Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Ammar Alfian Aziz Ugut Bunuh Wartawan Hiburan Di Facebook?



Semalam, Budiey telah di’tag’ dalam satu ‘gambar dinding’ di Facebook oleh seorang teman media. Ingat ke, gambar apa lah yang di’tag’nya, tengok-tengok ‘gambar dinding’ yang di’print screen’ dari Facebook kepunyaan pelakon yang memegang watak Neo dalam drama Tari Tirana, Ammar Alfian Aziz.

Selepas Budiey klik pada gambar dinding itu, teruslah Budiey baca komen-komen cemuhan yang ditulis, maka fahamlah Budiey tentang hal yang berlaku.

Terkejut jugak.

Apa yang dikesalkan, pelakon ini tidak berbincang secara baik terlebih dahulu dengan wartawan terbabit. Mungkin masalah ini boleh diselesaikan secara aman. Dan mungkin hubungan antara mereka boleh diselamatkan tanpa sebarang propaganda.

Semuanya gara-gara beberapa tulisan dan gossip yang telah dikeluarkan di beberapa media sejak dua menjak ini. Dikatakan, beliau telah diprovokasi dengan soalan-soalan yang agak negatif. Tak sangka, dalam status yang ditulis dengan kata-kata kesat berbaur lucah dan ugutan dari pelakon ini mengundang satu kontroversi di mana kemungkinan besar pelakon ini akan di’banned’ kerana menuduh wartawan di Malaysia sebagai bodoh dan berpura-pura.

Mengikut pengalaman Budiey, kami pernah bertemu di satu pelancaran drama online beberapa bulan yang lalu. Masa itu, Budiey tidak ada masalah untuk mengambil gambar ‘Neo’ dengan kekasihnya. Puteri Sarah pun kelihatan pandai melayan dan berborak-borak dengan Budiey. Cuma ‘Neo’ yang tak banyak bercakap. Apa-apa pun, mereka pasangan yang sangat romantik.

Masa pelancaran drama online – Dimension.

Kemudian, pada majlis Pelancaran Filem Lu Fikirlah Sendiri, Budiey kelihatan Neo seperti stress dan tidak mesra. Namun, beliau masih nampak okay pada awal majlis kerana masih membenarkan jurugambar mengambil gambarnya. Cuma yang ralat, apabila beliau tidak gemar posing ala romantik dengan Puteri Sarah Liyana macam dulu lagi. Mungkin masa tu, hatinya dah tak keruan dan masih marah.

Ada fotografer yang mengadu bahawa pada masa itu pelakon ini ralat untuk bergambar dengan Puteri Sarah kemungkinan besar kerana beliau tidak berlakon dalam filem Lu Fikirlah Sendiri. Mungkin kerana ini, beliau agak segan dan pelik apabila ada jurugambar mahu merakam gambar Puteri Sarah dengan kekasihnya.

Sebagai selebriti, ini dah perkara biasa sebab artis adalah public figure.

Ini gambar Ammar masa Budiey ambil di Prebiu Filem Lu Fikirlah Sendiri. Masa ini, takde masalah apa, Neo senyum manis kat kamera.

Selesai menonton wayang, ada sesi sidang akhbar di luar pawagam. Pelik juga, biasanya sidang akhbar akan diadakan secara tertutup iaitu dalan dewan panggung. Tapi kali ini, dibuat dengan disaksikan oleh tetamu dan pengunjung yang hadir. Tapi itu tak timbul isu yang besar.

Cuma, tindakan pelakon ini bersikap cemburu dengan bertanyakan tujuan fotografer mengambil gambar Puteri Sarah dengan pelakon utama iaitu Nabil adalah tidak profesional. Sehingga pergaduhan antara mereka disedari oleh media.

Pulang dari event ini, Budiey belek-belek portal Gua dan menjumpai gossip ini.

Aktor Cemburu Tak Bertempat?

Gosip yang GUA nak sampaikan ni tentang sepasang kekasih yang kebetulannya, kedua-dua pun bergelar pelakon. Dua tahun lalu, tergempar seketika industri hiburan bila gambar-gambar mereka bercumbuan di tepi kolam renang tersebar luas di Internet.

Yang bakal menjadi penceritaan umum bukan kisah gambar ‘panas’ mereka tetapi sikap cemburu si jejaka yang dikatakan tidak bertempat. Lebih malangnya, kejadian berlaku ketika majlis pra-tonton filem sulung si gadis.

Ceritanya begini. Sementara menunggu bermulanya tayangan filem tersebut, para jurugambar media pun ambillah kesempatan mengambil gambar teraju utama, yakni si gadis dan hero filem.

Sudah menjadi kebiasaan untuk jurugambar meminta subjek mereka mengenakan beberapa ‘pose’ bagi mempelbagaikan shot. Dalam insiden ini, jurugambar telah meminta hero filem meletakkan tangannya di bahu si gadis, maklumlah dalam filem lakonan mereka ini, mereka digandingkan sebagai pasangan kekasih. Tak hairanlah bila jurugambar meminta ‘pose’ yang lebih mesra tapi taklah sampai melampaui batasnya.

Kebetulan, si jejaka ternampaklah apa yang sedang berlaku. Apalagi, naik angin lah mamat tu, lalu disoalnya si gadis motif jurugambar meminta pose sebegitu. Bila ditanya jurugambar jika teman lelakinya kurang senang dengan gambar yang telah diambil, si gadis menjawab tidak.

Padahal beberapa minit kemudian, mereka kembali bertelagah. Tidak mahu pertengkaran mereka disaksikan para media dan orang ramai, mereka berdua pun beredar dari situ. Maka terlepaslah si gadis dari majlis pra-tonton filem pertamanya. Dan untuk ‘cover’ ketiadaannya, si gadis memberi alasan pada pihak penerbit bahawa dia terpaksa pulang kerana ada kelas.

Bila difikirkan balik, ada baiknya mereka tidak menonton filem itu. Kalau setakat letak tangan kat bahu dah angin macam ni, GUA tak tahulah macam mana reaksi si jejaka bila melihat babak si gadis didukung hero. – [sumber - Portal Gua]

Dalam Galaksi 2010 yang disiarkan di TV9 semalam, Ammar mengatakan beliau telah ditarik oleh jurugambar yang mahu mengambilnya bersama dengan Puteri Sarah Liyana secara kasar. Itu yang menjadikan Ammar bertambah tertekan dan berang.

Pada pagi ini, selain Panca Indera – Mingguan Malaysia yang menggesa Ammar supaya berhenti menjadi artis , Mstar Online turut mengeluarkan artikel tentang isu yang mencetuskan kontroversi ini:

Hero ‘Tari Tirana’ Ugut Bunuh Wartawan Hiburan Di Facebook?

SELEPAS pelakon Indonesia, Luna Maya dikecam baru-baru ini kerana mencemuh wartawan hiburan melalui laman sembang Twitter, kini artis baru Malaysia Ammar Alfian Aziz atau dikenali sebagai Neo dalam drama Tari Tirana pula dengan beraninya mengikuti jejak langkah Luna.

Tindakan berani Ammar di laman sosial facebook mendapati dia begitu marah dan emosi dengan pihak media kerana beberapa sebab tertentu.

Kekasih kepada pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana ini, telah sanggup melemparkan kata-kata ugutan dan kesat serta berbaur lucah kepada seluruh wartawan di Malaysia terutamanya wartawan hiburan.

Rasa ketidakpuasan hatinya dalam laman sosial Facebook itu dipamer di status facebooknya pada Jumaat, 5 Februari sekitar pukul 8 malam.

Ammar turutn menuduh wartawan di Malaysia sebagai bodoh dan berpura-pura.

Posting Ammar di Facebook malam kelmarin berbunyi: “Cant believe how stupid n fake reporters are.. creating stories for their own benefits without thingking dat they’re ruining other people’s lives.. I ***** HATE REPORTERS IN MALAYSIA”.

Jejaka berusia 22 tahun itu turut membuat justifikasi atau alasan di sebalik tindakannya itu kepada rakan-rakan facebooknya. Kononnya, dia berkata demikian setelah diprovokasi oleh beberapa wartawan untuk mendapatkan cerita buruk tentang dirinya.

Ammar berkata,…”well they’re provoking me by making up stupid dumb story”

Dalam kenyataan susulannya, Ammar turut membuat ugutan bunuh kepada para wartawan yang menulis cerita buruk tentangnya.

“Seriously if i meet up with dat ****** who created those stories bout me im gona ****** kill em.. DATS MY WORD,” katanya seperti dipetik dari Facebooknya.

Bagaimanapun, tinjauan mStar Online mendapati Ammar telah membuang beberapa nama yang disyakki berstatus wartawan dari senarai rakan facebooknya beberapa jam kemudian, hari yang sama.

Sementara itu, Ammar yang cuba dihubungi dari semalam tidak menjawab panggilan telefon dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang dihantar bagi memberi peluang Ammar menjelaskan situasi sebenar.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Photos Sexy Model Ammar Alfian Aziz
  • Gambar Puteri Sarah Dan Kekasihnya Ammar Alfian Aziz
  • Telemovie Tema Cinta Mac di RTM
  • Gambar Sekitar Karnival Tari Tirana
  • Drama Bersiri Indera Joned
  • Nanu Baharudin Tasha Shilla dalam Drama Sahara
  • Program Kewartawanan Awam U-WARTAWAN di Astro Awani
  • Tony Eusoff, Jehan Miskin dan Cheryl Samad dalam Drama Frontpage
  • Rumah Zubir Berita Harian Kena Simbah Cat
  • Gemilang Anugerah PPMH Dalam Media Hiburan



  • 25 Komen untuk entri “Ammar Alfian Aziz Ugut Bunuh Wartawan Hiburan Di Facebook?”

    1. Honeybee kata:

      ada tgok psl ni kt melodi tdi.. ntah le .. x minat, so lantak dia la kut2 nk jdi mcm fasha vs wrtawan dlu, tpi versi lelaki lh pulak… lu fikirlh sndri!

    2. SyAhiRaH kata:

      Tak lah handsamo mamat ni. Nak b`lagak mancho plak. Kalau aku jadi minah mamat ni, siang2 dah blah. Tak ada guna punya bf bersikap cemburu & cakap hembus kosong aje. Main ugut2 bunuh plak tu.
      Apa2 pun `LU FIKIRLAH SENDIRI` ….

    3. leeza kata:

      apa susah diapun bkn org m’sia pulaukan aje, dtg negara org pandai@ le bwk diri

    4. aku kata:

      wartawan-wartawan sumer….pulaukan jek dia.. belagak sungguh…

    5. ms kata:

      bdget bgus je mamat ni.mcm hndsome sgt.muke pun mcm bangla duk bwh jmbatan je.bru jd plakon dah wat kntroversi.tah2 saje je nak bg org kenal die.almaklumlah……..muke xensem…dtg ngara org nk wat kecoh plak.

    6. antiwartawanhiburanmalaysia kata:

      respect kt mamat ni..
      kasik ajar sket kt reporter hiburan malaysia.. bajet bagus/maksum sgt dorg ni.. nk kene layan mcm raja, nk kene puji melambung.. wartawan hiburan malaysia sume berlagak mcm diva.. sume nk kene bg 1st class treatment, otherwise kene kutuk dlm papers/magazine & blogs.. dh byk berlaku.. konon nk bg nasihat laa.. wtf sungguh!!!

    7. -siti- kata:

      haxhaxhax..btol2x..menyampah je tgk..budget bgus..

    8. An.Nur kata:

      Isu Luna Maya beza dngn si Ammar tu, luna maya wajar klu emosi jga marah krn wartawan dah keterlaluan ke dia sampai kamera diorang tumbuk kepala Aleia anak si Ariel Peterpan yg luna maya bw masa prebiu film trbaru Ariel “Sang Pemimpi” tpi cuma wartawan2 Indo sndri yg heboh smntra yg lain terutama peminat2 Luna Maya tak trpengaruh sikitpun justru bikin website dukung Luna Maya

    9. aku ni kata:

      artis ni kiter selalu kategorikan sebagai role model tp klu perangai dah mcm ni..better dia stop jd artis sebab takut jd role model yg tak elok…nak jd artis mmg kena ader pakej tp pakej cemburu ngan cepat melenting ni tak seswai utk sorg artis….pd producer2 drama or filem, fikir2 kan la sebelum amik org mcm ni…

    10. antiwartawanhiburanmalaysia kata:

      no wonder ramai org melayu bengap2 & bebal sbb jadikan artis as a role model mcm “aku ni” kata… hahaha!!! dah xde manusia lain ke ko nk jadikan role model?? typical melayu.. punye la byk academicians, researchers, corporate leaders, etc leh dijadikkan role model… hai org melayu.. x penah nk berubah!!!!

    11. Hamba Allah kata:

      Saman jek kalau sapa rasa dia di pihak yg benar….

    12. Mealmachfriso Jr kata:

      ………That is Malay Artis, just showing around malaysia, that artis (ammar) look like kampung boy, have nothing interesting with him…..

      His dont have place in ASEAN or International scop….Hate suam-suam kuku artis especialy in Kuala Lumpur, berangan that malay word says.

    13. teknik perd. kata:

      agak2 r nak kutuk ammar..member 1 skola aku beb..hak die la kan nk ckp pe…aku pnah 1 skola,bgaul dgn die,aku tau r die cmne..

    14. wati kata:

      si ammar ni datang dari negeri mana erk?

    15. ArtisTempatan kata:

      assalamualaikum guys.
      i hope you understand his situation. jgn sebarang cakap yang artis kalau lawan balik ni jahat la, tak bagus la. hes just a human being. im pretty sure he’s just there to give support to his girlfriend. hes right. kenapa tiba tiba dia pulak nak ada dalam spotlight? yes he is an actor, but he has nothing to do with the movie. ofcourse dia rasa tak best bila wartawan nak EXPLOIT dia punya rship dgn gf dia. put yourself if his shoes. korang suka ke kalau 24/7 kene jadi ‘barang’ wartawan? im sure you wont like it. you guys as fans kene tengok 2 sides of the stories. wartawan kalau diorang buat salah/ create stories, they will never admit that they are wrong. balik balik ARTIS kene cakap sorry. kalau artis buat salah takpe, ini dah la provoke orang tu, and then bila orang tu marah, you make money of it.

      i think we as readers must be smarter than to believe what you read. its just the tip of the iceberg. hati budi orang tu, you dont know.

      not all of the artist suka exposure yang mcm tu. they have their tanggungjawab as actor/actresses, how do you expect them to do a great job kalau asyik kene lempar stories made up by the wartawan? how do you expect them to love their work when all the time all this wartawan asyik nak korek benda tak elok about our artistes? kene bekerja dalam ketakutan ke? bila masa talents ni nak maju/prove their talents? let them do their job. as for the wartawan. stop creating stories lah. lay off the malaysian artists. they are not dumb. they know their rights. just support what they do best. we all as malaysians, regardless as fans, or as artistes, or as the media.. we HAVE to support each other.

      peace be upon you.

    16. yg telus kata:

      kpd ArtisTempatan….haaaiiiii, cm back up je…mmg la artis tu pon human being gak…tp kalu dh btol human being, ape salahnya jd humble n jgn nk melenting n melalak sesuka hati…mmg btol, as readers must be smarter…tp kalu die dh bkelakuan n berkata2 secara live…xkn la nk menyangkalnye lg…skali bg komen, mau xnk jatuh langsung..kononnye nk jg standard la sgtt…byk artis yg lbey baik n bole jd role pd artis yg bru nk “up”…kalu kerjaya n bakat tu gah sgt..org xde la nk bising2 bagai nk rak…tp kalu bakat n rupa pon stakat cukup mkn je, xyah la nk blagak n bg komen mcm bijak sgt….sbb tu bg artis yg xberape ilmu tinggi2….penuhkan la ilmu didada dulu sblom berkata2…kalu x, malu sendiri je…sbb berkata2 dgn mnggunakan akal fikiran yg rendah…sgtt memalukan..uhuhuhuh..:p

    17. sokong ammar kata:

      orang atas ni btol ckpnya…. kan kluar galaksi ckp ammar xgaduh dgn gf dia..wartawan reka cite pasal ammar..dala reka cite apsal dia ckp dia nak publisiti murahan n dia pembohong besar..padahal WARTAWAN YANG PENIPU BESAR…selidik balik sebenarnya ammar n gf dia xgaduh…wartawan saje nak sensasikan diorang ni….xpe ammar orang negeri ni sokong u….kitorang tau sapa yang jahat n sial…wartawan ni semua nak laku paper diorang je…status yang ammar tulis kat facebook tu mmg sesuai utk semua wartawan yang suke sgt menipu n mereka cite…harap ammar bunuh je diorang lagi bagus..aman dunia artist

    18. gurl sokong amar kata:

      U ignore wat they have said.just do ur best!

    19. GEGURL kata:

      Triple A….betol ke x betol ker,blasah ja….kalau nak pk org sampai ketua la bang oi…tapi..u belakon nampak mcm perfect so,jgn hampakan fans u..k.jgn terlalu byk kontroversi…byk2 baca ayat kursi,semoga diberkati dunia hakiki.

    20. love u ammar kata:

      stupid reporters..dala hancurkan idup orang..reka cite ingat pembaca bodoh ke ape??ni da zaman baru pembaca leh nampakla kalau wartawan menipu…xsemua artist jahat..n xsemua wartawan baik..ingat bagus sgt wartawan ni..bunuh je diorang ammar..yang jahat mulut ni…lagi2 minah terjah yang gemok tu…dahla gelak macam puaka…harap mati pon cam puaka..ammar buat benda yang betul dengan men’sound’kan wartawan ni…sebab dia tahu wartawan xcontrol life dia..dia control life dia sendiri
      i love u ammar…all my friends n me sokong u !!!!!!!!!!!!!!!!!

    21. penyokong ammar kata:

      100% sokong ArtisTempatan!!! wartawan hiburan sekarang lagi ramai yang pandai merosakkan karier artis drpd tolong dorang femes. cite2 yg x elok laju je nk sogokkan kat public. artis kat m’sia xramai yang berani cam ammar. maybe tade pon. anyway, wutever they say bout u dear ammar, we are more tolerate to see and think who’s on the right side. all the best to u ammar!

    22. daniya kata:

      salm…
      x pyg laa nk cemburu x btempt….
      semua owg wt ksilpan….
      x ada yg sempurna pun….
      ingt sarh 2 cun sgt kew….
      lh kew jdi isteri soleha….?
      if sarh 2 baik pkertynya x apa gk….
      nie dh mcm pelacur dh….
      sedr laa dri 2 yea….
      ingt2 la idop hnya sementra jew….
      patot korg pk n cari kbaikn nk dbwa dakhrt nty….

    23. dyesebel81 kata:

      ala…dia pun dah wat permintaan maaf secara terbuka dah…tapi biar jadi teladan kat selebriti lain…

    24. rocker malaya kata:

      mmg la bro..
      balak mne xdngki..
      kalo xdngki 2 mknenye korang ni bkn mnusia kot..
      tau la korang ikt trend,tp agk2 ar,org laen pn ikt trend gak..
      gua skong jjaka ni..
      steady…..

    25. X kata:

      Haaa.. Wartawan mau tulis cerita sensasi, Lu mau glamor, Kita mau tau..
      Lu kena gegar sikit dgn reporter lu dah bersilat lebeh2 sapa suruh.. Wartawan pun x salah, dah mmg kerja dia nak jual citer.. x kan nak tulis citer lu minum air apa, makan lauk apa, pakai stokin kaler apa, baju beli kat mana, lu datang naik apa?! Wa pun xnak baca kalau macam tu.. Learn from people who have gone through all this.. or just keep yer mouth shut and be thought as a fool.. rather than to u open your mouth and remove all doubts!

      PS: GF lu cun.. Peace!!! hehehehe

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK