in

ALYSSA SOEBANDONO, RAYA KOHANDI, EENG SAPTAHADI DALAM DRAMA HIDAYAH RAMADAN

PINTU HIDAYAH : HIDAYAH RAMADAN, 19 SEPTEMBER (JUMAAT), 3.05 PETANG DI RTM1.

Slot Pintu Hidayah minggu ini membawakan sebuah drama dari seberang yang mampu mendidik dan memberi kesedaran kepada semua umat Islam agar menjadi khalifah yang taat kepada Allah s.w.t. dan dalam erti kata lain tidak jemu menjalankan ibadah wajib yang telah disyariatkan oleh-Nya.

Kali ini memaparkan sebuah drama bertajuk “Hidayah Ramadan”. Drama ini memaparkan sebuah episod realiti masyarakat yang sarat dengan mesej yang positif. “Hidayah Ramadan” mengisahkan tentang Dana seorang anak gadis yang berakhlak mulia dan taat beribadah. Malangnya dia lahir di dalam sebuah keluarga yang tidak menekankan soal agama dan jauh terpesong dari tuntutan agama. Ayahnya, Ramli melarang Dana beribadat hingga dia mengarahkan adik Dana, Lia mengawasi perlakuan Dana. Dana turut dilarang berpuasa.

Namun begitu, Dana tidak mahu melanggar suruhan agama. Dia berpuasa dan mengerjakan solat tarawih secara sembunyi-sembunyi. Dana sering dihukum apabila ayahnya mendapati dia berpuasa. Ramli yang merupakan ketua di sebuah projek pembinaan dan mengamalkan rasuah.

Suatu hari keluarga Dana diserang penyakit misteri. Ramli mengalami kesakitan yang teramat sangat sehingga hilang selera makan. Lia juga mengalami kesakitan yang sama dengan ayahnya. Dana menjemputseorang ustaz untuk mengubati ayahnya. Namun begitu, ustaz tersebut tidak mampu mengubati Ramli dan keluarganya. Menurut ustaz hanya Allah mampu mengubatinya, lalu ustaz membimbing Ramli agar bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. Setelah kejadian itu, Ramli dan keluarganya bertaubat dan kembali ke  jalan yang diredhai Allah. Drama ini dibintangi oleh Alyssa Soebandono, Raya Kohandi, Eeng Saptahadi, Anna Pinem dan Rizal Djibran.

Pastikan anda tidak akan melepaskan peluang menonton drama “Hidayah Ramadan” yang menghiasi slot Pintu Hidayah di RTM1, Saluran Inforia, pada 19 September  bersamaan hari Jumaat pada jam 3.05 petang. Teruskan menonton RTM1, Saluran Inforia Anda.   

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Fara Fauzana Akan Bertunang dan Berkahwin Tidak Benar?

CATRIONA ROSS DALAM DRAMA ANJUNG SOFEA