amy kalau amy retired dalam bidang nyanyian nanti. maksud aku, ramai juak artis yang suara macam awie.. tp xde pun yg macam amy.. sifu m.nasir x cari ke?
January 11th, 2010 at 11:59 pm
salam,
pelbagai reaksi dari customer dan potential customer. ada yang +ve dan ada yg -ve. tapi banyak yg boleh diberi perhatian demi kepuasan pelanggan, after all, restoran ini di buka untuk tujuan itu, bukan? Kepada pihak pengurusan, buatlah yang terbaik dan seikhlasnya agar matlamat kedua2 pihak tercapai. akhir kata, bak kata pepatah, bagai aur dan tebing, pelanggan dan pengusaha perniagaan saling memerlukan. All the best Amy.
February 12th, 2010 at 10:41 am
Hi bro Amy .. kita ni orang Sarawak ( Head hunter ) peminat setia you dari sekolah lagi ( DARI 1986 – TIL THE END OF MY LIFE ) sampai hari ini pun kame masih beli album kitak ( bahasa melayu S’wak ) Tahiah utk u semoga restoran u terus berjaya..sabarkahlah hati u semoga Tuhan meberkati u & family akan terus berjaya..boleh kasih no.tel restoran bro..manalah tahu suatu hari nanti kita sekeluaga pegi KL boleh lah cuba masakan restoran u. many thanks.
February 19th, 2010 at 12:00 am
Sorry to say..restoran ni indah kabar dari rupa, first impression …fail
April 19th, 2010 at 3:13 pm
sy ingin promot jus buah nage dan oren dr syarikat the tube…
jus ini senang dihidangkn…
tdk perlu utk tambah gule dan mengandungi khasiat2 trsendiri..
byk kelebihan jus2 ney…
rase skale mesti nak lg..
klau anda ingin ketahui lebih lanjut,sila layari website yg tertera di atas atau telefon sy
NABIL:012-6356773/013-3157729
May 4th, 2010 at 12:05 pm
kecewa…kecewa…kecewa…my family dgn penuh semangat pegi restoran cheng ho tapi…. apa yang dapat ialah…servis yang amat..amat tidak memuaskan….makanan lmbt…order mnum lak..tggu punya tggu yang smpainya tembikai dah abis..frust betul, dahlah dahaga. yang paling kecewa dan x puas hati ialah….order ikan kerapu stim halia hantar stim nyonya… bkn salah my family, mnta cancel x bleh so tkar sbb my family x mkn stim nyonya…kena tggu 15 minit sbb msk lain katanya… sbb nasi n lauk semua dah abis kami bungkus….bila nak mkn kat umah hampeh..bkn msk lain tapi dia basuh ikan yang salah msk tadi…kuning kuah n baunya msh ada kat ikan…my family rasa betul2 tertipu….dah lah bayar ikan 2 mahal.. kena tipu lak…my family x ksah pasal mahal kalu puas hati ni…harapkan famaous je…tap…..
May 6th, 2010 at 4:42 pm
aku xpaham pekeje cheng ho aku dh booking tmpat tuk 20org dh pegi kat restoran siap dh bagitaw menu n pihak restoran akn call aku balik tp aku tggu call…xcall2 gak pastu aku dowg balik ape yg aku terima menu ditukar ape citer ni…nak niaga tol2…..
July 13th, 2010 at 10:55 pm
sy dari pada umur 7tahun dah minat music 2 rock macam amy rock sampai tua sy juge macam 2 ,hidup kan lah music2 rock tanah air kite…
August 12th, 2010 at 4:24 pm
salam…kami pernah g restoran cheng ho….layanan nye sgt memuaskan…
ktorg dtg ber4….harganye rm 150(xtermasuk yg tapau)
menu nye banyak,tp banyak yg da abis…
tp lauk yg paling syok ikan kerapu 3 rasa…diikuti dgn daging black paper…tomyam…ok2 je…xsesedap menu td….
August 17th, 2010 at 4:41 pm
salam abg amy…sejak restoren abg amy buka..saya telah 4 kali pergi..
syukur saya dpt meja..last saya pergi tahun lepas bulan Jun..buat mkn tuk
Birthday Mak sy..tahun ni maybe pergi lepas Raya Puasa kut..mesti pergi..
Menu kegemaran saya dah isteri saya adalah KETAM MASAK TELUR ASIN..
mmg SUPERRRRR…TOM YAM pon SUPER gak…4 kali makan hanya 3 kali je saya
dpt jumpa abg..1st masa Tok Guru Nik Aziz datang…saya DOA kn supaya
perniagaan abg akan maju dan berterusan hingga ke anak cucu…Assalamualaikum….
November 16th, 2010 at 11:45 am
salam…
saya berasa amat kecewa dgn servis yg diberikan.. no teleon yang tertera adalah no fax… apa daa.. saya nak bawa customer saya makan disana dan customer saya dari Singapore…
December 20th, 2010 at 4:16 pm
salam… saye nak buat bsday mother saye by next week on 31st Dec 2010. bole tak bagi saye phone no coz senang untuk saye buat tempahan terlebih awl. harap abg amy or sesiape yg check email nie tolong memberi respon dgn segera…..sekian
November 7th, 2011 at 5:17 pm
Assalamualaikum, Saya berharap Semoga Amy SEARCH masih kekal seperti dulu. Tolong jangan berhenti untuk menyanyi, kalau sibuk pun….. 2 tahun 1 Album ok lah tu. Amy SEARCH tiada pengganti. Teruskan perjuangan mu. Peminat mu yang setia. Ghazali Kota Kinabalu