in

Album Raya Yang Sempurna

Satu tahun tidak terasa
Ramadhan telah kembali mengunjungi kita
Semoga yang dilalui dan dilakukan
Menjadikan kebaikan di bulan suci ini

SYRAIKAT SONY MUSIC ENTERTAINMENT MALAYSIA merupakan antara syarikat rakaman yang aktif menerbitkan album-album kompilasi melibatkan artis- artis popular tanah air! Selain mempunyai artis-artis popular seperti Aliff Aziz, Alif Satar, Misha Omar, Man Bai dan juga kumpulan baru, Klangit, Sony Music Malaysia juga dianggap sebagai syarikat rakaman yang begitu berani untuk menghasilkan lagi album-album kompilasi lagu-lagu Aidilfitri yang popular dahulu sehingga era ini.

Untuk memberi peluang kepada peminat menghayati nyanyian artis-artis seperti Datuk, M.Nasir, Aishah, Ziana Zain & Awie dan ramai lagi, Sony Music kini menerbitkan album kompilasi raya berjudul RAYA YANG SEMPURNA. Album ini diterbitkan bagi memberi peluang kepada peminat memiliki sebuah album yang menggandingkan kesemua artis-artis popular Negara!

Album ini bukan sahaja amat bermakna bagi peminat, tetapi juga kepada pengurusan Sony Music Malaysia kerana album ini bukan sahaja melibatkan artis syarikat rakaman Sony Music sendiri, malah juga gabungan artis artis lain. Dapatkan album ini di pasaran dengan harga RM 20.90 sahaja.

Lebih hebat lagi, album kompilasi raya ini menampilkan 20 buah lagu raya yang indah. Selain itu, album RAYA YANG SEMPURNA ini turut memuatkan album versi KARAOKE dengan hanya 14 lagu lagu hebat.

Cover Album Raya Yang Sempurna

Berikut merupakan senarai lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album ini…

CD TRACKLISTING

  1. Takbir
  2. Satu Hari Di Hari Raya – M.Nasir
  3. Balik Kampung – Datuk Sudriman Haji Arshad
  4. Pulanglah – Aishah
  5. Menjelang Hari Raya – Datuk DJ Dave
  6. Suasana Hari Raya – Datuk Sharifah Aini
  7. Raya Yang Sempurna – Awie
  8. Indahnya Di Hari Raya – Ziana Zain
  9. Seloka Hari Raya – Uji Rashid & Hail Amir
  10. Halaman Asmara – Ziana Zain & Awie
  11. Satu Syawal – Datuk Ahmad Jais
  12. Setahun Sekali – Amy Mastura
  13. Ku Pohon Restu Ayah Dan Bonda – Mamat
  14. Rindu Syahdu Di hari raya – Nurul
  15. Aidilfitri
  16. Cahaya Aidilfitri
  17. Sentuhan Hari Raya
  18. Warna Warni Aidilfitri – Nyanyian Ramai
  19. Suara Takbir – Nasir P.ramlee
  20. Suasana Hari Raya – Aliff Aziz

Cover Album Raya Yang Sempurna

VCD KARAOKE TRACKLISTING

  1. Satu Hari Di Hari Raya – M.Nasir
  2. Balik Kampung – Datuk Sudirman Haji Arshad
  3. Pulanglah – Aishah
  4. Menjelang Hari Raya – Datuk DJ. Dave
  5. Suasana Hari Raya – Datuk Sharifah Aini
  6. Indahnya Di Hari Raya – Ziana Zain
  7. Seloka Hari Raya – Uji Rashid & Hail Amir
  8. Satu Syawal – Ahmad Jais
  9. Setahun Sekali – Amy Mastura
  10. Ku Pohon Restu Ayah Bonda – Mamat
  11. Aidilfitri – Misha Omar
  12. Cahaya Aidilfitri – Ramlah Ram
  13. Warna Warni Aidilfitri – Various Artists
  14. Suara Takbir – Nasir P.Ramlee

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siapa Pemenang Peraduan How MML Tile Makeover Works?

Ghost Catcher 2