Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











ALBUM TERBARU DAFI – SEUMUR HIDUP



14hb Disember 2008 merupakan hari yang bermakna buat anak seni ini. Hari ini genap merupakan hari ulangtahun beliau yang ke 20. Majlis gilang gemilang ini diraikan dan dianjurkan oleh DFC The Official Dafi Fans Club yang ditaja oleh Menara Kuala Lumpur.

Majlis ini di hadiri oleh Dato Seri Ismail Sabri bin Yaakob – Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, yang merupakan bapa kepada beliau serta keluarga. Diiringi oleh En Norman Abd Halim Presiden & Ketua Pengawai Eksekutif KRU Studios serta rakan-rakan media, ahli keluarga Dafi dan peminat.

Kemeriahan majlis pada hari ini bukan hanya pada acara meraikan ulangtahun Dafi malah sebagai hadiah istimewa, KRU Studios mengambil peluang ini untuk melancarkan album sulung Dafi yang di beri judul Seumur Hidup. Album yang telah dinantikan oleh Dafi sejak lebih setahun ini, akhirnya muncul di pasaran.

Dafi – Seumur Hidup tampil dengan dua jenis packaging yang berbeza dimana 500 unit pertama berada di pasaran dengan packaging eksklusif. Konsep yang ber-identitikan elegan dapat dilihat melalui kulit album ini dimana fesyen dan pakaiannya bertemakan ala-ala korean yang tampak eksklusif sesuai dengan lagu-lagu yang terdapat didalamnya.

Album Dafi – Seumur Hidup di muatkan dengan 10 buah lagu dimana 2 daripadanya adalah lagu ciptaan komposer dari Indonesia. Keseluruhan lagu didalam album ini mendapat sentuhan dari Edry Abdul Halim, Archie Nasution, Reza Ramzey (Bajai), Puja Paska dan Panji. Lapan buah lagu yang dimaksudkan adalah “Bila Terasa Rindu”, “Adinda”, Seumur Hidup”, “Lemah”, “Seandainya”, “Hanya Namamu Cinta”, “Inginku” dan “3 Kata”. Bagi langkah mengeratkan pertalian dan strategi pasaran luar, KRU mengambil langkah untuk memuatkan dua bua lagu dari Indonesia iaitu “Dua Hati Menjadi Satu” (duet bersama Gita Gutawa) cipataan Yovie Widianto dan “Di Antara” ciptaan Badai (Kerispatih). Rakaman bagi lagu “Di Antara” diajalankan di Jakarta, Indonesia pada bulan September yang lalu.

Kerjasama ini dipersetujui oleh Sony BMG Indonesia, dimana pemasaran album Dafi di negara itu direncanakan akan diurus oleh syarikat tersebut. Bagi edaran album Dafi di Malaysia dijalankan oleh Universal Music dengan harga RM29.90 dalam bentuk CD sahaja.

Bukan itu sahaja, bagi mengembangkan strategi promosi album ini, dua buah lagu dipetik untuk dijadikan lagu tema bagi filem terbitan KRU Studios. Lagu-lagu yang dimaksudkan adalah “Lemah” bagi filem Cicakman 2-Planet Hitam yang telah merempuh pawagam pada 11hb Disember 2008 dan sebuah lagi filem yang dijadualkan berada di pawagam pada bulan April 2009 iaitu NOTTI.

KRU Studios dengan kerjasama Maestro telah merangka lebih banyak promosi dan strategi pemasaran buat Dafi di masa akan datang. Ini merupakan cara dan inisiatif syarikat dalam membantu menaikkan dan menyokong kerjaya Dafi sebagai anak seni.

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Dafi AF5 di Anugerah Era 07
  • Lirik Lagu Adinda Album Terbaru Dafi
  • Dafi AF5 Dari Maestro Dilamar KRU Music
  • Dafi AF5 Cinta Sama Gita Gutawa Anak Erwin Gutawa?
  • Gambar Dafi @ Rakaman Zoom In Raya RTM
  • Gambar Dafi di Fiesta Aidilfitri 2008
  • Gambar Dafi di Rakaman Raya Nona & Wanita Hari Ini
  • Gambar Kembar Dafi atau Jangan Tersilap Buat Andaian
  • Gambar Dafi di Majlis Pra Tonton Apa Kata Hati
  • Film High School Musical 2 Soundtrack Contest



  • 16 Komen untuk entri “ALBUM TERBARU DAFI – SEUMUR HIDUP”

    1. vote me kata:

      untung la bapa orang ‘kuat’, senang nak wat apa pun..
      anyway tahniah buat Dafi dengan album baru dan selamat hari jadi..

    2. june kata:

      all the best wat dafi..

    3. Fan Dafi! kata:

      its not because his father “org kuat” or what
      its about hardworking!!!
      DAFI bekerja keras to make his dream be reality which got his own album!
      n here is..SEUMUR HIDUP-DAFI

    4. fieyna_dafinites kata:

      CONGRATS ABG DAFI for your 1st album!! gud luck n all the best.. dafinites akan terus support abg dafi no metter what! DAFINITES SAAAAYANG ABG DAFI SANGAT2!! OMBAK UTK ABG DAFI!! WE ALL (DAFINITES) ALWAYS LOVE YOU…….! I AM PROUD TO BE DAFINITES! =)

      ..fieyna94..
      ..dafinites..

    5. KuMahir kata:

      tahniah dafi.

    6. Honeybee kata:

      Congrats.. congratssss…

    7. zuraida saari kata:

      Komen untuk Dafi sepanjang penglibatannya dalam dunia seni tanah air, no komem sebab tiada apa yang nak dikomen kerana Dafi komited kepada kerja serta dapat menghasilkan album yang berkualiti berbanding dengan kuantiti.

    8. ayih kata:

      lagu lemah pun best cayalah dafi…berehhh bro

    9. zaty kata:

      huhuhuhuuuu…. suke tol tengok DAFI
      kat cover album baru nie taw..!!
      huhh.. memang nampak cute sangat2
      larhh..!!!! humm… blew nak cari
      special gf lak huhh..?? ahakszz…!!!!

    10. nik kata:

      hmmmmm

    11. nik kata:

      tahniah……

    12. M0M0I kata:

      TAHNIAH….HOPE U ALWAYZ SUCCESSFUL K….
      BYE CUTE!!!!

    13. idacute kata:

      congratulation la bt dafi 4 your first album…

    14. KHAIRUNISA kata:

      SAYA NAK JUMPA ALIFF AZIZ DAN DAFI

    15. zeti kata:

      kulit album 2nmpak cam plakon jepun.. tpi hidung ttap mancung gitu…

    16. aisyah kata:

      SALAM,ABG DAFFI SAYE SKE ABG DAFI LA…..KLU LGU ABG DAGI YNG SAYE SKE IALAH =BILA TERASA RINDU…..SUARA ABG DAFI MEMANG SEDAP LA..I LIKE ABG DAFI?????????????ABG DAFI ADE ,FACEBOOK ….KLU ADE JOM KITE CHAT SME2…SAYE NGH BSN NIE….NAME FB SAYE ialah=aisyah sahira….SEMOGA PANJANG UMO DAN MURAH REZEKI????????SALAM…????

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK