Album Kedua 6ixth Sense Lebih Mantap!
6ixth Sense merupakan kumpulan muzik pertama yang menggabungkan pemuzik daripada dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia, di bawah bumbung Rumpun Record. Kumpulan yang mengetengahkan konsep Pop Rock ini dibarisi Adi Priyo (vokalis), Safwan Hasnan (Wan – dram), Mohd Fairuz Ramli (Ayoy – bass), Mohd Faiz Azizi Arlis (Gjie – gitar utama) dan Mohd Azmi Yahya (Airbone – gitar irama) mula menjadi sebutan apabila lagu Hari Ini Dan Semalam yang pernah dipopularkan penyanyi 60-an, J Mizan kembali dirakamkan.
Percubaan 6ixth Sense itu nyata berbaloi kerana lagu lama yang diberi nafas baru itu mendapat putaran luar biasa. Tiada siapa menduga percubaan untuk menyatakan penghargaan terhadap khazanah lagu lama Melayu itu akhirnya membawa 6ixth Sense melangkah lebih jauh lagi. Walaupun kemunculan awal mereka diiringi kontroversi apabila Adi yang berasal dari Jambi, Indonesia diangkat sebagai vokalis lalu menimbulkan pertikaian seolah industri muzik tempatan ketandusan bakat yang mampu menerangi langit seni Malaysia, 6ixth Sense mempunyai alasan sendiri.
Mereka hadir bersama wawasan, tidak sekadar ingin keindahan muzik mereka hanya dinikmati pemuzik di Malaysia semata-mata, sebaliknya mereka mahu menjangkau lebih daripada itu. Mereka ingin menembusi pasaran muzik Indonesia dengan membawa karya kreatif tempatan walaupun terpaksa berdepan pelbagai halangan dalam merealisasikan impian besar itu. Meskipun album yang memakai judul Hari Ini masih belum mampu menjadikan cita-cita mereka itu sebagai sebuah kenyataan, 6ixth Sense berusaha keras untuk melakar sejarah mereka yang tersendiri menerusi album kedua, 6ixth Sense.

Menyifatkan album yang memunculkan wajah lima anggota kumpulan itu dengan imej yang lebih matang dan ‘sound’ yang membentuk identiti 6ixth Sense sebagai band baru berwibawa, mereka berjaya mencipta fenomena baru kepada industri muzik. 6ixth Sense berjaya meyakinkan syarikat Metadome Sdn Bhd yang bekerjasama dengan pengendali telekomunikasi terkenal, Maxis untuk melancarkan album kedua dalam bentuk pasaran digital. Usaha baru yang cuba dipelopori oleh dua nama gergasi dalam memajukan dengan tuntutan dunia teknologi yang serba pantas.
Menerusi kerjasama itu, peminat berpeluang untuk menikmati sensasi baru yang ditawarkan 6ixth Sense dalam album kedua dalam bentuk true tones, nada bunyi polifonik, muat turun lagu penuh, nada dering pemanggil dan pelbagai lagi untuk disesuaikan dengan kehendak peminat muzik semasa. Pemilihan 6ixth Sense sebagai pelopor dalam pengedaran album seperti itu bersesuaian apabila Maxis mengangkat kumpulan popular itu sebagai Artist Of The Month, Jun lalu.
Bercerita mengenai album kedua yang masih mempertahankan konsp pop yang dibaluti nuansa rock dan emo itu, Adi menyifatkan 6ixth Sense sedang menempuh kematangan dalam aliran muzik yang dibawakan. Berbeza kerana album pertama lebih dilihat sebagai percubaan untuk memahat nama mereka dalam industri muzik, hala tuju 6ixth Sense dalam album kedua itu lebih menyerlah. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan mereka bakal mengulangi kejayaan yang pernah dilakar menerusi album pertama yang rata-rata mendapat pujian daripada pengkritik muzik. 6ixth Sense membuktikan mereka berupaya menghasilkan mutu produksi yang setanding dengan pemuzik luar, terutama band dari Indonesia yang semakin kukuh menguasai pasaran muzik tempatan.
Keberanian mereka untuk meneroka bunyian yang lebih mencabar, malah cuba bereksperimentasi untuk memperkenalkan sentuhan 6ixth Sense kepada khalayak pendengar menjadikan produksi album ini begitu peribadi kepada mereka berlima. Jika Hari Ini Dan Semalam berjaya membolosi carta radio tempatan, malah antara komposisi yang mendapat putaran terbanyak di stesen radio nombor satu negara, Era, tidak mustahil jika Tak Bisa Memilihmu yang diangkat sebagai single sulung kumpulan itu mengulangi kejayaan yang sama.
Bahkan tatkala dipendengarkan kepada beberapa pihak, mereka yakin sentuhan baru daripada lima anak muda terbabit akan membawa mereka terbang jauh dalam industri muzik. Impian mereka untuk mendakap realiti dengan meluncurkan album di negara Indonesia semakin menghampiri. Tak Bisa Memilihmu bakal menjadikan impian 6ixth Sense satu kenyataan, disokong oleh Metadome yang membuat percaturan berani untuk melancarkan projek ulung itu dengan album kedua kumpulan itu.
[tags]6ixth Sense, Rumpun Records, mp3 songs, lagu pop rock, Adi Priyo, vokalis, Safwan Hasnan, Wan, dram, Mohd Fairuz Ramli, Ayoy, bass, Mohd Faiz Azizi Arlis, Gjie, gitar utama, Mohd Azmi Yahya, Airbone, gitar irama, Hari Ini Dan Semalam, J Mizan, lagu 60 an, football player, gitaris, album terbaru, iphone, iPod, download, muat turun mp3, pertunangan Adi, gambar, Adi berkahwin, anak artis, Malaysia, Indonesia, Artist Of The Month, Maxis, Celcom, DiGi, perlawanan bola sepak, Piala Asia, Sureheboh, Skuad kebangsaan[/tags]
Tags: 6ixth Sense
Tags: 6ixth Sense, Album, Adi berkahwin, Adi Priyo, Airbone, album terbaru, anak artis, Artist Of The Month, Ayoy, bass, Celcom, DiGi, download, dram, gambar, gitar irama, gitar utama, Gjie, Hari Ini Dan Semalam, Indonesia, iphone, iPod, J Mizan, lagu 60 an, lagu pop rock, Malaysia, Maxis, Mohd Azmi Yahya, Mohd Fairuz Ramli, Mohd Faiz Azizi Arlis, mp3 songs, muat turun mp3, perlawanan bola sepak, pertunangan Adi, Piala Asia, Rumpun Records, Safwan Hasnan, Skuad kebangsaan, Sureheboh, vokalis, WanClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





October 31st, 2007 at 2:12 pm
kapan 6ixth sense masuk ke Indonesia biar lengkap terutama kelahiran sang vokalis Kabupaten Jember
April 4th, 2008 at 6:26 pm
6ixth sense pasti boleh meletup di malaysi, indonesia, brunei, s’pore.
melodi yang disenangi dan lirik yang berkisar kehidupan sebenar yang jarang ditekankan penulis lain. syabas 6ixth sense.
June 22nd, 2008 at 3:36 pm
fuhh..6ixthsense bagus saya minat gile2 bandd kamu
July 28th, 2008 at 2:02 am
mana lirik lagu Tanpa????>>>
September 26th, 2008 at 10:20 am
pus aku cari korang punyer album tak jumpa pun!!!
September 30th, 2008 at 2:11 pm
hope diorag rakm lgu eglish n taiwan pasti gempaqqq
October 14th, 2008 at 11:27 am
hi adi i luv u 4 eva kamu kelihatan sangat kacak bile kamu pakai cermin mata, saya betul betul cinta kan kamu!!! sayaamat merindui kamu n saya selalu akan jadi minat kamu yang pertama…..
October 14th, 2008 at 11:29 am
hi boleh saya mintak friendster awak plzzz
October 19th, 2008 at 5:01 pm
band 6xth sense palinggg bez gler2 r…
moga 6xth sense trus maju…
cha!yo….
October 20th, 2008 at 2:21 pm
album kedua kamu keren bangget. saya suka album kulitnya
saya suka suara adi dan band nya. lagunya menusuk ke jiwa…
adi priyo RoCks……
November 10th, 2008 at 2:39 pm
6ixth sense bagus banget…aduh..aku tu kaya’nya udah jatuh hati deh ama vokalisnya….
November 22nd, 2008 at 2:07 pm
saye ngan kwn2 saye minat sgt kat 6ixth sense ni. mase jamuan akhir tahun sekolah tahun ni, kitorang nyanyi lagu x bisa memilihmu dgn lagu tanpa… feel giler… pas2 kalo miss kat kwn2, saye nyanyi la sorg2 lagu ni..hehehe…
December 11th, 2008 at 3:38 pm
lagu tanpa mmg best giler…bila aku dgr lg 2,rase sedih sgt..
6ixth sense,semoga BERJAYA eh..
Adi 6ixth sense mmg handsome …
I LOVE YOU,6IXTH SENSE
December 14th, 2008 at 9:52 pm
saya nie mmg kalau dgr lagu 6sixth sense mmg best…adi suara kamu mmg baguss..walaupn kamu semua x berjaya ke peringkat akhir muzik@ tapi teruskan perjuangan yerrr…saya suka lagu tanpa n x bisa memilihmu,,,
January 1st, 2009 at 9:04 pm
sye mnt gilerr ngan band 6th sense!lgu k0rang mmg melet0p abis!lebih2 lgi klu adi yg nyanyi lagu 2..s0re dye mmg bez la!sye n my c0usin nani n pikah mmg minat sgt ngan k0rang..adi,u ur s0 HANSMOME..alangkah beznye k0 jdi bf aku..apa2 p0wn 6th sense mmg bez!cYaLaH 6IXTH SENSE!LUV 6IXTH SENSE 4EVER N EVER!
January 3rd, 2009 at 12:34 pm
SYE MNT GILERRR NGAN SIXTH SENSE….KORANG MMG BESTTT!sblom nie sye jmpa adi kt sua rasa….mmg ensem la….klu adi jd bf sye x kn cri yg len….hehehe..walau pape pon sixth sense mmg bez!!!lgu terbru cinta y sempurna sye mnt gilerr!!!so..pape pon gud luck for u…i luv u sixth sense!!!
February 26th, 2009 at 3:54 pm
band sixth sense..pergh…bes giler tau…minat sgt tau…
March 8th, 2009 at 4:29 pm
band ni mmg aku ske sjak lagu hari ini dan semalam kuar,mmg best gle..
good luc sixth sense..aku hrp sixth sense boleh pergi london cam datuk siti nurhaliza,allahyarham sudirman… cayok sixth sense..
you always in my heart
March 15th, 2009 at 2:13 pm
bajek gOh r sOrg2
March 15th, 2009 at 2:16 pm
nebeng gOh………………….x sOh r bajet ngat!!!
April 12th, 2009 at 5:42 pm
wei hampa sixth sense wat la lgu utk aku lak bleh?
buboh nma paten..
d0lu ampa ad kn lagu pmpn dewi kli nie nma
aku lak la…
plizz 00………………. ahaks
aDi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
aku minat gla kt hg!!!
ur v0ice was so deliciUS!
April 15th, 2009 at 10:20 am
6ixth sense aq ske cgt band kowg,band kowg neiyh mmg best glew………..gempark glew r lgu band kome nieyh…….skunk ni band kome kn ade wt lgu bru kn tjk lgu nyer kalimh cinta kn…..bau td aq dgo lgu 2 mmg best glew ar……..cay0rk2………
June 19th, 2009 at 3:40 am
adi memang bes!!!!!!!!!!khatimah cinta amat mengusik jiwa.
July 2nd, 2009 at 2:52 pm
HALO,AS MILED YOU ARE MY HERO!
July 17th, 2009 at 7:51 pm
Teruskan kejayaan band yang disukai rmai…Lagu2 band korang x penah mieya miss coz cmua best cangat2!!!!!Especially,lagu t’baru “KHATIMAH CINTA”!!!Best cangat!!!!!!!!(”,)
November 26th, 2009 at 10:56 am
aq mNaT cNgaT2 ngan kmpuLaN baNd 6ixtH sEnsE ..
bLa ark 6ixtH sEnsE mAw twOn bNdaraN pariT bNtaq ..??
kaN bwu gEmpAq ??
huhu ..
lgu2 6ixtH sEnsE sEmua nYa bEsT gLeRrr ..
hehe ..
6ixtH sEnsE twOs kaN pEjuaNg ngaN aNda k …
…..6IXTH SENSE BEST…….
November 26th, 2009 at 5:08 pm
ohaiyogozaimasuta!!6xthsense band Malaysia tbaek,bkualiti..ol da bez 4 ualls..for syazwan hasnan,mohd fairuz ramli,mohd faiz azizi arlis,mohd azmi yahya dan adi priyo..smuanya berbakat dan handsome2 bkn adi swg je..
December 19th, 2009 at 11:59 pm
HAI KMPLN 6IXTH SENSE…!!!!!!!!!!!!!! I LOVE U KORANG…… 6IXTH SENSE THE BEST!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! GMBR U ALL MMG COOL GLER….
January 2nd, 2010 at 12:24 am
adi ……..w0w encem er,,,,,,pupu aq mnt gler r,,,
ai,,,,u r da best……….
June 13th, 2011 at 6:42 am
hai…adi