in

Alif Satar & Sherry Alhadad Bersedia Berikan Yang Terbaik Untuk AJL 32

Tanyalah mana-mana pengacara atau selebriti, apabila dapat menggalas tugas sebagai pengacara Anugerah Juara Lagu (AJL) yang menjadi acara muzik paling berprestij pastinya mereka akan rasa bangga dan gembira. Apa taknya, AJL adalah antara anugerah yang dinantikan oleh peminat untuk menyaksikan lagu yang bakal diangkat sebagai karya terbaik.

Kali ini, nasib menyebelahi Alif Satar & Sherry Alhadad yang ditugaskan sebagai Hos bagi mengemudi ANUGERAH JUARA LAGU 32.

Ikuti temubual Budiey bersama Alif Satar semasa pengumuman pengacara AJL 32:

Memasuki edisi ke-32, AJL tahun ini bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 11 Februari depan dengan menyaksikan 12 lagu berentap untuk bergelar juara.

Lagu-lagu tersebut ialah Akhirnya Cinta (Salma), Aku Cinta (Syamel & Erni Zakrie), Aku Yang Sebenar (Hazama The Penglipur Lara), Amboi (Altimet), Bayang (Khai Bahar) dan Jampi (Hael Husaini).

Lagu lain ialah Lebih Sempurna (Syamel), Menahan Rindu (Wany Hasrita), Sejati (Azmi Caliph Buskers), Separuh Mati Ku Bercinta (Dayang Nurfaizah), Tergantung Sepi (Haqiem Rusli) dan Warkah Untukmu (Ara Johari).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Johan Ishak, AJL masih lagi mendominasi sebagai pentas terbaik mengangkat usaha pemuzik merangkumi komposer, penulis lirik dan penyanyi melalui penjurian profesional.

Promo Hos AJL 32:

“Kami bangga kerana tidak hanya mengiktiraf lagu terbaik, tetapi AJL dilihat menjadi pentas idaman penyanyi untuk mempamerkan kualiti vokal dan persembahan.

“Selain itu, demi menampilkan kelainan bersesuaian tema, buat pertama kali tahun ini trofi AJL32 disuntik dengan elemen fesyen hasil kerjasama pereka fesyen Rizman Ruzaini,” katanya.

Malah tambah Jogan lagi, selain mahu menghayati komposisi lagu, nyanyian merdu dan bertenaga finalis dengan persembahan dipertaruhkan, penonton sentiasa ternanti-nanti fesyen yang bakal digayakan mereka.

“Muzik dan fesyen tidak boleh berpisah. Kami rasa tema tahun ini amat bertepatan,” ujarnya di majlis sidang media Anugerah Juara Lagu ke-32 di Hotel JW Marriot, pada Rabu.

Selain 12 lagu yang dipertandingkan, gandingan pengacara AJL juga sentiasa mencuri tumpuan ramai kerana menjadi elemen penting yang memastikan perjalanan acara ini berlangsung dengan jayanya.

Jika tahun lalu menampilkan Awal Ashaari, Che Puan Sarimah Ibrahim, Fara Fauzana dan Fizi sebagai pengacara, kali ini gandingan Sherry Al-Hadad dan Alif Satar diberi tanggungjawab menggalas tugasan ini.

Malam kemuncak AJL32 bakal dihangatkan lagi dengan persembahan hebat dari penyanyi jemputan yang terdiri daripada Datuk A Rahman Hassan, Datuk Jeffrydin, Datuk Awie, Edrie Hashim, Siti Sarah, Stacy, AG Coco dan Waris.

Selamat maju jaya buat pengacara dan juga finalis AJL 32. Buat yang terbaik!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Marvel Studios Kicks Off The Marvel Cinematic Universe 10-Year Anniversary Celebration

Brian Chen Buka Akademi Memasak Untuk Kanak-Kanak di IPC Damansara