in

Amy Search, Awie & Black Gegarkan Konsert Rock Raya

Sempena Syawal 2015 ini, Seremban bakal dimeriahkan dengan persembahan tiga nama besar dalam industri seni tanah air menerusi Konsert Rock Raya bertempat di S2 Centrio, Seremban 2. Dianjurkan syarikat pemaju hartanah IJM Land, konsert yang dijayakan Amy Search, Awie dan Black Hanifah ini diadakan pada 15 Ogos bermula jam 7.30 malam.

Encik Hoo Kim See bersama Awie, Black dan Tauke Jambu

Konsert percuma ini turut dimeriahkan dengan kemunculan pelawak Kumpulan Jambu yang dianggotai Tauke dan Yus sebagai hos.

Tauke Jambu, Awie, Black Hanifah dan Khairil Rashid bergabung dalam Konsert Rock Raya

Menurut Awie yang ditemui pada majlis sidang akhbar konsert berkenaan yang diadakan di Saujana Duta, hari ini, konsert ini memberi peluang kepadanya untuk meraikan Aidilfitri bersama peminat.

“Saya tidak mahu berkongsi banyak buat masa ini berkenaan corak persembahan yang bakal ditunjukkan di pentas Konsert Rock Raya nanti, tetapi yang pasti saya, Amy dan Black akan memberikan kelainan dalam acara ini. Saya harap masyarakat Seremban dan sekitarnya akan turun beramai-ramai untuk bersama-sama pada malam itu,” ujar pelantun lagu Halaman Asmara ini.

Black Hanifah yang turut ditemui dalam majlis sama juga tidak dapat menyembunyikan rasa teruja untuk membuat persembahan bersama dua legenda rock tanah air itu.

Meski pun dia bukanlah penyanyi yang dilabel sebagai penyanyi rock, Juara Mentor musim ketiga itu membuat perancangan rapi mengikut kesesuaian acara berkenaan.

Khairil Rashid wakil daripada Sinar FM selaku radio Rasmi

“Kebanyakan lagu saya bukanlah berirama rock, tetapi untuk persembahan kali ini saya akan berbincang dengan penggubah muzik untuk memberikan sentuhan rock kepada lagu yang dipersembahkan.

“Ini bersesuaian dengan peminat Amy dan Awie yang berjiwa rock, saya harus membuat persembahan seiring dengan kehendak semua penonton,” ujarnya.

Ketiga-tiga mereka juga dijadualkan membuat persembahan secara berkumpulan untuk beberapa lagu, termasuk lagu raya yang sering menjadi siulan ramai.

Pengurus Besar Kanan Wilayah Tengah IJM Land, Hoo Kim See juga menyatakan kegembiraannya memandangkan syarikat berkenaan ingin berkongsi kemeriahan Syawal bersama masyarakat setempat khususnya penduduk Seremban 2.

“Konsert ini diadakan sebagai hadiah kepada orang ramai yang menyokong syarikat kami sejak 20 tahun lalu. Sebagai tanda penghargaan ulang tahun penubuhan IJM Land, kami menjemput orang ramai untuk sama-sama hadir dan berhibur bersama penyanyi pujaan ramai ini,” kata Hoo.

Konsert berdurasi tiga jam ini turut dijayakan dengan penglibatan Sinar FM sebagai radio rasmi dan persembahan pembukaan oleh Adam AO dan Nadia Hasnan.

Tauke Jambu

Black Hanifah

Awie

Encik Hoo Kim See dan artis Konsert Rock Raya

rock raya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Michael Learns To Rock di Malaysia Dilanjutkan Satu Hari

Sambut Merdeka Ke-58 Bersama GEMFIVE