in

Amanda Imani Gondol Dua Anugerah Di Sepanyol

Pemergian penyanyi Amanda Imani ke Sepanyol pada awal 18 hingga 22 Julai baru-baru ini tidak sia-sia kerana sekali lagi dia telah berjaya menaikkan nama Malaysia di persada muzik antarabangsa menerus pertandingan Universong Music Festival kali ke -12 yang diadakan di Tenerife iaitu sebuah pulau dalam Kepulauan Canary.

VIDEO Bual Santai Bersama Amanda Imani Aidilfitri 2012

Ucapan Salam Aidilfitri 2012 dari Amanda Imani

Amanda yang ditemani ibunya itu telah dianugerahkan Best Stage Present Award dan Special Award for Vocal Presentation and Artistic Qualities di festival yang juga menampilkan beberapa penyanyi dari seluruh pelusuk dunia.

Amanda Imani Gondol Dua Anugerah Di Sepanyol

mendapat sebahagian tajaan daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebagai bantuan bagi memudahkan perjalanan mereka ke Sepanyol bagi menghadiri festival muzik tersebut.

“Syukur Alhamdulillah, di pentas Universong Music Festival saya telah menyanyikan lagu Jatuh Cinta Kasih, iaitu lagu hasil ciptaan saya dan Ajai dan lagu tersebut telah memberi peluang saya menggondol dua anugerah tersebut.

“Di beri anugerah sebegini membuatkan saya mahu terus gigih berkarya dan mencuba pelbagai lagi genre muzik agar tampil versatile dan dapat memenuhi selera peminat muzik tempatan. Insya cAllah lepas raya nanti saya akan tampil dengan lagu berkonsep baru, Fobia Cinta yang menampilkan pemain biola Dennis Lau merupakan ciptaaan saya 100 peratus,” ujar penyanyi yang sering tampil dengan lagu bergenre pop ini dan kini popular dengan lagu Cemburu.

Pemergiannya ke Sepanyol mendapat sebahagian tajaan daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebagai bantuan bagi memudahkan laluannya untuk menghadiri serta meneyrtai festival muzik tersebut.

Amanda Imani Gondol Dua Anugerah Di Sepanyol

Amanda Imani bukanlah nama baru dalam industri hiburan tempatan, namun menurut penyanyi yang berusia 21 tahun ini, dia masih lagi mencuba mencari genre yang sesuai dengan suara dan dalam masa yang sama dapat diterima pendengar.

“Saya masih lagi dalam peringkat orang kata try error dalam erti kata lain saya sedang mencari haluan muzik yang kena dengan suara saya. Mujurlah saya sering mendapat tunjuk ajar daripada komposer terkenal, Ajai bagi memperbaiki mutu suara dan nyanyian saya.

“Kalau nak ikutkan trend muzik sekarang, lebih kepada lagu bergenre pop yang catchy dan saya pula mula dikenali dengan irama pop blues jadi saya mahu mencari keseimbangan di situ. Untuk tukar genre mungkin agak sukar kerana saya suka buat apa yang saya suka. Kalau tidak nanti karya yang dihasilkan itu tak mendapat kepuasan pada diri saya pula,”ujar Amanda tentang haluan muzik nyanyiannya.

Sejak penglibatannya dalam industri muzik, Amanda telah berjaya menggondol beberapa anugerah di peringkat antarabangsa. Bermula dengan The World Association of Festivals and Artists (WAFA) bagi kategori Best Young Talent, 20th International Music Festival Discovery 2011 di Bulgaria (Best Original Song – Selamilah Cinta) serta Voize Independent Music Award (VIMA) untuk (Best Pop Song).

Amanda Imani Gondol Dua Anugerah Di Sepanyol

Amanda Imani Gondol Dua Anugerah Di Sepanyol

Amanda Imani Gondol Dua Anugerah Di Sepanyol

Amanda Imani Gondol Dua Anugerah Di Sepanyol

Amanda Imani Gondol Dua Anugerah Di Sepanyol

Amanda Imani Gondol Dua Anugerah Di Sepanyol

Amanda Imani Gondol Dua Anugerah Di Sepanyol

Amanda Imani Gondol Dua Anugerah Di Sepanyol

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Program TV Astro Kempen Negaraku 2012

Review A’Famosa Resort Melaka