Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Album Terbaru Imran Ajmain Punca Dan Tindakan Dilancarkan



Pada 26 Mei lalu, telah diadakan majlis pelancaran album Imran Ajmain – Punca Dan Tindakan pada jam 3.00 petang, bertempat di No Black Tie, Kuala Lumpur.

Imran Ajmain mula bertapak di negara kelahiran beliau Singapura dengan Single bertajuk Sudah Tu Sudah pada Julai 2006 dengan menampilkan dua buah lagu yang berjudul Sudah Tu Sudah dan Ghaibmu. Setelah itu pada Disember 2006 beliau muncul dengan album solo pertama yang memuatkan 10 buah lagu. Single beliau Seribu Tahun telah melonjakkan nama beliau di Singapura. Kehadiran Single Seribu Tahun yang menjadi lagu tema bagi Drama Bersiri Kerana Cintaku Saerah telah membantu mengukir nama Imran Ajmain di Malaysia.

Kini beliau memperkemaskan lagi langkah dengan menjadi artis dibawah naungan Metadome Sdn. Bhd. Terbukti taruhan Single pertama Selamat Ulang Tahun, Sayang menjadi. Single ini telah menjuarai carta radio tempatan Singapura dan Malaysia antaranya Carta HotFM 30. 

Kini single kedua sedang rancak keudara berjudul Jika Engkau Pergi hasil ciptaan Imran sendiri dan lirik ditulis oleh Imran dan Sulu Sarawak. Imran berasa amat bertuah kerana single kedua ini telah mejadi lagu tema bagi drama bersiri di TV3 berjudul Yusoff.

Terkini album terbaru beliau bersama Metadome Sdn. Bhd. Punca Dan Tindakan telah berjaya disiapkan. Antara lagu yang dirakamkan ialah Radio, istimewanya lagu ini Imran berpeluang berkolobrasi bersama Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 Nabil serta Diana Danielle dan kumpulan Infinates.

Bagi Imran ini adalah kolobrasi yang bukan bersifat tumpang glamor tetapi lebih kepada mencari kelainan didalam album terbaru ini nanti. Menurut beliau “Selama ini, saya sering dilabel sebagai penyanyi yang menyanyikan lagu berentak Ballad dan slow ini kerana mereka hanya mengenali saya dengan lagu Seribu Tahun dan Selamat Ulang Tahun Sayang, dengan lagu Radio ini akan membuktikan bahawa Imran Ajmain ialah seorang penyanyi versatil”.

Lagu lain yang akan dimuatkan didalam album ini nanti ialah Harapan Kecewa (sebuah lagu lama ciptaan Dato’ Ahmad Jais yang diberi nafas baru), Menimbang Rasa ciptaan Oslan Husin, Yang Ku Perlu ciptaan bersama Shah Shamsiri dan Imran Ajmain, Perjalanan ciptaan komposer yang tidak asing lagi di Malaysia Azalea, Tak Mungkin ciptaan Imran Ajmain dan lirik ditulis oleh Faizal Mazlan(Pemenang Pertandingan Tulis Lirik Lagu Imran Ajmain) dan Mengaku Kalah ciptaan Imran dan Aliff Abdullah lirik oleh Imran.

Tags:

Tags: ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Persembahan Imran Ajmain di Plaza Pelangi Johor Bahru
  • Punca Dan Tindakan Showcase at The Annexe, Central Market
  • Gambar Imran Ajmain di Pelancaran Album Punca Dan Tindakan
  • Video Imran Ajmain Nyanyi Lagu Harapan Kecewa
  • Gambar Imran Ajmain di Karpet Biru AJL 26
  • Ucapan Selamat Hari Raya dari Imran Ajmain
  • Showcase Imran Ajmain, Infinatez, Atilia di The Annexe
  • The Fabulous Cats, Nurul, Imran Ajmain, Liyana Jasmay, Diana Danielle Tour Ke Singapura
  • Gambar Sekitar Showcase Imran Ajmain di No Black Tie
  • Pemenang Pertandingan Menulis Lirik Lagu Imran Ajmain



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK