in

AMARKALA DEEPAVALI 2010

SIARAN LANGSUNG MALAM DEEPAVALI : AMARKALA DEEPAVALI 2010 TEMUKAN ARTIS MALAYSIA DAN SINGAPURA DI TV2

Menjelang sambutan perayaan Deepavali yang bakal disambut 5 November ini, buat pertama kalinya program Amarkala Deepavali 2010 hasil kerjasama RTM dan Vasantham, MediaCorp, Singapura akan disiarkan secara langsung melalui TV2 dan TV Vasantham secara serentak pada malam Deepavali iaitu pada 4 November, jam 10.00 hingga 12.30 tengah malam.

SASI THE DON

Sasi The Don

Menariknya rancangan ini akan diadakan di tempat terbuka iaitu di Little India, Race Course, Sarangoon Road, Singapura yang bakal dihadiri lebih 30,000 orang bagi meraihkan sambutan perayaan Deepavali.

Berkonsepkan konsert terbuka, Amarkala Deepavali diadakan bagi meraikan perayaan Deepavali secara bersama dalam kemeriahan penyatuan artis dua negara.

Malah rancangan ini akan menyatukan kaum India Malaysia dan Singapura melalui rangkaian lagu-lagu Tamil daripada filem-filem popular bermula tahun 1970 sehingga terkini. Persembahan mereka disampaikan menerusi nyanyian, tarian, lawak jenaka dan hebahan.

Antara artis yang bakal berkongsi pentas menjayakan persembahan lagu masing-masing termasuklah Banumitha (Lagu Kilimanjaro daripada Filem Enthiran), Diana (Lagu Paatu Paatu daripada Filem Thillalangadi), Anuratha (Lagu Kadhal Anukkal daripada Filem Enthiran), Jayashree (Lagu Oh Oh Ethanai Azhagu daripada Filem Irupathu Vayathinilae), Darshaini (Lagu Kannumkannum nokia daripada Filem Anniyan), Sasi The Don (Lagu ciptaan sendiri Yardigal), Rabbit Mac (Yardigal [rapper]), Magen (Lagu Tanjavur Jillakaari daripada Filem Sura), Anand (Lagu Mukala Mukabala daripada Filem Kadalan) dan Puvaneswaran (Lagu Poomalai Oru dariada Filem ThangaMagan).

Malah program bersiaran secara langsung sepanjang dua jam setengah itu turut menampilkan kemunculan pelawak, Shan dan Ratna sebagai pengacara.

rabbit mac

Rabbit Mac

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Cornetto Show Your Love – Makan & Menang

SALAM BAITULLAH