in ,

Amy Mastura Jadi Hos Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2013 edisi ke 27 akan diadakan pada 6 April di Arena Of Stars, kota keriangan Genting Highlands. Pada hari Selasa lalu, di perkarangan Taman Mahsuri, Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, penganjur iaitu Berita Harian telah mengumumkan pengacara, barisan penyampai dan penyanyi yang akan buat persembahan di ABBPBH2013 nanti di Majlis Pra-Kemuncak ABPBH2013. Kebetulan ada dua event pada hari yang sama dan waktu yang sama. Sejurus selepas majlis pelancaran muzik video UMI Dato’ Shake, Budiey terus je menjengah di event ABP ni.

Budiey nak ucapkan tahniah kepada Amy Mastura yang pertama kali dipilih untuk jadi pengacara Anugerah Bintang Popular. Penyanyi Bintang Hati ini digandingkan bersama pengacara terkenal, Farah Fauzana. Good luck untuk kedua-dua selebriti ini. Tak sabar nak tengok keserasian dan kelucuan dari celoteh korang berdua!

Dalam sejarah ABP, Amy Mastura pernah bertanding dalam kategori Penghibur TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1994 dan berjaya mengungguli kategori itu mengalahkan saingan terdekat iaitu Nora.

Amy Mastura nampaknya begitu excited sangat dan menyatakan rasa seronok sebab mendapat pelawaan dan tawaran ini sememangnya tak akan dilepaskan. Amy juga rasa bangga sebab terpilih menjadi ahli keluarga baru bagi ABPBH 2013.

“Setelah sekian lama tidak tampil mengacarakan anugerah besar seperti ABPBH ini, saya gembira ditawarkan menjadi pengacara bersama Farah Fauzana. Saya akan mendapatkan tips-tips daripada Farah dan kembali membuat latihan bagi melancarkan pengendalian acara anugerah hebat ini pada April depan.”

Bertemakan Magis Alam, sidang media pada petang semalam memberikan gambaran serta ilham buat para pereka untuk tampil mengenakan busana indah masing-masing pada malam tersebut.

D’Haja selaku salah satu penaja untuk acara gemilang ini tampil dengan mini fashion show berkonsepkan muslimah sebagai teaser buat idea bagi tema pada malam itu di samping Wan Huzairil yang turut sama berkongsi pentas memeriahkan acara.

Berikut senarai penuh pengacara, penyampai dan artis yang bakal menggegarkan Arena Of Stars, Genting Highlands Resort pada 6 April nanti :-

GANDINGAN PENGACARA ABPBH 2013

  1. Amy Mastura
  2. Fara Fauzana

GANDINGAN PENGACARA PERMAIDANI MERAH ABPBH 2013

  1. Awal Ashaari
  2. Didie Alias

PENGKRITIK FESYEN ABPBH 2013

  1. Jovian Mandagie
  2. Nora Danish

ARTIS-ARTIS PENYAMPAI TROFI ABPBH 2013

  1. Aaron Aziz
  2. Almy Nadia
  3. Erra Fazira
  4. Fizz Fairuz
  5. Hanez Suraya
  6. Hisyam Hamid
  7. Irma Hasmie
  8. Izreen Azminda
  9. Jasmin Hamid
  10. Keith Foo
  11. Lana Nordin
  12. Lisa Surihani
  13. Mizz Nina
  14. Nassier Wahab
  15. Nora Danish
  16. Norish Karman
  17. Raja Ema
  18. Siti Shahrizah
  19. Yusry

PENGARAH MUZIK

Datuk Ramli Ms

ARTIS-ARTIS YANG MEMBUAT PERSEMBAHAN ABPBH 2013

  1. Adira
  2. Alyah
  3. Iwere
  4. Ayu Damit
  5. Black
  6. Bocey
  7. Datuk Ac Mizal
  8. Dina
  9. En Mimpi
  10. Forteen
  11. Hafiz
  12. Hazama
  13. Hyper Act
  14. Liza Hanim
  15. Mawi
  16. Najwa Latif
  17. Nomad
  18. Nora
  19. Salamiah Hassan
  20. Sarah Raisuddin
  21. Shahir
  22. Sherry Alhadad
  23. Stacy
  24. Waris
  25. Zainal Abidin
  26. Zulin Aziz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Taylor Swift Live in Malaysia RED ASEAN TOUR

Ainan Tasneem Cedera Dalam Kemalangan Di Kangar