Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Album Sheila Abdull



ALBUM PERTAMA SHEILA ABDULL
Sheila Abdull, satu nama baru yang kian bersinar dalam industri muzik tanahair. Lahir dari bakat dan minat yang menebal mendorong beliau berjuang untuk menempatkan diri dan mewarnai persada seni negara. Gadis manis yang berasal dari Johor ini cukup dikenali di negerinya di atas kesungguhan beliau yang sering mewakili sekolahnya di pertandingan nyanyian seterusnya jadi wakil zon dan daerah.

sheila abdull

SIAPA SHEILA ABDULL?
Selain itu, Sheila Abdull juga pernah menyanyi untuk Yayasan Warisan Johor, Okestra Majlis Bandaraya Johor Bahru, Kombo RTM dan Kumpulan Jazz Johor. Nasibnya menyerlah apabila menyertai Suara Bintang Adnan Abu Hassan pada tahun 2006, Sheila mewakili zon selatan bagi negeri Johor,Melaka dan Negeri Sembilan.

Sebagai Juara Suara Bintang Adnan Abu Hassan ini telah melayakkannya untuk merakamkan single dan diambil menjadi artis rakaman di bawah SRD Villa Records milik Adnan Abu Hassan. Peluang ini digunakan sepenuhnya oleh Sheila Abdull kerana bukan mudah untuk menjadi anak didik komposer terkenal Adnan Abu Hassan yang telah berjaya menaikkan nama-nama tersohor seperti penyanyi no 1 negara Datuk Siti Nurhaliza, Fauziah Latiff, Misha Omar, Dayang dan ramai lagi.

ANAK DIDIK ADNAN
Syarikat rakaman gergasi EMI juga turut terpikat dengan bakat besar Sheila Abdull setelah mendapatkan didikan daripada komposer terkenal Adnan Abu Hassan. Hasil perbincangan antara SRD Villa Records dengan EMI (M) Sdn Bhd dan satu persetujuan telah termenterai di mana Sheila Abdull kini di bawah EMI (M) Sdn Bhd. Hubungan baik dengan SRD Villa Records masih dikekalkan di mana Sheila Abdull masih di bawah pengurusan Adnan Abu Hassan.

Album pertama Sheila Abdull yang memakai judul yang sama mengetengahkan konsep Pop Balada tetapi terdapat juga elemen medium tempo di dalam album ini. Album ini mengandungi 8 lagu hasil ciptaan Adnan Abu Hassan dan Faris. Sheila Abdull mempertaruhkan single pertama  ‘Mungkinkah’ bagi memperkenalkan album dan kewujudannya  dan ternyata ianya membuahkan hasil di mana lagu ini mendapat sambutan positif daripada radio-radio tempatan. Secara tak langsung membuatkan ramai orang ingin mengenalinya. Lagu  ‘Lepaskanlah’ merupakan langkah seterusnya dengan lagu balada ini diharap dapat menonjolkan suara Sheila Abdull . Antara lagu-lagu lain adalah seperti ‘Asmara Di Hati’, ‘Cinta Itu Luar Biasa’,'Cinta Putih Atau Kelabu’,'Nafas Terhenti’, ‘Selautan Asmara’ dan ‘Bahang Asmara’ iaitu sebuah lagu istimewa dwibahasa yang bermula dengan vokal bahasa Malaysia tetapi diakhiri dengan vokal bahasa Inggeris .

Album telah berada di pasaran pada pertengahan Februari 2008 berharga CD RM 27.90  & Kaset RM 16.90.

Track List

  1. Mungkinkah
  2. Lepaskanlah
  3. Nafas Terhenti
  4. Selautan Asmara
  5. Asmara Di Hati
  6. Bahang Asmara
  7. Cinta Itu Luar Biasa
  8. Cinta Putih Atau Kelabu

[tags]sheila abdull, album baru sheila, lirik Mungkinkah, Lepaskanlah, Nafas Terhenti, Selautan Asmara, lyric search engine, absolute lyric, lyrics.com, opera download, video klip, youtube, Asmara Di Hati, Bahang Asmara, Cinta Itu Luar Biasa, Cinta Putih Atau Kelabu, track list, afgan, terima kasih cinta, lirik lagu afgan[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Profile Sheila Abdull
  • Trivia Album Raya Paling Mahal di Dunia
  • Sheila Majid Berduet Dengan Chandra
  • Album Datuk Sheila Majid Satu Penghargaan
  • Album Raya Sheila Majid MEMORI AIDILFITRI
  • Video LIVE Ingatlah Diriku Dato’ Sheila Majid & Chandra
  • Gambar Sheila Majid di Pelancaran Sinaran Raya 2010 Pavilion KL
  • Gambar Sheila Rusly Bertudung
  • Konsert Amal Sheila Majid di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
  • Album Chandra Dari Hati Terdalam



  • 5 Komen untuk entri “Album Sheila Abdull”

    1. orestes kata:

      Adnan abu hasan pernah bawa dia masuk dalam banglo AF4 dulu.. Memang suara dia sedap.. n lagu2 boleh tahan especially nafas terhenti, cinta itu luar biasa, lepaskanlah & bahang asmara

    2. yelloez kata:

      yerp btul kata orestes tp bkn af4.. tp af5. I sgt ske Sheila Abdull nyanyi lagu asmara di hati, lepaskanlah,nafas terhenti n bahang asmara. tapi ok ler jgk lagu mungkinkah yg menaikkan nama dia. pape pon, all d best to eila=)

    3. yana kata:

      emm.. sy suker lagu “lepaskan lah” yg menjadi lagu tema utk filem “cinta yang satu” lakonan zul huzaimy dan siti elizat.. wahh.. citer tu memang best giler.. kena plak lagu tema nya dinyanyikan oleh shiela abdul.. lagi lah meletop… bestt giler.. cuber lah nengok filem “cinta yang satu” tu kalau tak percaya.. daaaa….

    4. Mr K kata:

      Skrng,lepas lagu Mungkinkah,Lepaskanlah dan Cinta Itu Luar Biasa,ke mana perginye pompuan tu,yng berpotensi berambut pendek ala layered cut tu????Aku rase mungkin pas ni die akan kembali ke Muzik muzik 24 dgn lagu-lagunye dn aku pasti dgn imej terbarunyeee….Biase,akukan peminat no 1 Sheila Abdul,sorang gadis manis yng cukup berbakat dn berpotensi untuk gantikan tempat wanita-wanita yng skrng ni cukup fofular,trutame skali pompuan feveret aku…….Bagi aku,Lepaskanlah no 1 lebih dri Cinta Itu Luar Biasa…..!!!!!!!

    5. afiqa akiah kata:

      syOrk nya lagu MUNGKINKAH…

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK