in

Album Kompilasi Melayu Klasik Herman Tino & Zaleha Hamid

[dropcap]H[/dropcap]erman Tino dan Zaleha Hamid merupakan penyanyi Malaysia yang sangat terkenal dengan lagu-lagu asli dan tradisional melayu selain daripada dangdut. Mereka sangat terkenal pada tahun 1980-an, dan album kompilasi MELAYU KLASIK oleh HERMAN TINO & ZALEHA HAMID ini merupakan koleksi terbaru yang merangkumi lagu-lagu hit mereka. Album yang harus dimiliki ini juga mengandungi 10 buah lagu dangdut mereka yang pernah meletup pada suatu ketika dahulu.

Herman Tino Dan Zaleha Hamid

HERMAN TINO telah mencipta nama sebagai penyanyi pada era 1980-an. Anak kelahiran Tanjung Karang ini mula menempatkan nama di industri muzik tanah air menerusi album pertama beliau yang bertajuk “Mengapa Dikenang Mengapa Difikir” pada tahun 1986. Antara lagu HERMAN TINO yang hangat sehingga kini dan turut muat di dalam album kompilasi ini ialah ‘Berkorban Apa Saja’, ‘Pelita Dalam Kabus’, ‘Yale Yale’, ‘Ojo Kesandung’, dan banyak lagi.

Manakala penyanyi dangdut veteran ZALEHA HAMID pula merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai pada era 1960-an yang mempunyai vokal yang mantap. Beliau telah melibatkan diri dalam bidang nyanyian dari usia muda lagi. ZALEHA HAMID juga sering membuat persembahan diiringi oleh kumpulan Orkes Zindegi. Beliau mencatatkan banyak rekod bersama band Orkes Zindegi dan amat popular pada tahun 1960-an dan 1970-an. Kemudian, beliau tampil sebagai artis solo dan merakamkan lagu yang bergenre tradisional Melayu dan dangdut. Antara lagu-lagu ZALEHA HAMID yang masih diingati sehingga kini adalah ‘Jangan Kau Tangiskan’,’ Kerana Pengalaman’, ‘Kekasih di Tangan Orang’ dan banyak lagi.

Harga bagi album ini adalah RM 27.90. Album MELAYU KLASIK oleh HERMAN TINO dan ZALEHA HAMID ini merupakan satu lagi edaran daripada Warner Music (M) Sdn Bhd.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Jawab Isu Tidak Dibenarkan Ibu & Bayi Menaiki Pesawat Di Ho Chi Minh

Pay-Per-View for LIVE Events now on Astro On-The-Go