in

Alibi Music Lantik Boombox Republic Sebagai PR

ALIBI MUSIC SDN BHD MELANTIK BOOMBOX REPUBLIC SEBAGAI JENTERA PROMOSI

Alibi Music Sdn Bhd, salah satu syarikat independen paling aktif di Malaysia terus mengorak langkah dengan bekerjasama bersama Boombox Republic dalam mengendalikan promosi dan perhubungan awam untuk artis-artis di bawah naungannya.

Antara artis-artis yang bernaung di bawah Alibi Music Sdn Bhd adalah The Fabulous Cats, Liyana Jasmay, Marsha, Ezlynn, Atilia, Dayang Nurfaizah, Awal Ashaari, Dynda, Sleeq, Asfan, Amer Munawer, Muzzy, Nabil Zamanhuri dan beberapa nama lagi.

Menurut Ferhard Ahmad, Pengarah Urusan Alibi Music Sdn Bhd, kerjasama diantara Alibi Music Sdn Bhd dan Boombox Republic berkuatkuasa Januari 2011, setahun selepas kelahiran Alibi Music Sdn Bhd.

“Industri musik kini semakin kompetitif. Oleh itu, kami melantik Boombox Republic untuk menyumbangkan idea-idea kreatif bagi memastikan Alibi Music Sdn Bhd terus maju dan aktif dalam industri muzik.

Kami melihat kerjasama ini sebagai satu langkah positif dalam mengukuhkan penjenamaan Alibi Music di persada musik tanahair.

Pelbagai perancangan seperti pelancaran album, mini showcase, pertandingan tarian, aktiviti luar dan program kebajikan telah dirangka untuk tahun 2011.

Sebagai pembuka tirai, kami akan mengadakan majlis pelancaran dan sidang akhbar sempena kelahiran album pertama Marsha Londoh pada pertengahan Januari akan datang.

Banyak yang telah kami pelajari sepanjang tahun 2010 dan kami melihat pengalaman itu sebagai ‘learning curve’ kami.

Kini kami semakin matang, penuh bersemangat dan melihat tahun 2011 yang penuh dengan peluang keemasan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada KC Ismail yang telah meletakkan jawatannya sebagai Ketua Musik Alibi baru-baru ini.

Hubungan kami sangat akrab dan kami bekerja ibarat satu keluarga. KC telah memberikan banyak sumbangan kepada Alibi Music Sdn Bhd dan segala usaha beliau sangat dihargai.

Semoga KC Ismail akan terus berjaya dalam kerjaya barunya itu” ujar Ferhard mengakhiri perbualannya.

Boombox Republic yang mempunyai pengalaman lebih dari sepuluh tahun dalam muzik dan pengurusan acara akan merangka, melaksana dan memantau promosi dan perhubungan awam bagi pihak Alibi Music Sdn Bhd.

Boombox Republic akan dikendalikan oleh Encik Roslan Muhammad atau lebih dikenali sebagai Achik.

“Sememangnya kami sangat teruja dengan kerjasama ini dan kami ingin berterima kasih kepada Encik Ferhard Ahmad di atas kepercayaan yang diberikan.
Sebagai jentera promosi, kami akan berusaha gigih untuk memastikan Alibi Music mencapai misi dan visinya dalam memajukan industri hiburan tanahair.

Pelbagai agenda telah dirangka dan banyak aktiviti telah dirancang untuk Alibi Music bagi mempromosi serta memasarkan produk-produk mereka.
Tahun 2011 sememangnya akan menjadi tahun yang produktif buat Alibi Music Sdn Bhd”, ujar Achik yang berpengalaman luas dalam industri musik tempatan.
Antara artis-astis yang pernah bekerjasama dengan Achik adalah Ahli Fiqir, Jamal, M.Nasir, Ramli Sarip, Saleem, Ning Baizura, XPDC, Raihan dan ramai lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Movie Day Out Pembaca Sensasi Selebriti RAPUNZEL

Gambar Amy Mastura di Prebiu Filem Damping Malam