in ,

Amir Raja Lawak Bengang Diumpan Peniaga MLM

Pelawak Amir (Raja Lawak) bengang apabila diperdayakan individu kononnya mahu memberikan dia tawaran pengacara tetapi akhirnya dijemput menjadi ahli skim jualan langsung (MLM) sebuah produk kecantikan.

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 27 berkata, dia sedikit terkilan dengan situasi tersebut memandangkan cukup teruja untuk berbincang mengenai projek pengacaraan itu namun terpaksa mendengar penerangan perniagaan produk berkenaan pula.

Amir Raja Lawak

“Mula-mula individu itu menghantar mesej menerusi WhatsApp bercakap mengenai tawaran mengacara. Dan dia ingin berjumpa dengan saya secepat mungkin. Bayangkan saya balik dari penggambaran dengan badan berpeluh-peluh terus berjumpa dengan individu tersebut. Apabila melihat dia mengeluarkan fail daripada begnya, saya dah agak ada benda yang tidak kena. Tiba-tiba dia bersama-sama dengan rakannya bercakap cara perniagaan MLM pula. Bengang saya dibuatnya,”

Tambah Amir, lebih mengejutkan apabila dia ditegur kerana bermain dengan telefon bimbitnya ketika mereka sedang memberi penerangan.

“Sepatutnya saya yang marah mereka kerana menipu. Lain pula jadinya, saya yang dimarah kerana tidak memberi fokus terhadap penerangan mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Amir berkata, mana-mana pihak yang menjalani perniagaan tersebut diharap lebih jujur apabila mengajak orang ramai menyertai perniagaan mereka. Ini kerana, ramai yang tidak senang dengan konsep ‘penipuan sementara’ yang digunakan golongan peniaga tersebut untuk menarik perhatian orang.

“Usahlah menipu semata-mata mahu mengajak orang berniaga. Jika anda yakin dengan produk yang diniagakan, tidak perlu takut untuk mempromosikannya secara berhemah. Apatah lagi sekarang ini banyak medium di laman sosial terutamanya yang boleh mempromosikan perniagaan masing-masing,” tegasnya.

Sementara itu, Amir memberitahu akan membuka gerai roti bakar di Sri Gombak dekat sini tidak lama lagi.

Dalam perkembangan lain, Amir baru saja selesai menjalani penggambaran Jangan Pening untuk siaran RTM.

Sumber: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yuna Lancar Album MATERIAL

Comedy Central Siar Sitkom Terbaru I LIVE WITH MODELS