in ,

Altimet Bawa AIR Ke Tujuh Lokasi

Bagai air mencari jenisnya, begitulah juga dengan penyanyi rap tersohor – Altimet – yang bakal turun padang ke 7 lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia dalam usahanya bersungguh-sungguh untuk mempersembahkan ‘Air’ secara langsung kepada peminat.

Altimet 1

#AltimetAir Road Tour ini merupakan rangka promosi album ‘Air’ yang baru sahaja dilancarkan pada Mac lalu. Namun siri jelajah ini bukan sahaja untuk mempromosikan album tetapi ia juga merupakan suatu platform untuk Altimet bertemu mata dengan peminat dari seluruh ceruk rantau. Bakal bersara sebagai penghibur di hujung tahun ini, siri #AltimetAir Road Tour ini juga dilihat sebagai tanda terima kasih Altimet kepada peminat atas sokongan yang diberikan sepanjang kerjaya seninya hampir 20 tahun.

Pemenang Persembahan Terbaik, Anugerah Juara Lagu Terbaik Ke-32 (AJL 32) ini dijangkakan akan mempersembahkan lagu-lagu daripada album ‘Air’ seperti ‘Bunga’ dan ‘Mambang’ yang sudah semakin mesra di telinga peminat, dan beberapa lagu hitsnya yang terdahulu.

#AltimetAir Road Tour ini akan bermula esok (26 April) di lokasi pertama iaitu di Amanjaya Mall, Kedah. Berikut merupakan tarikh dan lokasi jelajah untuk promosi album ‘Air’:

TARIKH

MASA

LOKASI

1

26 April 2018 (Khamis)

page1image2970384

8.00 malam

Pintu Luar Utama, Amanjaya Mall, Kedah

2

27 April 2018 (Jumaat)

8.00 malam

Kedai Kopi Shocka, Penang

3

29 April 2018 (Ahad)

page1image2961536

8.00 malam

Pasar Karat, Johor Bahru

4

2 Mei 2018 (Rabu)

8.00 malam

Padang Astaka, Kemaman, Terengganu

5

3 Mei 2018 (Khamis)

page1image2952800

8.00 malam

Serambi Teruntum, Kuantan

6

5 Mei 2018 (Sabtu)

8.00 malam

Menara Taming Sari, Melaka

7

6 Mei 2018 (Ahad)

8.30 pagi

page1image1655232

Tapak Car Boot Sales Kota Damansara, Selangor

Peminat boleh mendapatkan album fizikal ‘Air’ yang direka eksklusif oleh Kongsi Design di setiap lokasidengan harga promosi RM25.00. Album edaran Warner Music Malaysia ini sudah pun tersedia di kesemua pelantar digital sejak 30 Mac 2018.

Sebarang maklumat lanjut sila layari www.altimet.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Xiaomi Umum Pelancaran Redmi Note 5

Gambar Sekitar One Republic Live In Malaysia 2018