in

Album Kompilasi D’lloyd

ALBUM KOMPILASI D’LLOYD yang mengandungi 2 set cd dan 2 set VCD Karaoke. Design yang paling istimewa seperti sebuah piring hitam. Boleh didapati di Konsert D’lloyd pada 6,7 & 8 Mei,2011 di Istana Budaya. Terhad kepada 1000 sets. Harga istimewa RM60/- sahaja. Keluaran Massa Frequency dengan kerjasama Liferecord.

Dlloyd-Cd-Cover-Front-side

Dlloyd-Cd-Cover-Inside

Album CDs

Kumpulan Dlloyd pernah popular di Malaysia pada tahun 70-an dan awal 80-an dengan lagu-lagu hit mereka antaranya Semalam di Malaya.

Kumpulan berasal dari Indonesia ini seangkatan dengan kumpulan rock terkenal dari Singapura, Sweet Charity, Mercy, Favourite Group dan Koes Plus yang terkenal dengan imej rambut panjang dan berseluar bell bottom. Trend mereka ini turut menjadi ikutan anak-anak muda zaman itu.

Dlloyd dianggotai oleh Bartje Van Houten (pemain gitar/ketua kumpulan), Yuhanny Fatmarida Susilo (Yuyun/flute), Syamsuar Hashim (Sam/Vokalis), Chairul Daud (Khairul/dram), Reshamal Dengkel, Budiman Pulungan (Budi/keyboard) dan Tooto (bass).

Selepas 21 tahun bersama Dlloyd, mereka kehilangan pemain gitar bass Reshamal Denkel atau mesra dengan Kamal. Kamal meninggal dunia kerana sakit jantung pada Ogos 2003.

Sebelum ini Kamal menggantikan tempat pemain asal bass Dlloyd, S.Paggabean. Kumpulan ini pernah menyepikan diri dari dunia seni seepas kematian pemain besnya, S.Paggabean. Sebelum meninggal Kamal sempat berpesan agar tempatnya digantikan dengan Yuyun.

Bila bersama dengan kumpulan ini ibaratnya mereka buat kontrak mati. Itu sebabnya tiada anggotanya yang menarik diri dari kumpulan ini. Sebaliknya tempat mereka digantikan dengan orang baru bila anggota asal Dlloyd meninggal dunia.

Itu sebabnya bila S.Panggabean meninggal, anggota Dlloyd terus menyepikan diri buat seketika meratapi kematian rakan baik mereka. Begitu juga bila Kamal meninggal dunia.

Menyedari mereka masih diterima peminat membuatkan Dlloyd kembali bersemangat dan meneruskan perjuangan dalam bidang seni. Pada mereka, usia bukanlah halangan untuk mereka terus berkarya.

Pemain gitar utama Dlloyd, Bartje Van Houten yang lebih dikenali dengan nama Barce merupakan ketua kumpulan ini. Barce merupakan pemain gitar terbaik dan pengubah lagu-lagu popular antaranya seperti Apa Salah Dan Dosaku, Mengapa Harus Jumpa, Tak Mungkin, Hidup di Bui dan Titik Noda.

Anggota yang berasal daripada bekas pekerja kapal Dlloyd ini bersatu menubuhkan satu kumpulan muzik pop Melayu yang dikenali Dlloyd iaitu nama kapal di tempat kerja mereka.

Mereka turut menggegarkan persada muzik Nusantara sekitar tahun 70-an menerusi lagu Cinta Hampa, Keagungan Tuhan dan Mengapa Harus Jumpa dan banyak lagi.

Paling membanggakan kumpulan ini sejak penubuhannya pada tahun 1973 apabila dapat bertemu dan menghiburkan pemimpin tertinggi Malaysia iaitu Yang di-Pertuan Agung, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.

Walaupun sudah lama tidak menghasilkan album, namun album Dlloyd 25 Golden Years mendapat sambutan apabila ia dijual hamper 100,000 unit. Di atas permintaan ramai, Gong Klasik Sdn Bhd (GKSB) yang menerbitkan album Dlloyd sekali lagi menerbitkan sebuah video cakera pada karaoke.

Pada zaman kemuncaknya, Penyanyi utama, Sam Dlloyd menjadi kegilaan peminat wanitanya sama ada di Indonesia, Singapura mahupun Malaysia.

Ketika ditanya tentang kekecewaannya untuk berkahwin dengan wanita idamannya, kata Sam kekecewaan ada kebahagiannya yang tersendiri.

Tahun 1976 adalah tahun yang mencatat peristiwa pedih dalam hidup saya. Saya patah hati dengan gadis dari Melaka, walaupun sebelum itu hubungan kami intim. Kami berpisah kerana saya terlalu lalai dan banyak pertentangan.

Pada saya, cinta tidak semestinya kita memilikinya. Saya gembira kerana ada memiliki sedikit kenangan manis dan saya akan terus menghiburkan orang lain. Jodoh itu sepertii rama-rama semakin didekati semakin jauh terbangnya.

Kebahagiaan orang lain adalah kebahagiaan saya juga. Sehingga sekarang saya belum berjumpa dengan gadis yang menepati cita rasa saya, katanya mengenai lagu Semalam di Malaya yang ada kena mengena dengan kisah cintanya.

Menurut Sam, banyak yang terpaksa dikorbankan untuk menjadikan Dlloyd sebuah kumpulan yang disegani. Dia sendiri sebagai pengasas Dlloyd merasa terharu kerana sehingga sekarang mereka terus bertahan dan diterima oleh peminat.

Peminat Dlloyd bukan sahaja mereka yang seusia dengan kami. Peminat kami sudah ada pelbagai generasi. Mungkin sudah tiga generasi. Kalau anda bertanya tentang rahsia kejayaan kami, yang saya tahu semua yang kami lakukan adalah sebahagian daripada tanggungjawab kemanusiaan.

Walaupun banyak kumpulan baru yang muncul di Indonesia namun permintaan untuk Dlloyd untuk mengadakan persembahan tidak pernah surut.

Kata Barce, Kumpulan kamii masih diterima hingga kini kerana kami tampil dengan jalur muzik sendiri dan tidak terikut-ikut orang lain. Untuk Berjaya kita perlu ada identity sendiri.

Sebagai kumpulan yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa, Dlloyd juga tidak keberatan untuk tampil dengan konsep baru. Perubahan itu nanti tidaklah yang ketara sangat, kalau buat pun sikit saja. Kami takut terlalu banyak sangat perubahan, peminat pula tidak boleh menerima, katanya yang lebih senang dengan konsep pop.

Hingga kini Dlloyd telah menghasilkan lebih kurang 100 buah album. Album mereka terdapat dalam pelbagai irama seperti keroncong, Mandarin Betawi dan Melayu Deli.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Festival Islamik 2011 Dibatalkan Penganjur Buat Hal

Ujibakat The Perfect Gentleman NTV7