in

Album Pertama Extended Play MOJO

MOJO KINI TAMPIL DENGAN EP SULUNG

Aura mereka kian dirasai… adalah ungkapan terbaik yang harus diberikan kepada kumpulan ‘Super-Band’ yang semakin digilai ramai iaitu MOJO. Berdasarkan perkembangan yang sangat positif kumpulan MOJO, KRU Music mengambil langkah produktif dengan menerbitkan extended play atau EP bagi kumpulan tersebut.

Tujuan penerbitan EP ”MOJO” bukan di atas sebab permasaran semata-mata, ianya juga bagi memperkenalkan konsep ’Synth-Rock’ MOJO kepada peminat seni tanah air selain daripada merupakan salah satu tanda penghargaan kumpulan MOJO buat peminat.

Cover Album Mojo

EP ”MOJO” mengandungi 5 buah lagu hasil cetusan ilham setiap ahli anggota di dalamnya. Di antara lagu-lagu tersebut adalah ”Agar Tetap Indah” ciptaan gitaris Denny, ”Mimpi” ciptaan pemain drum Johar, ”Maafkan Aku” ciptaan Aweera dan sudah pasti ”Andai Ku Bercinta Lagi” ciptaan Edry, lagu yang sedang hits dan kerap ke udara disemua stesyen radio tanah air. Turut menampilkan sebuah lagu instrumental berjudul ”Opus” ciptaan Denny.

Mojo

Johar (Pemain drum), Aweera (vokalis), Denny (gitaris), dan Edry (synthesizer)

MOJO merupakan sebuah ‘Super-Band’ terbaru daripada KRU Music yang terdiri daripada Aweera (bekas finalis OIAM) selaku vokalis utama, penampilan istimewa komposer/penerbit ternama, Edry sebagai pemain synthesizer, Denny selaku gitaris (pemuzik undangan studio dan pentas berpengalaman), dan pemain drum, Johar (anggota kumpulan Tilu dan bekas beberapa kumpulan Indie), melengkapkan kumpulan dinamik ini.

Bagi peminat seni yang mengikuti karier kumpulan MOJO, sudah semestinya anda tidak harus ketinggalan dengan merebut peluang keemasan bagi mendapatkan EP “MOJO” yang kini sudah berada di pasaran. EP ini dijual dengan harga RM12.90 dan boleh didapati di semua cawangan Speedy, Music Valley dan Rock Corner yang berhampiran anda. Untuk pembelian secara online boleh dibuat dengan melayari Facebook United Studios.

Untuk mengikuti perkembangan semasa atau mengetahui lebih lanjut tentang kumpulan MOJO, anda boleh melayari laman sosial Facebook mereka di http://www.facebook.com/TheMojoNetwork serta YouTube bagi menyaksikan klip video “Andai Ku Bercinta Lagi” yang sehingga kini sudah hampir mencecah 350 000 viewers.

SENARAI LAGU

1. Andai Ku Bercinta Lagi – Edry
2. Mimpi – Johar
3. Agar Tetap Indah – Denny
4. Maafkan Aku – Aweera
5. Opus – Denny

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anzalna Mohon Maaf dari Neelofa Secara Terbuka

Fasa Akhir Bilik 7 Makin Panas