Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











America’s Next Top Model Tyra Banks di 8TV



TYRA BANKS MENEMUI ANDA UNTUK MUSIM KE- 8 DI  8TV!

Tyra Banks kini kembali menemui anda untuk musim ke-8 America’s Next Top Model! Bermula 2 April 2009 jam 10.30 malam, penonton dapat meNyaksikan musim terbaru program kegemaran ramai ini secara PERCUMA hanya di 8TV!

“Musim ke-8 ini kembali dengan wajah-wajah baru yang pastinya lebih mencabar. America’s Next Top Model ini berjaya mengumpul pengikut yang ramai dan merupakan salah satu program popular di Hollywood!” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Penjenamaan, Pembangunan  Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi. 

Pertandingan untuk mencari model terbaik akan menyaksikan 13 orang finalis bertanding untuk merebut gelaran juara dan sekaligus memenangi kontrak dengan jenama kosmetik terkenal Maybeline bernilai $100, 000! Tampil dengan tema “Welcome to the jungle, kesemua peserta perlu memberikan persembahan terbaik sebelum berhadapan dengan juri-juri antaranya Tyra Banks, Twiggy, Nigel Barker, J.Alexander (Miss J) dan beberapa juri jemputan.

Selain memenangi kontrak bernilai $100, 000 dengan barangan kosmetik Maybeline, pemenang juga berpeluang untuk menjadi gadis muka depan bagi majalah Seventeen. Mereka juga akan memulakan kerjaya mereka bersama agensi model terkemuka iaitu Elite Model Management.

Seramai 33 orang peserta akan dihantar ke Los Angeles dan mereka akan diuji oleh Jay Manuel dan J.Alexander (Miss J) dalam beberapa sesi fotografi dan ujian berkenaan dengan fesyen.

Mereka kemudiannya akan dibawa berjumpa dengan Tyra untuk sesi temuduga. Beberapa peserta yang berjaya menarik perhatian ialah Micheline – seorang gadis yang memiliki lebih 20 tatoo di badannya dan Natasha – seorang gadis 18 tahun yang berkahwin dengan lelaki yang berusia 40-an.

13 finalis yang bakal beraksi ialah Brittany (21), Cassandra (24), Diana (21), Dionne (20), Felicia (19), Jael (22), Jaslene (20), Kathleen (20), Natasha (21), Renee (20), Samantha (19), Sarah (20) and Whitney (21).

Rata-rata peserta America’s Next Top Model musim ke – 8 merupakan pelajar kolej berumur 19 – 24 tahun yang berasal dari The Golden State.  

Jangan lupa untuk menyaksikan musim ke-8 America’s next Top Model secara PERCUMA bermula 2 April 2009 jam 10.30 malam hanya di 8TV. Anda juga dapat menonton 8TV melalui saluran 708 Astro anda!

 Anda kini dapat menonton program kegemaran anda melalui telefon bimbit dengan melayari ke www.mobile.8tv.com.my. Selamat menonton!

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • America’s Next Top Model Season 10 di 8TV
  • America’s Next Top Model Musim Ke-12
  • Asia’s Next Top Model
  • Elizabeth Banks Cast As Effie Trinket In The Hunger Games
  • America The Story of the US
  • Gambar Zahnita di Pameran Pengantin Malaysia 2008
  • Agent Cody Banks 2 di TV2
  • Buatan Orang dan Chef Mana Yang Sihir Chef Wan?
  • Noorfara Atilia Pemenang Estee Lauder Model Search Grand 2011
  • Oscar Academy Awards Cancelled?



  • Satu Komen untuk entri “America’s Next Top Model Tyra Banks di 8TV”

    1. El kata:

      Dan pemenang nya adalah Jaslene huhu lambat lah malaysia ni.. orang dah season 12 kat sana :P

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK