in ,

Aleeza Kassim Rugi Lebih RM280,000 Rumah Diceroboh Perompak

Model dan pelakon, Aleeza Kassim, menempuh pengalaman menakutkan petang tadi apabila kediamannya di Pantai Hillpark, di sini, diceroboh perompak. Aleeza memaklumkan, beliau menyedari kejadian itu sebaik saja melihat kunci di pintu pagar hadapan rumahnya sudah terkopak.

“Waktu itu, tiada sesiapa berada di rumah. Ibu keluar ke rumah abang saya, manakala saya sendiri ada urusan di luar. Sebaik saja tiba di rumah, saya dapati mangga sudah terkopak. Bimbang penjenayah masih berada di dalam, saya berlari meminta pertolongan jiran.

Aleeza Kassim

“Banyak benda berharga hilang, antaranya barang kemas milik ibu dan juga peninggalan arwah ayah untuk saya. Kerugian mencecah angka RM280,000, manakala wang tunai yang hilang pula berjumlah RM13,000,” katanya kepada BH Online.

Masih trauma dengan apa yang berlaku, pelakon filem Panas dan Susuk ini turut mengharapkan penjenayah terbabit dapat memulangkan kembali barang kemas berkenaan kerana ia sangat bermakna buat dirinya.

“Kalau mereka nak ambil duit, ambillah, tetapi saya harap mereka dapat pulangkan kembali barang kemas kerana ia meninggalkan banyak kenangan buat kami sekeluarga. Apapun terjadi, saya tetap akan berusaha untuk mendapatkan semula barang kemas berkenaan,” tegasnya.

Aleeza juga sudah membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Pantai.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Izzue Islam, Fakhrurazi & Mawi Jadi Juri Ujibakat Ceria I-Star Musim Kedua

Monsta Bekerjasama dengan The Pokémon Company Tayang Pokémon Sun & Moon