• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Almy Nadia Tukar Kerjaya Sebagai Guru?

0
  • by Budiey
  • in Almy Nadia · Drama
  • — 5 Feb, 2013

Almy Nadia Tukar Kerjaya Sebagai Pendidik Dalam Drama Cikgu Imah Salimah Di TV1

Tugasan seorang pendidik bukan semudah disangka apabila bukan sahaja terpaksa berdepan dengan anak-anak murid sebaliknya turut menghadapi cabaran daripada persekitaran dan juga rakan sekerja seperti juga orang lain.

Watak seorang pendidik tersebut dihayati oleh pelakon Almy Nadia yang menjiwai karektor Cikgu Imah Salimah yang juga pendidik berketurunan Orang Asli dalam sebuah drama menarik ditayangkan sempena Tahun Baharu Cina bertajuk Cikgu Imah Salimah pada 12 Februari 2013, jam 3.05 petang di TVI yang turut dibintangi oleh Syed Aiman, Kuna, Delimawati, Normah Damanhuri.

tegas...watak Cikgu Imah Salimah

Kisahnya bermula bila Cikgu Imah Salimah yang baru sahaja menamatkan pengajiannya di sebuah universiti tempatan telah ditugaskan mengajar disebuah sekolah di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Berita tentang tugasan sangat mengujakan Cikgu Imah Salimah namun dia terpaksa berdepan cabaran ketidakserasian pendapat dengan ibu bapa pelajar ingin membawa anak-anak mereka pergi bercuti. Namun sebaliknya Cikgu Imah Salimah pula sibuk untuk mengadakan kelas tambahan demi memantapkan lagi prestasi akademik pelajar-pelajarnya.

Cabaran berikutnya pula konflik Cikgu Imah Salimah dengan masalah salah seorang muridnya, Akmal. Akmal yang kematian ibu dan hidup dengan serba kesusahan bersama masalah bapanya yang hanya berniaga gerai. Bapa Akmal dibelasah hingga cacat akibat hutang lama oleh kaki pukul. Situasi ini memaksa Cikgu Imah Salimah mengambil tanggungjawab menjaga keluarga ini demi kemajuan pendidikan Akmal.

Cuti semester bermula. Kelas tambahan juga bermula. Cikgu Imah Salimah menjanjikan menu khas masakan ciptaannya pada semua penjaga yang membenarkan anak mereka menghadiri kelas tambahan. Program ini ternyata mendapat sambutan dari semua terlibat. Kesemua mereka suka akan menu-menu masakan ciptaan Cikgu Imah Salimah dan suasana menjadi ceria seketika.

Selepas itu, Puan Rosa yang sangat menyintai Cikgu Syafirul telah menaruh dendam pada Cikgu Imah Salimah. Puan Rosa merasakan hubungannya dengan Cikgu Syafirul semakin pudar akibat keakraban Cikgu Imah Salimah bersama Cikgu Syafirul. Atas dasar itu, maka Puan Rosa telah menfitnah kononnya Cikgu Imah Salimah mempunyai hubungan sulit dengan bapa Akmal. Situasi ini telah merosakkan hubungan Cikgu Syafirul dengan Cikgu Salimah.

Namun Cikgu Imah Salimah bijak menyelesaikan konflik yang kemudiannya memaksa Puan Rosa berterus- terang tentang fitnah dilemparkannya. Pada masa itu terbit rasa simpati di hati Cikgu Imah Salimah terhadap ketulusan cinta Puan Rosa pada Cikgu Syafirul.

Cikgu Imah Salimah berpegang teguh pada niatnya bila pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah iaitu dia mahu memajukan prestasi pendidikan pelajarnya dan bukan membuang masa dengan dilema cinta tiga segi. Sehubungan itu, kelas tambahan yang dijalankan oleh Cikgu Imah Salimah telah membuah kan hasil. Kelas yang sebelum ini sangat bermasalah dengan prestasi telah bertukar menjadi kelas yang paling baik dan disanjung tinggi oleh semua guru-guru disekolah itu.

Saksikan bagaimana lakonan Almy Nadia sebagai pendidik berdepan dengan cabaran hanya di TV1.

Almy Nadia dan Syed Aiman pegang watak utama

babak dalam Cikgu Imah Salimah

Komen via Facebook

Komen

Share

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Im The Best TV2
  • Next story Tiket Konsert Anuar Zain 3 Dekad Laris

ENTRI BERKAITAN

  • Senyumlah Papa, Taj Mahal Untuk Mama & Menanti Cahaya di RTM 4 Sep, 2008
  • Cinta Nad Zainal Rebutan Zahiril Adzim & Kamal Adli 15 Mar, 2013
  • Sinopsis Drama Ana Lu’Lu 1 Jun, 2011
  • Drama Bersiri Bunga April Lakonan Shahz Jaszle 28 Nov, 2011

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Siti Nurhaliza Lancar Laman Sesawang Siti Nurhaliza Official
    • Sharifah Sakinah Kecewa Gara-Gara Isu VIdeo Kontroversi?
    • Gambar Will Smith & Jaden Smith Tiba di Taipei Untuk Promosi After Earth
    • Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • Afiq Muiz Diminta Bertaubat Dengan Segera
    • Sharifah Amani Pegang Watak Pelacur Dalam Redemption Night
    • Koleksi Gambar Anuar Zain Dengan Gaya Smart Kasual
    • Ulasan Album Lagu Terbaik dari Kotak
    • Gambar Siti Nurhaliza di Majlis Pelancaran Laman Rasmi Siti Nurhaliza Official
    • Media Prima Digital & Samsung Lancar Tonton di SMART TV
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • najwa-latifNajwa Latif Bakal Meriahkan Festival Kenyir 2013Monday, May 13, 2013
    • siti-nurhaliza-galau-videoKonsert Solo Siti Nurhaliza in Symphony di Dewan Filharmonik PetronasMonday, May 13, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • nora on:Afiq Muiz Diminta Bertaubat Dengan Segera
    • nora on:Afiq Muiz Diminta Bertaubat Dengan Segera
    • nora on:Drama Rindu Ini Milik Dia Temukan Memey Suhaiza & Talha Harith
    • Sara on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Siti Nurhaliza Lancar Laman Sesawang Siti Nurhaliza Official
    • Sharifah Sakinah Kecewa Gara-Gara Isu VIdeo Kontroversi?
    • Gambar Will Smith & Jaden Smith Tiba di Taipei Untuk Promosi After Earth
    • Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • Afiq Muiz Diminta Bertaubat Dengan Segera
    • Sharifah Amani Pegang Watak Pelacur Dalam Redemption Night
    • Koleksi Gambar Anuar Zain Dengan Gaya Smart Kasual
    • Ulasan Album Lagu Terbaik dari Kotak
    • Gambar Siti Nurhaliza di Majlis Pelancaran Laman Rasmi Siti Nurhaliza Official
    • Media Prima Digital & Samsung Lancar Tonton di SMART TV
    • Suria FM Guna Trak Untuk Promosi
    • Peraduan Duta Belia & Nissan ALMERA Playlist
    • Album Kompilasi Melayu Klasik Herman Tino & Zaleha Hamid
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.