in ,

Amir Ukays Ditahan Polis Kerana Miliki Pistol

Peserta program Gegar Vaganza 2, Amir Ukays ditahan pihak polis selepas dipercayai memiliki senjata api kira-kira pukul 1.45 pagi Rabu.

Sumber polis berkata ketika pemeriksaan dilakukan pihaknya menjumpai sepucuk pistol berwarna hitam yang tertera tulisan ‘Walther CP99 Compact dengan nombor siri 12L20520.

Amir atau nama sebenarnya Mohd Azmir Muhammad, 44, turut mengakui pistol berkenaan miliknya dan dia ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul dekat sini untuk tindakan lanjut.

Amir Ukays

Dalam pada itu, sumber polis turut memberitahu Amir ditahan ketika memberhentikan kenderaannya di tepi susur masuk ke Kampung Chubadak, Sentul dekat sini.

Nama Amir kembali melonjak selepas menyertai program Gegar Vaganza yang sedang berlangsung pada setiap Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria.

Sumber: Mstar Online

Amir Ukays

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siapakah Pemenang & Finalis Projek Muzik Hot FM

Syarul Ridzwan & Janna Nick Dalam Drama Bersiri KAU, AKU, KITA