in

Alibi Promo Tour Hiburkan Kota Kinabalu, Sabah

Alibi Promo Tour Kota Kinabalu, Sabah

Alibi Promo Tour pada tahun ini akan bermula di Kota Kinabalu, Sabah pada 20 hingga 23 Mei 2010. Antara artis-artis Alibi yang akan terlibat ialah The Fabulous Cats, Nabil Zamanhuri, Marsha, Lah Ahmad, Ezlynn, Han dan penampilan khas dari Singapura Sleeq.

Mereka akan membuat persembahan di Shenanigan’s Fun Pub pada 20 dan 21 Mei, jam 10 malam. Untuk malam pertama The Fabulous Cats, Marsha, Nabil dan Sleeq. Manakala pada malam kedua sekali lagi The Fabulous Cats tampil membuat persembahan disamping Han, Lah Ahmad dan Ezlynn.

Tiket dijual RM60 seorang untuk satu malam, dan bagi harga promosi RM100 bagi pengujung yang ingin hadir untuk kedua-dua malam persembahan tersebut. Untuk tempahan dan pembelian tiket, sila hubungi Kevin (016-8247624), Cado (014-6571517) atau layari lawan web www.kkbandwidth.com untuk keterangan lanjut. Mereka juga akan ditemuramah di Radio Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Radio RTM Sabah.

Disamping itu turut diadakan sesi bertemu peminat dibeberapa buah pusat membeli belah disekitar Kota Kinabalu, Sabah. Antaranya di Centre Points Suria Sabah, Karamunsing Mall dan di Megalog Mall.

The Fabulous Cats
Kumpulan yang dianggotai oleh ahli dari 3 buah negara Malaysia, Singapura dan Indonesia telah mengegarkan dunia seni tanah air dengan single terbaru mereka Cinta Kosmik. Zizi bekas pelajar Akademi Fantasia 7 baru sahaja menganggotai kumpulan ini pada tahu lepas manakala Wangi telah dicungkil bakatnya sewaktu diujiibakat di Bandung oleh Cats Farish sendiri. Cats, Adeep, Zizi dan wangi bakal muncul dengan album EP berjudul Digital Simfoni tidak lama lagi.

Sleeq
Setelah berjaya dengan single pertama di Malaysia Cun Saja, kini mereka akan tampil dengan single kedua berjudul Untuk Dia. Single ke-2 ini juga iramanya cukup ‘catchy’ dan ‘radio friendly’. Sleeq terdiri dari Alyph (Alif Abdullah) dan Syarif (Ahmad Syarif). Mereka berharap muzik yang mereka perjuangkan akan dapat diterima oleh penggemar muzik tanahair. Terbaru mengenai Sleeq, mereka baru sahaja memenangi anugerah di malam Anugerah Hitz 2010 ; Duo/Berkumpulan Terbaik dan Lagu Paling Popular – Impianku dendangan Didicazli Ft. Sleeq sendiri.

Nabil Zamanhuri
Setelah lama tidak muncul dengan single baru, kini Nabil Zamanhuri hadir dengan single Halimunan yang lebih segar. Lagu ciptaan bersama Cats Farish, Adeep, Nabil dan Francis Cobb manakala lirik ditulis oleh Adeep dan Nabil sendiri.

Nabil memcuba nasib didalam Pertandingan Akhir Worldstar Road To Hollywood 2010 di Istana Budaya, walaupun tidak berjaya ke LA namun pengalaman yang dikutip sepanjang menjalani pertandingan ini memberi pendedahan yang maksimum buat Nabil untuk mewakili negara ke pertandingan The 11th Pan Asia Music Festival.

Dan beliau telah berjaya menharumkan nama negara dengan membawa 2 anugerah iaitu Naib Juara Lagu Terbaik (Original Song Competition) – Dari Jauh hasil ciptaan Lah Ahmad dan Nabil Zamanhuri serta anugerah “Asia Most Potential/Promising Singer 2010”. Acara ini telah berlangsung di Beijing, China pada 28 April hingga 7 Mei 2010 lalu, Nabil bersaing bersama 32 peserta daripada negara dari Sri Lanka, Romania, Thailand, Finland, Malta, Khazaktan, Bulgaria, China, Canada, Autralia dan lain-lain.

Ezlynn
Ezlynn kembali dengan single terbaru berjudul Tic Tac Toe, buat pertama kali menyanyikan lagu ciptaan Noh HUJAN dan lirik ditulis oleh AD Samad. Menarik tentang lagu ini, merupakan ciptaan pertama NOH Hujan di luar band Hujan dan merupakan antara karya terbaik NOH sepanjang beliau mencipta lagu. Menyertai Alibi Music Sdn Bhd sejak Disember lalu seakan memberi warna baru kepada kerjayanya. Menurutnya lagi, Alibi Music telah memberikan kebebasan untuknya memilih jalur muzik yang dikehendaki disamping tertarik dengan promosi dan pemasaran yang dibuat oleh syarikat rakaman ini yang menghimpunkan beberapa nama besar dalam industri .

Marsha
Marsha Penyanyi Wanita Pertama Malaysia muncul bersama single terbaru hasil berkoloborasi bersama penyanyi berasal dari Perancis. Ruang Kedua, lagu ini adalah hasil ciptaan dan lirik ditulis oleh Jean-Philippe Bernier/Abdelkrim El Habchi Virginie De Winter dan penullis lirik Marsha and Adeep. Ini adalah single pertama Marsha bersama Alibi Music dan rakaman lagu ini telah dibuat secara berasingan. Dan lagu ini juga akan dirakam dalam bahasa Inggeris dan Perancis tidak lama lagi.

Han
Bekas pemenang tempat ke-3 bintang RTM 2007 dan top 11 rancangan realiti One In A Million ini telah muncul dengan single pertama berjudul Bisikan Rindu hasil ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik ditulis oleh Sulu Sarawak. Lagu ini juga pernah menjadi lagu tema bagi drama bersiri Na O Mei di TV3 satu ketika dulu. Single keduanya Mungkin Ada Lagi bakal menyusul tidak lama lagi.

Lah Ahmad
Setelah lama menyepi Lah Ahmad telah tampil dengan single yang berjudul Adinda. Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Lah sendiri ini dharap dapat mengukuhkan nama Lah Ahmad sebagai Penyanyi dan Komposer di Malaysia.Menurut Lah, lagu ini telah setahun ia disiapkan, namun penglibatannya didalam pelbagai rancangan realiti seperti Akademi Fantasia, MyStarLG dan Mentor membuatnya belum bersedia untuk melancarkan single ini.

Setelah menandatangani kontrak selama setahun bersama Alibi Music Sdn Bhd, pada tahun 2010 muncul bersama single terbaru berjudul Adinda. Bercakap mengenai lagu terbaru ciptaannya ini, Adinda masih mengekalkan element R&B yang menjadi identiti saya selama ini. Lagu ini juga baru saja menduduki tangga juara di Carta Radio Ria di Singapura selama 2 minggu dan masih didalam carta selama 6 minggu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Peserta Akademi Al-Quran Musim Ke 4

Siaran Langsung Perhimpunan Hari Belia Negara 2010