in

Album Kompilasi OMG Gempak

Album Kompilasi OMG Gempak

Berdasarkan sambutan hangat dan memberangsangkan diberikan terhadap Album kompilasi “HITMAN” yang diterbitkan pada awal tahun ini, KRU Studios sekali lagi tampil ke hadapan dengan menerbitkan album kompilasi terbaru yang turut menampilkan lagu-lagu tergempak 2011, sedang hangat diputarkan dan menduduki carta teratas radio-radio tempatan.

Album kompilasi “OMG Gempak” membariskan 12 buah lagu terhebat yang mempertaruhkan nama-nama besar tanah air diantaranya seperti KRU, Stacy, Amuk, Tilu, Iqa, V.I.P, Daus dan ramai lagi. Kekuatan “OMG Gempak” adalah pada pemilihan lagu-lagunya yang pernah menjuarai carta dan ada di antaranya masih kekal sebagai pilihan DJ untuk diputarkan di radio-radio tempatan.

Album OMG

Sebagai contoh “Lagu Sedih” nyanyian kumpulan pop dance yang semakin popular iaitu V.I.P pernah menggungguli Carta Era 40 dan Hot Fm selama beberapa beberapa minggu dan “Kisah Dongeng” nyanyian Stacy berjaya menjuarai Carta Hot FM 30 dan sehingga kini masih kekal sebagai juara carta. Manakala lagu seperti “Dipenghujungnya” yang pernah dinyanyikan Iqa di malam akhir Mentor Final 5, “Lelaki Tak Guna” nyanyian kumpulan pop dance wanita terulung iaitu Tiga, dan “Berdua Bersatu” nyanyian kumpulan pop vocal yang semakin mendapat perhatian iaitu Forteen antara lagu-lagu yang masih kedengaran di dalam carta-carta radio tempatan.

Selain daripada itu, album ini turut membariskan lagu-lagu yang penrnah popular seperti “Diam-diam” nyanyian Tilu, “Kerek” nyanyian Bandi Amuk juga merupakan OST Filem “Karak”, “Akhir Waktu” nyanyian Daus, “Hati-hati” nyanyian Ema AF8, dan “Hukum Cinta” nyanyian Bonny bekas anggota kumpulan The Lima.

Istimewanya khas buat fanatik-fanatik KRU, album ini turut menampilkan “Tiga Kata” single hits kedua tahun ini nyanyian KRU dan sebuah lagu bonus baru “BFF” nyanyian Chomell Fana cetusan ilham terbaru daripada Edry Abdul Halim.

“OMG Gempak” yang pastinya paling gempak harus dimiliki semua penggemar muzik tempatan. Album ini dijual dengan harga RM19.90 dan boleh didapati di semua cawangan Speedy, Music Valley dan Rock Corner yang berhampiran atau anda boleh membuat pembelian secara online dengan melayari terus ke Facebook United Studios.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.krustudios.com

SENARAI LAGU ALBUM “OMG GEMPAK”

1. Tiga Kata – KRU
2. Lagu Sedih – V.I.P
3. Kisah Dongeng – Stacy
4. Diam-Diam – Tilu
5. Kerek – Amuk
6. Di Penghujungya – Iqa
7. Akhir Waktu – Daus
8. Hati-hati – Ema AF8
9. Berdua Bersatu – Forteen
10. Lelaki Tak Guna – Tiga
11. Hukum Cinta – Bony
12. BFF – Chomell Fana

Album OMG

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Anak Ke-3 Fazley Yaakob Bernama Piyush

Keriangan Pantai dan Lautan di Thistle Port Dickson Resort