in

Album Kompilasi Hitman MTV Karaoke

HITMAN MTV KARAOKE
Lagu & Lirik oleh Edry Abdul Halim

Berdasarkan sambutan hangat bagi lagu-lagu terbaru ciptaan Edry Abdul Halim yang dimasukkan di dalam album kompilasi HITMAN seperti “Sedetik Lebih” (nyanyian Anuar Zain) dan “Ganas” (nyanyian KRU), United Studios telah menerbitkan DVD HITMAN versi MTV KARAOKE yang telah mula dipasarkan sejak 14hb April 2011.

HITMAN MTV KARAOKE membariskan 16 lagu-lagu hits terhebat hasil ciptaan Edry Abdul Halim dengan video muzik penyanyi asal yang dibarisi oleh artis-artis terkenal seperti Anita Sarawak, Anuar Zain, KRU, Ezlynn, Mendua, The Lima, Mawi, Stacy, Marsha, Shahir, Adira dan Tilu.

Kekuatan HITMAN MTV KARAOKE adalah pemilihan lagu-lagunya merupakan lagu-lagu hits yang sering menjuarai carta di pusat-pusat karaoke tempatan. Sebagai contoh, `Sedetik Lebih’ yang merupakan kolaborasi pertama Edry Abdul Halim bersama penyanyi tersohor Negara Anuar Zain dan juga merupakan lagu tema filem ‘Hikayat Merong Mahawangsa’ merupakan juara Carta Hits Karaoke REDBOX 2011 manakala lagu `Kebahagian Dalam Perpisahan’ nyanyian Shahir dan `Aku Ada Kamu’ oleh Adira merupakan Lagu Melayu Karaoke Popular REDBOX 2010.

Selain daripada itu, lagu-lagu yang terdapat dalam HITMAN MTV KARAOKE merupakan lagu-lagu yang berprofil tinggi yang pernah menerima anugerah dan pengiktirafan peringkat tertinggi dalam industri muzik tempatan seperti pencalonan akhir bagi Anugerah Juara Lagu ke 25 `Kebahagian Dalam Perpisahan’ (Shahir), `Aku Ada Kamu’ (Adira) dan `Jahat’ (Stacy). `Penyembuh Rindu’ (Mawi & Diana Danielle) merupakan pemenang Lagu Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 23.`Hi Hi Bye Bye’ nyanyian Ezlynn pemenang Lagu Terbaik Kategori Pop Rock (AJL-18) dan `Buronan Cinta’ – The Lima untuk Most Performed Song Malay di Anugerah MACP 2011.

Peminat juga boleh meng`ganas’ bersama KRU dengan melayan MTV Karaoke lagu `Ganas’ yang berkonsepkan electropop sambil menonton klip video terbaru KRU yang memaparkan unsur-unsur anime yang menjadi kegilaan anak-anak muda kini.

HITMAN MTV KARAOKE yang mengandungi 16 MTV Karaoke terhebat sentuhan emas Edry Abdul Halim merupakan album yang patut dimiliki terutama kepada peminat-peminat karaoke di luar sana dengan harga hanya RM 19.90 sahaja.

SENARAI LAGU HITMAN MTV KARAOKE

1. Ganas – KRU
2. Sedetik Lebih – Anuar Zain
3. Jahat – Stacy
4. Kebahagian Dalam Perpisahan – Shahir
5. Ku Bukan Aku – Tilu
6. Ku Ada Kamu – Adira
7. JIka Kau Ubah Fikiran – Mila
8. Penyembuh Rindu – Diana Danielle & Mawi
9. Yang Terbaik – Marsha
10. Buronan Cinta – The Lima
11. Dekat Padamu – Yusry
12. Seksis – Anita Sarawak
13. Sujud – Mawi & KRU
14. Hi Hi Bye Bye – Ezlynn
15. Bila Terasa Rindu – Dafi
16. hampir Ke Situ – Mendua

edry_inlay_DVD_perspektif

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Diari Bonda Sempena Hari Ibu

deadmau5 Live in KL