Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Amy Search Buka Restoran Cheng Ho di Wangsa Maju



Pada hari Jumaat (4 April 2008) jam 3 petang, Budiey dan Azwan singgah memenuhi jemputan Amy Search untuk meraikan Hari pembukaan Restoran Cheng Ho miliknya di Wangsa Maju. Jemputan disampaikan kepada Budiey oleh Marliah daripada harian Kosmo! Terima kasih Marliah!

Berkonsepkan Chinese Islamic Seafood, restoran ini yang dibuka setiap hari ini menawarkan resepi-resepi enak lagi lazat yang Budiey rasa sangat-sangat sedap. Budiey dah cuba. Kalau tidak percaya cakap Budiey, korang semua boleh singgah dan cuba sendiri. Alamat restoran Amy Search: Block 3b-15-17g, Belakang Pasaraya Carefour, Seksyen 4, Wangsa Maju.

Difahamkan majlis yang lebih kepada kenduri ini dibuat selama 2 hari. Hari pertama, media dan selebriti dijemput dan hari kedua pula adalah untuk famili, sanak saudara serta rakan-rakan penyanyi rock popular itu.

Mungkin rezeki Amy Search sangat murah, maka idea untuk membuka perniagaan berasaskan makanan ini direalisasikan dengan pertolongan rakan-rakan. Tidak banyak pilihan, masakan Cina yang bersifat Islamik (Halal lagi berkhasiat) dijadikan menu pilihan. Amy mengharapkan semoga yang pengunjung dan peminat yang datang ke restoran ini, bukan kerana nama Amy sebagai ikon dunia hiburan tetapi kerana menu masakannya yang sangat menyelerakan.

Rupanya sudah lama niat untuk membuka restoran tetapi mungkin masa tidak begitu sesuai. Ramai di kalangan selebriti telah gulung tikar kerana keadaan ekonomi yang agak meruncing.

Budiey mendoakan agar restoran Amy ini akan terus mendapat sambutan.

Konsep dan idea bagi konsep restoran ini datang dari Allahyarham Jalil Ngah. Tetapi kenapa nama Cheng Ho? Oooh, rupanya Amy tertarik dengan nama laksamana dan nama ini agak catchy dan senang disebut sebab sudah terkenal hatta budak-budak sekolah pun tahu tentang sejarahnya. Tapi alangkah elok kalau menggunakan nama Amy Search untuk nama restoran ini, kan?

Sekiranya rezeki mengizinkan, Amy akan membuka satu lagi cawangan di lokasi lain pada 6 bulan akan datang. Dari segi dekorasi pula, masih lagi tidak sempurna. Sebahagian dinding dihiasi dengan poster dan gambar hitam putih yang bercirikan Islamik Cina.

Bajet untuk restoran ini dalam lingkungan RM250 ribu dengan menggunakan khidmat 15 orang pekerja. Ramai pelayan dan staf datang dari Sabah dan sebenarnya mereka rupa-rupanya adalah peminat Amy Search. Ramai di kalangan mereka adalah tidak mempunyai pekerjaan sebelum ini dan Amy rasa wajar untuk mengambil mereka bekerja sebagai satu sokongan dan bantuan.

Kepada pembaca khususnya peminat Amy Search, bolehlah datang dan cuba menu menarik seperti ketam masak telur masin. Restoran dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 11 malam.

[tags]restoran amy search, buka, alamat restoran, makanan halal, bangkok, chinese islamic, seafood, alahan, resdung, peminat amy, mastura, resepi masakan cina, shilpa lee, genius, indian foods, ketam, masak cili padi, tips masakan, lagu amy search, download, mp3, video rabbani[/tags]

amy search

Tags:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Amy Search Bertemu Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
  • Restoran Cheng Ho Amy Search Perkenal Menu Baru
  • Gambar Nuraffenda Mohd Ibrahim Pengacara Malam Sinar Maulidurrasul 1430H
  • Gambar Sekitar Pra Tonton Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah
  • Video Muzik Buka Semangat Tomok & One Night Only
  • Deejay Radio Ditangkap Hisap di Pesta Ganja?
  • The Biggest Search Di Awan Biru Concert Ever
  • Gambar Mawi & Ekin Tak Duduk Semeja?
  • List Bazaar Ramadan PARAM 2011 Malaysia
  • Senarai Pemenang Peraduan Konsert Tour Search Di Awan Biru



    • mail, ampang

      takkan la abg amy x perasan nombor phone tak bleh nak call.
      kalau dia x perasan, takkan org lain pun x perasan. apa laaa…
      nak niaga mcm mana ni??? respon ade tapi comitmment xde
      so xpe laaaaaa

    • lynn

      nape susah sgt nk kol …. since last week try to make reservation , but till now still cant get through the phone

    • sara

      number 03-41496094 tuh betul. Sarah dah call tapi booking full sampai 25hb. :( . tapi dier kater try call ptg japgik kalo ader orang cancel booking.

      mmg line tuh busy manjang, kena try banyak kali baru dapat.

    • http://www.malaysiacun.blogspot.com Myra Azura

      wah…wajib pegi nie…thanks for the info

      http://www.malaysiacun.blogspot.com

    • Nas

      Bro Amy,
      Kalau saya nak buka francais di Nilai ,N9 macamana? Nak contact siapa ?
      Modal dah ada cuma perlukan Business plan

    • Nas

      Assalamualaikum Bro,

      Saya nak buka cawangan di Nilai,N9. Boleh bantu saya dari segi Business plan dan khidmat nasihat.

    • http://adertpxmohbagi Razid Bin Zakaria

      add ler makanan2 melayu gak bro…
      baru best
      byk pilihan skit hehHEhehe

      x lupa juga western food

      betoi nih
      x caya cuba test try

    • diana87

      salam…
      aduh byk kali dah cuba no 03-41496094 tp xdapatlah….
      btul ker nom tel kedai dia?
      stiap2 hari call asyik bz jer…
      fed up tau….
      ada cara lain x nk uat tempahan secepat mungkin??

    • diana87

      suezam,
      awk ckp nom 2 btul kan…
      time bila awk call?
      cuba bgtau kat saya….

    • Lee Spinner

      saya pun cuba juga try call the number..41496094..pheww punya la susah.. memanjang je engaged.. apapun, bro amy kena take further action untuk memperbaiki perkhidmatan ini agar tidak menyesal dikemudian hari.. learn business like chinese !

    • key_own@png

      Diharapkan saudara amy byk2 bersabar dengan dugaan yg menimpa. semua adalah dugaan dari Allah swt utk hamba-hambaNya.Teruskan perjuangan kami tetap menyokong anda. I will give u full support. Penangkia

    • kazmar

      Al-hamdulillah……!!!! ana Syukur Kehadrat Illahi kerana artis rokers yang terkenal dengan “Mat Rock” dan pernah melaungkan kata “Rock Sampai tua”, akhirnya menampilkan diri dengan personaliti Islam yang lama ana tunggu-tunggu dan ana juga pernah mendoakan agar artis kesukaan ana ini dekat dengan perhambaan kepada Allah…
      pembukaan Restoran Berasaskan Islam secara langsung menggambarkan pengamalan Islam dalam seharian dan yang membanggakan lagi Restoran Ceng Ho memberi pendekatan Islam kepada Masyarakat non-muslim untuk lebih selesa dengan kehidupan Islam….. makanan, decoration, hospitallity, dll lagi.
      Tahniah kepada abang Amy… hampir juga menitiskan Air mata bila melihat Abg Amy memakai juba tinggal lagi nak lihat pakai serban… moga2 Allah mengekal dan menambah lagi hidayat kpd Abg Amy dan keluarga dan kita semua… Seseorang itu bila bertaubat Allah Ta’ala akan angkat dia sebagai kekasihnya.
      semoga sukses Abg Amy Dunia wal Akhirat…. Doakan Ana juga yang dhoif ini.

    • hasanal

      bro bila nak buat konsert tour malaysia?

    • http://tiblakedah.blogspot.com Teratak Impian Bukit Lala

      Semogga berjaya di dunia dan Akhirat. Bukalah cawangan di Alor Star satu boleh juga kami sekeluarga datang mencuba. Takbir.

    • SHAH

      Aku dan kawan-kawan aku (seramai 8 orang) baru lepas balik dari CHENG HO restaurant. Aku bagi full bintang untuk makanan dia. Betul kata yang pernah pergi, Crab With Salted Egg memang sedap gila. 8 orang makan cuma RM350.00. (termasuk site order). Air dia siap dengan nama lagu meletup dia. Ko orang mesti cuba. Fo us is cheap…

      Kalau Amy Search buka restoren berdekatan dengan pusat bandar, aku pasti lebih ramai yang datang ke restoren dia. “Amy, cubala cari kat area Jalan Ampang (area-area KLCC) pasti meriah.”

    • faizal ismail

      assalamualaikum. thanks buat abg amy dgn pembukaan restoren sendiri,sambil nk ty ada ke kerja kosong sy berminat ngan kerja2 cm restoren ni.sy dari jauh batu pht lau ada mang nk kerja terus dari mengganggur lau ada hostel lgi bgs

    • http://fauzusamil.blogspot.com fauzus

      baruberpeluang pergi ahad lepas (19.04.09). Makanan SEDAP.Takla sedap sgt tapi SEDAP dan memuaskan hati…..very satisfied..layanan pon ok…makanan smapai pon cepar mabbe sbb x ramai org….overall double thumbs up….YUMMY!!!Nak pergi lagi….

    • oggy

      akhieye aku brksmpatan jgk pegi mkn dkt restoran cheng ho ni
      kire berbaloi lah sedap..harge sgt berpatutn dgn layanan die lagi
      so sape2 nak pegi…x rugi
      sgt best
      dinasihatkn tempah awal2
      takut nanti x dpt tempt
      tadi aku pgi pun
      mmg ramai gile la customer die
      cube2…

    • zana

      Assalamualaikum..saya zana dari TV3 Apa Apa Aje..
      boleh tak saya nak minta permission wat shooting
      kat restoran ni?Restoran ni menarik dan makanan yang pelbagai.
      Dalam program Apa Apa Aje ni ada segment ‘Makan Apa Aje’
      jadi saya ingin shoot kat restoran ni dan sekaligus
      mempromote this restoran…persutujuan dari pihak restoran
      amatlah saya harapkan…kalo bersetuju email kan ke zana_LUCT@yahoo.com terima kasih…

    • Husai

      Asalamualaikum Bro Amy,
      Ada kelapangan nanti saya singgah lu punya restoran. Mesti berbaloi baloi bro.

    • faiz

      dngar cm best jerk restoran nih…
      sebelom tu nak tnya jugak ler…
      klu makanan dengar nyer mmg best…cumer macam mn ngn harga..??
      adekah rege pon best jugak????
      klu rege ok…bley la gua ajak awek gua dtng…..hehehe

    • roy

      tapi anak hancus…tak jaga aurat…ingat lah kenapa sseorang lelaki akan ditarik masuk ke neraka oleh isteri atau anak-anaknya kerana membiarkan mereka hanyut tidak bersolat,tidak menjaga aurat dll

    • juli

      mesti bess restoren ni…harap abg amy dapat bukak cawangan kat johor pulak

    • juli

      bole tolong email kan senarai menu n harga x?i orang jauh…johorian.kenalah wat bajet dulu nak gi wangsa maju…

    • lin

      boleh sya tau,cmne dgn menu n harga buffet ramadhan kat cheng ho? n cmne nk bt reservation?

    • zilla

      salam….boleh x saya dapatkan num tel resoran nh utk wat rujukan sy?
      terima kasih

    • hyatt

      pada sape2 yg tau camner nk wat reservatioon kat restoran nie…wat cl tp xle nk go thru…plz ek…

    • fansuri

      asyik cite pasal kedai makan amy je.. aku dok pikir laen.. sape nak ganti amy kalau amy retired dalam bidang nyanyian nanti. maksud aku, ramai juak artis yang suara macam awie.. tp xde pun yg macam amy.. sifu m.nasir x cari ke?

    • amiruddin ahmad

      salam,
      pelbagai reaksi dari customer dan potential customer. ada yang +ve dan ada yg -ve. tapi banyak yg boleh diberi perhatian demi kepuasan pelanggan, after all, restoran ini di buka untuk tujuan itu, bukan? Kepada pihak pengurusan, buatlah yang terbaik dan seikhlasnya agar matlamat kedua2 pihak tercapai. akhir kata, bak kata pepatah, bagai aur dan tebing, pelanggan dan pengusaha perniagaan saling memerlukan. All the best Amy.

    • Lawrance Changgai

      Hi bro Amy .. kita ni orang Sarawak ( Head hunter ) peminat setia you dari sekolah lagi ( DARI 1986 – TIL THE END OF MY LIFE ) sampai hari ini pun kame masih beli album kitak ( bahasa melayu S’wak ) Tahiah utk u semoga restoran u terus berjaya..sabarkahlah hati u semoga Tuhan meberkati u & family akan terus berjaya..boleh kasih no.tel restoran bro..manalah tahu suatu hari nanti kita sekeluaga pegi KL boleh lah cuba masakan restoran u. many thanks.

    • Lan

      Sorry to say..restoran ni indah kabar dari rupa, first impression …fail

    • http://www.thetube2u.com.my nabil

      sy ingin promot jus buah nage dan oren dr syarikat the tube…
      jus ini senang dihidangkn…
      tdk perlu utk tambah gule dan mengandungi khasiat2 trsendiri..
      byk kelebihan jus2 ney…
      rase skale mesti nak lg..
      klau anda ingin ketahui lebih lanjut,sila layari website yg tertera di atas atau telefon sy
      NABIL:012-6356773/013-3157729

    • balqis

      kecewa…kecewa…kecewa…my family dgn penuh semangat pegi restoran cheng ho tapi…. apa yang dapat ialah…servis yang amat..amat tidak memuaskan….makanan lmbt…order mnum lak..tggu punya tggu yang smpainya tembikai dah abis..frust betul, dahlah dahaga. yang paling kecewa dan x puas hati ialah….order ikan kerapu stim halia hantar stim nyonya… bkn salah my family, mnta cancel x bleh so tkar sbb my family x mkn stim nyonya…kena tggu 15 minit sbb msk lain katanya… sbb nasi n lauk semua dah abis kami bungkus….bila nak mkn kat umah hampeh..bkn msk lain tapi dia basuh ikan yang salah msk tadi…kuning kuah n baunya msh ada kat ikan…my family rasa betul2 tertipu….dah lah bayar ikan 2 mahal.. kena tipu lak…my family x ksah pasal mahal kalu puas hati ni…harapkan famaous je…tap…..

    • aishah

      aku xpaham pekeje cheng ho aku dh booking tmpat tuk 20org dh pegi kat restoran siap dh bagitaw menu n pihak restoran akn call aku balik tp aku tggu call…xcall2 gak pastu aku dowg balik ape yg aku terima menu ditukar ape citer ni…nak niaga tol2…..

    • http://izan@123 izan

      sy dari pada umur 7tahun dah minat music 2 rock macam amy rock sampai tua sy juge macam 2 ,hidup kan lah music2 rock tanah air kite…

    • ieqa comel

      salam…kami pernah g restoran cheng ho….layanan nye sgt memuaskan…
      ktorg dtg ber4….harganye rm 150(xtermasuk yg tapau)
      menu nye banyak,tp banyak yg da abis…
      tp lauk yg paling syok ikan kerapu 3 rasa…diikuti dgn daging black paper…tomyam…ok2 je…xsesedap menu td….

    • http://knm-group.com Eddie Zakaria

      salam abg amy…sejak restoren abg amy buka..saya telah 4 kali pergi..
      syukur saya dpt meja..last saya pergi tahun lepas bulan Jun..buat mkn tuk
      Birthday Mak sy..tahun ni maybe pergi lepas Raya Puasa kut..mesti pergi..
      Menu kegemaran saya dah isteri saya adalah KETAM MASAK TELUR ASIN..
      mmg SUPERRRRR…TOM YAM pon SUPER gak…4 kali makan hanya 3 kali je saya
      dpt jumpa abg..1st masa Tok Guru Nik Aziz datang…saya DOA kn supaya
      perniagaan abg akan maju dan berterusan hingga ke anak cucu…Assalamualaikum….

    • helmi azmi

      salam…

      saya berasa amat kecewa dgn servis yg diberikan.. no teleon yang tertera adalah no fax… apa daa.. saya nak bawa customer saya makan disana dan customer saya dari Singapore…

    • mamadhaniyah

      salam… saye nak buat bsday mother saye by next week on 31st Dec 2010. bole tak bagi saye phone no coz senang untuk saye buat tempahan terlebih awl. harap abg amy or sesiape yg check email nie tolong memberi respon dgn segera…..sekian

    • http://pulse.yahoo.com/_C6OL7MTIKE5YLLCIMWPV2UC4RI Zali Ghazali

      Assalamualaikum, Saya berharap Semoga Amy SEARCH masih kekal seperti dulu. Tolong jangan berhenti untuk menyanyi, kalau sibuk pun….. 2 tahun 1 Album ok lah tu. Amy SEARCH tiada pengganti. Teruskan perjuangan mu. Peminat mu yang setia. Ghazali Kota Kinabalu



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK