in

Album Lagenda Hit Raihan

Raihan adalah sebuah kumpulan muzik yang merupakan perintis kepada nasyid modern. Karaktor lagu-lagu mereka yang mudah dinyanyikan dengan iringan muzik ringan (hanya gendang tanpa iringan alat muzik bertali) telah menambat hati peminat muzik tanah air tanpa mengira peringkat umur. Berbekalkan susunan lirik yang mudah diingati serta mudah difahami, kumpulan ini telah merangkul beberapa kejayaan dalam bidang muzik di dalam negara mahupun luar negara.

Raihan

Kumpulan Raihan yang pada asalnya dianggotai oleh Zarie Ahmad, Abu Bakar, Nazrey Johani, Amran Ibrahim, dan Che Amran Idris ini, pernah mencatat hasil penjualan album tertinggi di Malaysia, iaitu melebihi 600,000 unit jualan. Hal ini adalah sesuatu yang menjadi kebanggaan arena nasyid tanah air dengan kejayaan kumpulan nasyid ulung ini yang tercatat dalam “Malaysia Book of Record”. Hasil penjualan keseluruhan album Raihan kini telahpun menghampiri angka 2 juta unit.

Walaupun tergolong dalam kategori nasyid yang menjadikan imej kumpulan ini tampil ke-Islaman, Raihan tidak pernah menghadkan perjuangan mereka. Di samping berkongsi ilmu dan mengetengahkan genre nasyid, kumpulan ini berjaya membuat persembahan di hadapan Ratu England – HRH Elizabeth II suatu waktu dahulu pada zaman kegemilangan mereka.

Selain daripada kejayaan ini, Raihan juga adalah antara artis Malaysia yang pernah membuat persembahan di Royal Albert Hall, London.

Kini Raihan tampil sekali lagi dengan 31 buah lagu koleksi emas dalam Lagenda Hit – Raihan. Koleksi yang menampilkan sebanyak 29 buah lagu terbaik daripada Raihan ini akan mengimbau kembali zaman kegemilangan kumpulan ini suatu ketika dahulu.

Rentetan kejayaan kumpulan nasyid ulung ini telah menarik perhatian pendakwah terkenal Great Britain, Yusof Islam (Cat Steven) untuk berganding dengan mereka. Turut dilampirkan sekali dalam koleksi kali ini adalah dua buah lagu gandingan Raihan bersama Yusof Islam, yang berjudul “God Is The Light” dan “Rakan Selawat”.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lagu-lagu nasyid dan selawat-selawat kegemaran ini dengan harga hanya RM27.90.

Raihan

Berikut adalah senarai lagu-lagu yang terdapat dalam CD Lagenda Hit – Raihan:

DISC 1

1. Puji Pujian
2. Iman Mutiara
3. Sesungguhnya
4. Rayuan Rindu
5. Assolatuwassalam
6. Syukur
7. Allahu
8. Senyum
9. Balada Selawat
10. Damba Cintamu
11. Kita Hamba
12. Odei Anak
13. Thank You Allah
14. Bersatu
15. God Is The Light – Bersama Yusuf Islam

Disc 2

1. Nabi Anak Yatim (Bersama Nowseeheart)
2. Cinta Hakiki
3. Bismillah
4. Ya Rasulullah
5. Haji Menuju Allah
6. Demi Masa
7. Ababil
8. Ashabul Kahfi
9. I’tiraf
10. Untukmu Palestin
11. Tawakkal
12. Bacalah
13. Ya Nabi Salamun Alaika (Rasul Junjungan)
14. 99 Names
15. Doa Makan
16. Rakan Selawat (Seal Of The Prophet) Bersama Yusuf Islam

Turut berada di pasaran adalah VCD Lagenda Hit – Raihan yang dijual dengan harga hanya RM21.90.

Berikut adalah senarai lagu-lagu yang terdapat dalam VCD Lagenda Hit – Raihan:

Disc 1

1. Iman Mutiara
2. Puji Pujian
3. Sifat – Sifat Nabi
4. Syukur
5. Sesungguhnya
6. Mari Bersolat
7. Allahu
8. Peristiwa Subuh
9. Rakan Selawat
10. Al-Hijrah
11. Senyum
12. Cahaya Selawat
13. Bersatu
14. Thank You Allah
15. God Is The Light – Bersama Yusuf Islam

Disc 2
1. Demi Masa
2. I’tiraf
3. Bacalah
4. Cinta Hakiki
5. Nabi Anak Yatim (Bersama Nowseeheart)
6. Haji Menuju Allah
7. Ababil
8. Ashabul Kahfi
9. Bismillah
10. Ya Nabi Salamun Alaika (Rasul Junjungan)
11. 25 Rasul
12. Cing Ai Ching Ai
13. Utusan Terakhir
14. Assalamualaikum
15. Rakan Selawat (Seal Of The Prophet) Bersama Yusuf Islam

Raihan

Raihan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Karnival Ulangtahun TV9 Nasi Lemak Kopi O

Siapa Pemenang Tiada Lama Tiada Baharu Satu Satunya