in

Album T.R.I.A.D The Rock Indonesian Ahmad Dhani

ALBUM AHMAD DHANI & T.R.I.A.D ISTIMEWA

Sebuah nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air adalah Ahmad Dhani, seorang produser, penggubah lagu, komposer, penyanyi, juga merupakan salah seorang anggota kumpulan Dewa 19, sebuah band Indonesia yang sangat terkenal di Malaysia. Sebagai seorang penggiat seni yang sangat aktif dalam industri, Ahmad Dhani kini muncul dengan projek terbarunya yang melibatkan satu kumpulan anak-anak muda yang kini dikenali sebagai T.R.I.A.D.

Ahmad Dhani pada mulanya telah menubuhkan kumpulan yang diberi nama “The Rock” sewaktu beliau membuat sesi rakaman album di sebuah studio rakaman yang terletak di Australia. Idea untuk menubuhkan “The Rock” tercetus daripada perbincangan antara Ahmad Dhani dengan salah seorang gitarist Fire Shark (sebuah kumpulan ‘underground’ di Australia), Clancy Alexander Tucker. Mereka berhasrat untuk menubuhkan “The Rock” dengan hajat untuk membuat persembahan di luar negara. Namun, hasrat mereka tidak kesampaian apabila Ahmad Dhani dan Clancy Alexander masih terikat dengan komitmen terhadap kumpulan masing-masing, iaitu Dewa 19 dan Fire Shark.

Pada Januari 2010, ahli kumpulan “The Rock” menukar nama mereka kepada T.R.I.A.D (The Rock Indonesian Ahmad Dhani). Kumpulan yang merupakan sebuah projek terbaru daripada Ahmad Dhani ini berada di bawah Management Republik Cinta, sama seperti Mahadewi, Andra and The Backbone dan Lucky Laki.

Kumpulan ini dianggotai oleh Mitha (Pemain Gitar, Backing Vocal), Icez (Pemain Bass), Tharaz Bistara (Pemain Gitar), Ikmal Tobing (Pemain Drum) dan Wahyu Sudiro (Pemain Gitar). Album pertama mereka yang bertajuk T.R.I.A.D. telah diriliskan pada tahun yang sama, dengan memuatkan 11 buah lagu. Single pertama mereka daripada album ini adalah “Selir Hati”. Album ini turut memuatkan lagu-lagu hit seperti “Pasrah”, “Sedang Mikirin Kamu”, “Mama”, and “Benar Salah Dia Idolaku”.

Selepas kejayaan album T.R.I.A.D., mereka kini mempromosikan album terbaru mereka, “Istimewa”. ISTIMEWA memuatkan 12 buah lagu. Album ini turut memuatkan beberapa buah lagu baru seperti “Ratu Di Hatiku”, “Istimewa”, “Sudah”, “Bidadari Kesunyian”, “Terbakar” feat. Mulan Jameela dan “Istimewa“ (versi akustik). Selain itu, album ini turut menampilkan T.R.I.A.D memainkan kembali lagu-lagu komposisi Ahmad Dhani seperti “Sedang Ingin Bercinta” feat. Tata & Purie (Mahadewi), “2 Sedjoli”, “Separuh Nafas”, “Cinta Gila”, “Hidup Adalah Perjuangan”, dan “Bukan Rahasia”.

Dengan menampilkan “Ratu Di Hatiku” sebagai single pertama daripada album kali ini, ISTIMEWA merupakan sebuah album yang harus dimiliki! Album ini telah pun mula berada di pasaran bermula 20hb Februari 2012 lalu dan boleh didapati dengan harga hanya RM27.90!

Berikut adalah senarai lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini:

1. Ratu Di Hatiku
2. Istimewa
3. Sedang Ingin Bercinta feat. Tata & Purie (Mahadewi)
4. 2 Sedjoli
5. Sudah
6. Separuh Nafas
7. Cinta Gila
8. Bidadari Kesunyian
9. Hidup Adalah Perjuangan
10. Bukan Rahasia
11. Terbakar feat. Mulan Jameela
12. Istimewa (Akustik)

ISTIMEWA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Malaysian Journey with Jason Scott Lee

Live Viewing Party Featuring Gary Pallister & Ronny Johnsen