in

ALLYHUNT: PORTAL CARI KERJA YANG EFEKTIF!

Salam pembaca budiman, 

Anda tengah cari kerja kosong? Atau baru keluar universiti tapi tak tahu kat mana nak cari kerja? Atau anda dibuang kerja dan sedang terpinga-pinga nak cari kerja yang sesuai dengan kelayakan anda? Atau korang yang sedang jadi majikan atau boss tengah pening dan keliru bagaimana nak cari pekerja baru…

Ala apa susah-susah… Budiey dah jumpa tempatnya. Apa kata anda lawati portal cari kerja yang baru sahaja Budiey temui ini… ALLYHUNT (http://www.allyhunt.com).

Kalau korang nak tahu, Allyhunt adalah satu-satunya portal yang paling berkembang pesat di Malaysia. Efektif dan sangat senang untuk dilayari. Portal ini dilancarkan pada Julai 2007.

Budiey tengok banyak sekali peluang pekerjaan ditawarkan di portal tu. Laman website ini menawarkan pencarian kerja untuk semua level, pekerjaan yang khusus (specialization), bidang dan berbeza serta lokasi yang anda inginkan.

Apabila melayari portal ini, anda akan melihat tiga bahagian iaitu OVERVIEW, CREATE ACCOUNT dan NEWS & UPDATES. Di bahagian OVERVIEW, anda dapat melihat senarai kerja-kerja kosong yang terkini. Semua jawatan yang anda inginkan semua ada di sana. Jawatan dari peringkat bawahan hinggalah ke jawatan eksekutif ada ditawarkan. Lengkap dengan segala info yang anda inginkan, siap dengan nama syarikat, alamat pejabat, dan gaji yang ditawarkan lengkap tertera di dalam sebuah jadual di ruang OVERVIEW.

Memang senang sangat untuk cari kerja di Allyhunt. Apa yang anda perlu buat ialah, mula-mula, anda perlu daftar nama anda untuk mencari kerja. Klik CREATE ACCOUNT atau klik banner NEW JOBSEEKERS, masukkan butiran diri… dan tak sampai 5 minit, akaun anda dah siap.

Jalan paling senang untuk mencari kerja yang sesuai dengan anda ialah dengan mencari di ruangan SEARCH. Masih tak bertemu dengan kerja yang sesuai, anda boleh cuba cari dengan menggunakan ADVANCED SEARCH. Di situ segalanya akan dikhususkan secara terperinci mengikut spesifikasi yang anda tentukan. Fuh! Senang sangat kan?

Kalau dulu, kita kena selak suratkhabar setiap hari untuk cari kerja, tapi sekarang, tidak lagi. Selepas APPLY, jawaban untuk temuduga akan dihantar melalui email dalam masa yang cepat. Tak perlu tunggu lama, samada permohonan anda itu diterima atau tidak. 

Di Allyhunt, sekiranya permohonan anda belum diproses, perkataan UNPROCESSED akan tertera. Oh satu lagi… kalau anda sibuk dan tak sempat untuk melihat status permohonan, satu notifikasi ringkas akan dihantar ke email anda sekiranya permohonan anda diterima atau ditolak.

Untuk anda yang dah bekerja tapi mungkin nak cari duit lebih untuk raya, ha, bolehlah dapatkan kerja sambilan anda dengan klik FREELANCERS.

Semuanya tidak perlu dibayar satu sen pun. SEGALANYA PERCUMA!

Paling Budiey suka, kalau korang nak pelajari tips dan petua untuk mendapatkan kerja, haa, apa kata korang juga boleh baca artikelnya di portal ini. Pelbagai artikel menarik yang ditulis untuk mereka yang sedang mencari kerja sebagai pedoman. Salah satu artikel adalah berkenaan dengan persediaan ketika menghadapi temuduga. Menurut artikel tersebut, persedian menghadapi temuduga adalah satu persediaan yang serius termasuk pakaian dan tingkahlaku. Berguna sangat untuk korang!

Juga ruangan komik dengan maskot Allyhunt iaitu ikan lumba-lumba yang disiarkan seminggu sekali dalam ruangan News & Updates boleh ditatap sebagai hiburan.

Jadi apa tunggu lagi, kepada graduan sekalian, bolehlah mengunjungi Allyhunt SEKARANG!
Layari, sertai dan nikmati faedahnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Majlis Berbuka Puasa HOT FM & FLY FM

NORALBANIAH, HILMI HUSAINI DALAM DRAMA HUJAN BEREDAR PANAS BERLINGKAR