in

Album Terbaru Jinbara SUARA KITA

J I N B A R A  S U A R A  K I T A

Kumpulan Jinbara merupakan satu nama yang tidak asing lagi di dalam dunia muzik tanahair. Sejak kemunculan dari awal 2000, Jinbara terus kekal sebagai satu-satunya kumpulan muzik mainstream yang paling prolifik, apatah lagi di kala industry muzik Malaysia yang dilanda kelesuan ketika ini.

Mereka pernah membawa kita melusuri dunia “Kasihnya Laila” dan menjejaki kejelitaan “Farhana (Puteri Kenyalang)”Jika banyak kumpulan muzik seangkatannya terus menghilangkan diri ataupun bersandarkan kepada elemen-elemen nostalgia (sambutan anniversary dan sebagainya yang sebenarnya tidak perlu dalam memajukan dunia muzik kini), Jinbara terus mengorak mengukuhkan langkah mereka di persada seni dangan menghasilkan album demi album.

Demi memartabatkan industri muzik Malaysia, Warner Music Malaysia dengan berbesar hati mengumumkan album terbaru dari Jinbara, SUARA KITA.

Masih mempetaruhkan irama rock yang bernuansakan unsur-unsur muzik tradisional, Jinbara menampilkan 11 lagu-lagu baru yang lebih mantap dan menghiburkan, termasuk rakam semula lagu lama dendangan Sweet Charity, “Zakiah”.

Untuk single pertama dari album ini, Jinbara mempertaruhkan lagu “Tahu Tak Tahu Joget” . Walaubagaimanapun, untuk tidak menghampakan peminat-peminat setia kumpulan ini yang sentiasa menyokong dari belakang, sebuah lagi single turut dijadikan sebagai pilihan utama airplay.

Lagu yang dimaksudkan ialah “Zakiah2”, yang turut menyaksikan kumpulan popular ini bergabung dengan sebuah lagi kumpulan yang cukup kreatif dan mempunyai identiti tersendiri, AhliFiqir. (lagu berkenaan juga boleh didapati di dalam album kompilasi paling hebat tahun ini, HITS TERKINI, edaran Warner Music Malaysia). Selain itu, terdapat juga 9 buah lagu lain yang pasti dapat menggembirakan halwa telinga peminat-peminat Jinbara yang paling setia.

CD &  Cassette Tracklisting :

1. Tahu Tak Tahu Joget (muzik: Anak Jin / lirik: Palut & Anak Jin)

2. Keringat – feat Daly Ahli Fiqir ((muzik & lirik: Anjang)

3. Patri (muzik & lirik: Anjang)

4. Cinta Kita (muzik: Anak Jin / lirik: Palut & Anak Jin)

5. Subuh (muzik & lirik: Andi Rahman)

6. Penggoda (muzik & lirik: Anjang)

7. Suara Jiwa (muzik & lirik : Akin)

8. Cermin Diri (muzik: Akin / lirik: Palut & Akin)

8. Siapakah Kita (muzik & lirik: Anak Jin)

9. Helah Sangsi (muzik: Cik U & Al / lirik: De’Fren)

10. Zakiah2 – feat Ahli Fiqir (muzik & lirik: A. Ahmad)

Album SUARA KITA ini diterbitkan secara bersama oleh Mokhtaza Ahmad dan Jinbara; ini merupakan koloborasi buat sekian kalinya antara mereka berdua sejak zaman NAR Records lagi.

Tidak mengharapkan nama-nama gah dan besar untuk menyumbangkan lagu atau sentuhan mana-mana legenda, Jinbara terus membuktikan bahawa band mereka mampu melakukan yang terbaik di persada seni Malaysia. SUARA KITA, terunggul dari Jinbara, terbaik dari Warner Music Malaysia.

Jinbara terdiri daripada: Tia (Vokal), Anjang (Gitar Utama), Cepot (Gitar Kedua/Vokal), Akin (Bass), AhTan (Drum)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BELAJAR MEMASAK SAMBIL MENDENGAR TIPS-TIPS BERGUNA

Errynne Erynna, Fazreen, Kiefli Dalam Impian Laili