in

American Idol Season 10

MEMBAWA RANCANGAN REALITI TV KE TAHAP BARU. AMERICAN IDOL, MUSIM KE-10, EKSKLUSIF DI 8TV.
TARIKH TX: 21 & 22 Januari 2011
HARI: Khamis Dan Jumaat
TX MASA: 10.00 malam & 10.30 malam
BAHASA: INGGERIS

Sebuah rancangan mencari “bakat” tidak seperti yang lain! Di dalam era di mana ramai yang mahu mencuba nasib dalam rancangan realiti untuk mendapat kemasyhuran, tidak peliklah walaupun sudah dalam tahun ke-10 “Idol Mania” masih hidup dan menjadi tumpuan ramai. Untuk menghangatkan lagi keadaan sempena Tahun Baru ini, American Idol musim ke-10 akan menyiarkan rancangannya di 8TV!

judges & host5

Sebuah rancangan yang boleh menarik segala beban kegembiraan dan kesedihan dalam satu masa, American Idol akan meluangkan masa mencari mereka yang ingin membuktikan mereka mempunyai bakat dan lebih lagi! Ia sebuah rancangan yang memberikan peluang yang sama kepada semua untuk membuat impian menjadi kenyataan.

Rancangan realiti ini mengikuti calon penyanyi muda dari siri audisi pertama mereka yang penuh dengan adegan yang memalukan kepada perjalanan seorang bintang yang penuh dengan harapan.

Daripada beribu yang yang hadir mengaudisi diri di Amerika Syarikat, hanya sepuluh finalis sahaja yang terpilih dari panel-panel hakim selebriti. Musim ke-10 juga merupakan musim yang pertama memasukkan audisi talian, di mana calon dibenarkan menyerahkan video audisi 40 saat melalui Myspace.

judges & host2

Peraturan untuk audisi talian adalah sama, sebagai mana calon akan dinilai sama rata dengan calon secara langsung.

Menjelang akhir musim, hanya tinggal dua calon penyanyi sahaja yang akan tinggal untuk bersaing mendapatkan tawaran merakamkan album yang lumayan.

Nilai hiburan siri ini jelas semasa dalam proses audisi apabila para hakim menstereotaipkan apa yang baik dan buruk, dan juga ada mereka yang khususnya dianggap perosak dan mesti ditolak! Penonton semestinya akan terhibur dengan kerenah mereka yang lucu, tidak terduga dan kadang-kadang luar biasa.

American_Idol_Title_Card

“Ini merupakan sebuah rancangan yang telah menjadi buah mulut orang ramai semenjak musim pertama, dan setelah 10 tahun, orang ramai masih bercakap mengenainya!, kata Pengurus Besar 8TV, Cik Lam Swee Kim. Kim menambah “ Ada ramai yang mempunyai bakat terpendam dalam bidang nyanyian dan rancangan ini telah membuka pintu kepada mereka yang mempunyai bakat vokal yang mantap dan penuh mengharap. Inilah masa untuk mereka menonjolkan bakat untuk memasyhurkan nama dipersada seni!”.

Pastikan anda berada di depan kaca TV anda untuk bersama-sama menyaksikan bakat terbaru dilahirkan menerusi American Idol musim ke-10. American Idol musim ke-10 juga bakal menyaksikan kehadiran selebriti-selebriti terkenal Jennifer Lopez dan Steven Tyler sebagai muka baru panel hakim musim ini bersama Randy Jackson. American Idol musim ke-10 akan disiarkan kepada anda mulai 21 dan 22 Januari 2011 setiap Khamis dan Jumaat pada pukul 10.00 malam dan 10.30malam, secara eksklusif hanya di stesen TV PERCUMA – 8TV.

Anda juga boleh menonton 8TV di saluran 708 di Astro. Program-program 8TV boleh juga ditonton menerusi online di laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my. Jika anda terlalu sibuk dengan urusan harian, anda masih boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda!

judges & host6

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bausch + Lomb’s renu® Fresh and renu® Sensitive Contest

Gambar Farhan di Green Cheongsam Showcase