in ,

Aliff Aziz Jawab Isu Dikatakan Tidak Berdisiplin

Ini bukan pertama kali dia didakwa tidak berdisiplin, namun penyanyi dan pelakon Aliff Aziz sebelum ini pernah mempertahankan dirinya atas tuduhan tersebut. Dah banyak kali Aliff dicop tak berdisiplin. Terbaru, sekali lagi anak muda kelahiran Singapura ini didakwa tidak berdisiplin selain dikatakan menjadi punca penggambaran sebuah drama yang dibintanginya tidak dapat ditamatkan mengikut masa.

Kecewa dengan tuduhan tersebut, menurut penyanyi berusia 23 tahun ini, masalah itu timbul apabila produksi tersebut tidak mempunyai cara kerja yang sistematik sehingga menyusahkan banyak pihak terutamanya pelakon.

“Saya kecewa bila mereka menuding jari dan meletakkan semua kesalahan atau kelewatan drama adalah disebabkan saya. Walhal apa yang berlaku adalah kerana cara kerja mereka yang banyak menyusahkan semua pelakon. Mereka beri jadual yang tidak masuk akal dan sering kali bertukar. Pada awal penggambaran lain disuruh dan bila produksi terpaksa menambah jumlah hari penggambaran. Ahh… mereka buat kerja lagi merepek.”

Bagaimanapun, Aliff berkata, dia turut mengaku kesalahannya iaitu agak sukar untuk bangun pagi sehingga terlewat datang ke lokasi.

“Ya, saya mengaku beberapa kali datang lambat kerana terlajak tidur dan memang saya susah nak bangun pagi dan mereka ada menegur kesilapan saya itu. Saya terima teguran itu dan bersedia memperbaiki untuk datang awal pada keesokannya, tetapi mereka pula yang selalu lewat sehingga kadang-kala tiada babak langsung untuk saya. Apa salahnya buat jadual betul-betul dan jika tiada adegan saya tidak perlulah saya datang awal. Kadang-kadang saya terpaksa tidur di set seharian tanpa buat apa-apa kerja.”

Tambah Aliff, sebagai pelakon baharu, dia sedar tidak setaraf dengan pelakon popular yang tidak perlu menunggu, namun dia kesal apabila ada pihak produksi yang menimbulkan isu ini.

Kejadian itu membuatkan dia serik untuk berlakon dengan syarikat produksi tersebut.

sumber: mStar online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Pakai Tudung Raja Azmi Tetap Dengan Pendirian

Peraduan Menang Iphone 5C Dalam Cabaran Hensem Maksimum