in ,

Restoran Milik Datuk Seri Aliff Syukri Diserbu Pihak Berkuasa

RESTORAN milik pengasas produk D’Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Romah Makan Terlajak Laris yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor telah diserbu oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Difahamkan premis berkenaan diserbu oleh sekumpulan anggota penguat kuasa kerana dikatakan tidak mematuhi peraturan yang digariskan.

Aliff Syukri Diserbu Pihak Berkuasa

Dalam serbuan tersebut, beberapa peralatan termasuk meja restoran yang terletak di kaki lima berhadapan dengan premis itu telah dirampas kerana didapati menghalang laluan.

Pun begitu, Aliff dalam rakaman langsung menerusi Instagram miliknya menjelaskan restoran berkenaan masih beroperasi seperti biasa dan mengakui sangat kecewa dengan tindakan tersebut.

Sementara itu, menurut jurucakap Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pula memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian yang berlaku dalam masa terdekat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bapa Elfira Suruh Henti Keluarkan Statement, Ini Jawapan Sufian

Artis Fantastik 4 Turun Padang Dekati Anak Yatim