Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)



















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





ALBUM TERBARU KOMPILASI HITS TERKINI

Suatu fenomena muzik yang terkini dalam pasaran! HITS TERKINI menghimpunkan 16 lagu-lagu hits terkini dan terpopular di arena muzik kontemporari Malaysia.

Menghimpunkan variasi bakat-bakat nyanyian dari pelbagai genre, HITS TERKINI merupakan satu alternatif terbaik dan terbijak untuk peminat-peminat muzik tanahair yang mendambakan koleksi lagu-lagu terbaik dalam satu seleksi… yang sudah tentunya menguntungkan dan bukan tiruan.

Suatu projek unggul Warner Music Malaysia untuk tahun 2008, HITS TERKINI pasti membuatkan pendengar-pendengar setia muzik Malaysia bersorak girang, seterusnya menghidupkan lagi hari-hari mereka dengan lagu-lagu yang hebat dan menghiburkan.

Menampilkan bakat-bakat tempatan yang gemilang seperti M. Nasir, Faizal Tahir, Saiful Apek, Altimet dan Fabulous Catz, Amy Mastura, Jaclyn Victor, Jinbara, Misha Omar dan Andy serta lain-lain lagi. HITS TERKINI sudah tentu dapat memenuhi citarasa paling sensasi dan mutakhir.

Berikut merupakan antara lagu-lagu yang terdapat di dalam kompilasi hebat ini:

  1. CHANTEK – Altimet featuring Fabulous Catz
    Antara ‘sleeper hit’ yang paling popular di negara ini, “Chantek” berjaya menduduki takhta carta lagu-lagu hit di seluruh stesen-stesen radio sekitar Malaysia. Gabungan rap/sung ini hanya boleh didapati secara sah melalui album kompilasi ini sahaja, justeru menambahkan lagi perisa ekslusiviti terhadap HITS TERKINI. Masih lagi hangat dimainkan di corong-corong radio.
  2. ASPALELA – Saiful Apek
    Lagu yang dipetik dari album runut bunyi filem box-office “Duyung”, lakonan Aktres Terbaik Asia Pasifik Maya Karin dan Saiful Apek. Untuk menunjukkan versetaliti beliau, Saiful Apek sendiri telah merakamkan lagu ini, terbitan Edry KRU, dan berjaya menjadi juara carta radio Era untuk beberapa minggu. 
  3. CINTA – Amy Mastura
    Bakat Amy Mastura bukan sahaja terhad sebagai penyanyi dan pelakon, namun juga sebagai seorang pencipta lagu. Lagu “Cinta” merupakan ciptaan solo beliau menjadi siulan ramai (terutamanya golongan kanak-kanak dan remaja) apabila diangkat sebagai lagu tema pembukaan sitcom popular “Puteri” garapan Aziz M. Osman. Pernah menjuarai carta radio-radio seluruh Malaysia.
  4. SATU HARAPAN – Jaclyn Victor
    Dipetik dari edisi bungkusan semula album “Inilah Jac”, lagu ini berjaya menambat hati peminat-peminat muzik tanahair apabila mula menggamit perhatian menerusi drama popular TV3, “Manjalara”. Pernah dicalonkan di peringkat separuh akhir pertandingan Juara Lagu.
  5. MAHAKARYA CINTA – Faizal Tahir
    Naib juara program realiti “One in a Million” ini berjaya mencuri perhatian ramai dengan imej Superman. Lagu yang dinyanyikan buat pertama kali pada finale program tersebut terus mangharumkan namanya; pada Anugerah Industri Muzik yang lepas beliau berjaya merangkul 5 anugerah. Lagu ini turut dipertandingkan di dalam anugerah Juara Lagu awal tahun ini.
  6. SANG PENCINTA – M. Nasir
    Begitu mesra dengan jolokan ‘Sifu’ di kalangan masyarakat, seniman berbakat unggul kelahiran Singapura ini mula bergiat di dalam industri muzik sejak tahun 1978 lagi. Setelah hamper 30 tahun, M. Nasir membuktikan bahawa beliau benar-benar kreatif dan inovatif di dalam bidang penciptaan lagu, di mana untuk lagu ini, beliau telah keluar dari kepompong keselesaan beliau dan bereksperimen dengan rentak pop alternatif. 

Puas hati? Namun kami masih belum puas menggembirakan penggemar-penggemar muzik sekalian. Sekiranya anda merupakan salah satu dari ribuan pengikut gerakan muzik underground atau indie, HITS TERKINI turut menampilkan:

  1. RESAH – Nitrus
  2. KONFLIK METROPOLIS – Komplot
  3. BERSAMAMU LAGI – Minda
  4. Khas buat peminat-peminat muzik tanahir, turut disertakan sebuah track ekslusif khusus untuk album ini:
  5. ZAKIAH – JinFiqir
    (JinFiqir?? Jangan terperanjat apabila mendengar nama ini. Sebenarnya ini merupakan koloborasi kumpulan rock bernuansa Melayu Jinbara dengan kumpulan rap berteras nusantara Ahli Fiqir. Lagu “Zakiah” ini merupakan cover version yang pernah dirakamkan oleh Sweet Charity dan Aznil. Telah disusun semula dengan irama terkini disulamkan dengan bait-bait rap yang pasti menghangatkan.)

Turut dimuatkan di dalam album kompilasi yang bakal menggegarkan carta box office jualan ambum ini termasuklah:

  1. FARHANA (Puteri Bumi Kenyalang) – Jinbara (finalis kategori Pop Rock Juara Lagu 2007)
  2. SEMBUNYI – Misha Omar dan Andy (Flop Poppy) (finalis kategori Pop Rock Juara lagu 2007)
  3. 2 x 5 – Ahli Fiqir (juara carta lagu Era)
  4. KIBLATKU – Hazami
  5. KE HUJUNG HAYAT – Saleem (rakaman terakhir Saleem bersama Warner)
  6. BEGITULAH AKU – Francissca Peter (rakaman terkini Diva Pop 80an)

Pendek kata, HITS TERKINI pasti berjaya mendapat hati segenap lapisan masyarakat di negara ini, khususnya untuk mereka yang begitu setia menyokong industri muzik tempatan. Apa yang membuatkan album ini lebih istimewa ialah harga yang ditawarkan di pasaran.

HITS TERKINI boleh dibeli pada harga RM 25.90 (CD) dan RM 15.90 (kaset). Ini merupakan satu kompilasi yang mesti dijadikan sebagai produk “mesti beli” di dalam senarai membeli-belah anda, dan wajib dijadikan sebagai satu koleksi khazanah muzik peribadi bagi setiap peminat muzik tanahair. HITS TERKINI edaran Warner Music Malaysia… pastikan ori, baru beli!

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Ulasan Album Kompilasi Cherita
  • Biography Rebellion, Lagu Premonition, Lupa & Jangan Datang Lagi
  • Sekitar Pelancaran Album The Best Of Ari Lasso di Planet Hollywood
  • Album Terbaru Jinbara SUARA KITA
  • Profile Elyana
  • Buku Bergambar Dua Dunia Satu Cinta Ning Baizura RM10
  • Gambar Sekitar Majlis Pelancaran Album Sixth Sense
  • Album Rabbani 1418-1428 H di Pasaran
  • Download New Spice Girls Video Clip - Headlines in Youtube
  • Showcase Album The Best Ari Lasso of di Planet Hollywood



  • 2 Komen untuk entri “ALBUM TERBARU KOMPILASI HITS TERKINI”

    1. komplot kata:

      kepada semua peminat dan penggiat muzik dan seni INDEPENDENT,kami ingin semua tahu yang kami tidak ada diberitahu untuk terlibat dalam kompilasi ini…dan tindakan mana2 pihak yang dengan selambanye memuatkan lagu KONFLIK METROPOLIS dengan tanpa memberitahu kami ini ialah sangat MENJIJIKKAN dan mereka tiada rasa hormat dengan hasil karya orang lain…kepada semua KOMPLOTAN sila lah BOIKOT kompilasi ini kerana mereka(pihak terlibat) sudah melampaui batas,dan kami sangatlah marah dengan perbuatan mereka ini..

      -kami tidak menyalahkan artis2 yang ada dalam kompilasi ini tetapi kami sangat tidak berpuashati dengan RECORD LABEL dan PENERBIT kompilasi ini

      -semoga di masa hadapan isu sebegini tidak berlaku kepada semua yang baru nak buat band mahupun yang sedang menubuhkan band..you guys should know how to protect your rights and dont simply trust anyone…

      -jika benda ini terus berlaku maka sia-sia saje kita beriya-iya untuk memajukan industri muzik kita…kerana selagi JERUNG-JERUNG ini tidak berhenti menggunakan org lain untuk mendapat rezeki selagi itu INDUSTRI MUZIK kita hancur berderai…

      -benda yang paling best atas isu ini..kami tidak peroleh sesen pun atas apa yang mereka buat…sedih kan?

      jadikan ini sebagai teladan…

      KOMPLOT
      p/s sebarkan untuk kawan2 yang lain supaya mereka lebih berhati-hati

    2. sEcReT IdEnTiTy kata:

      wow…

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:












    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK