in

Album CINTA SEJATI Koleksi Lagu Cinta Yang Syahdu

CINTA adalah nadi kehidupan. Tanpa mengenal usia, tidak kira tua, muda, lelaki mahupun perempuan, CINTA hadir sebagai pelengkap kehidupan.

Menyentuh perihal kepelbagaian ekspresi CINTA ini disebarkan, terdapat beberapa medium yang biasanya digunakan. Antara medium yang popular adalah melalui coretan novel, penerbitan filem, drama dan juga penghasilan lagu-lagu. Kesemua medium ini digunakan sebaiknya oleh para penggiat seni untuk berkarya dan berkongsi perasaan indah ini.

Sementara filem-filem dan coretan-coretan penulisan membuai perasaan kita melalui karakter-karakter yang diwujudkan, lagu-lagu bertema CINTA pula menjadi tema kepada peristiwa-peristiwa dalam sepanjang perjalanan kehidupan seseorang. Dengan mengimbau kenangan-kenangan indah dalam meniti sesebuah percintaan, lagu-lagu CINTA ini kekal dalam ingatan.

Album CINTA SEJATI Koleksi Lagu Cinta Yang Syahdu

Bagi berkongsi ekspresi CINTA, WARNER MUSIC MALAYSIA dengan kerjasama CD RAMA kini menampilkan sebuah album kompilasi lagu-lagu cinta yang sangat menarik! Dengan menampilkan 28 buah lagu-lagu yang mengasyikkan, album ini membariskan lagu-lagu cinta daripada barisan artis-artis popular tanah air.

Album ini menampilkan lagu nyanyian HAFIZ & ADIRA bertajuk OMBAK RINDU yang menjadi tema kepada filem adaptasi novel hasil penulisan Fauziah Ashari. Filem arahan Osman Ali dibawah penerbitan Astro Shaw Sdn Bhd ini telah mencecah kutipan sebanyak RM15 juta di pawagam. Setelah membaca karya penulisan dan menonton filem syahdu, anda kini berpeluang mengabadikan lagu daripada kisah percintaan Izzah dan Hariz ini dalam bentuk cakera padat!

Beberapa lagu tema filem kegemaran lain turut dimuatkan dalam album ini seperti SEDETIK LEBIH (filem HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA) oleh ANUAR ZAIN, SEMBILU KASIH (filem SEMBILU 2) oleh ZIANA ZAIN, serta MY HEART (filem HEART) oleh IRWANSYAH & ACHA SEPTRIASA. Selain itu, terdapat juga irama-irama yang tidak asing lagi seperti BUNGA BUNGA CINTA daripada MISHA OMAR, BELAIAN JIWA oleh INNUENDO, MERISIK KHABAR oleh SUDIRMAN, 3 MALAM TANPA BINTANG oleh FIQ, juga PERPISAHAN TERASING oleh KRU.

Album ini turut membariskan artis-artis lain seperti SHEILA MAJID, KRIS DIYANTI, FAUZIAH LATIFF, FAIZAL TAHIR, EKAMATRA, dan ramai lagi !

Sesuai bagi mereka yang berjiwa romantik, dapatkan album CINTA SEJATI yang mengandungi 2 CD ini boleh didapati hanya di tokoh-tokoh muzik CD RAMA seluruh negara dengan harga RM19.90 sahaja!

Berikut adalah senarai lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini:

DISC 1

1. Ombak Rindu – Hafiz & Adira
2. Kau Ilhamku – Man Bai
3. My Heart – Irwansyah & Acha Septriasa
4. Sentuhan Kecundang – Ekamatra
5. Bunga Bunga Cinta – Misha Omar
6. Antara Anyir Dan Jakarta – Sheila Majid
7. Belaian Jiwa – Innuendo
8. Merisik Khabar – Sudirman
9. Perpisahan Terasing – Kru
10. Retak – Ella
11. Hati Ini Telah Dilukai – Ajai & Kris Diyanti
12. Sembilu Kasih – Ziana Zain
13. Kesetiaan – Siti Sarah
14. Enggan – Fauziah Latiff

Disc 2

1. Sembilu – Ella
2. Sonata Musim Salju – Hazami
3. Getaran Cinta Di Jiwa – Liza Hanim
4. Suci Dalam Debu – Iklim
5. Awan Yang Terpilu – Ning Baizura
6. Tuhan Tolonglah – Vince
7. Menghitung Hari – Kris Diyanti
8. Gubahan Rindu Puisi Syahdu – Fauziah Latiff
9. Cinta Jangan Kau Pergi – Shiela Majid
10. Sedetik Lebih – Anuar Zain
11. Ingin Bersamamu – Syafinaz
12. Bencinta – Faizal Tahir
13. 3 Malam Tanpa Bintang – Fiq
14. Mustika – M Nasir

EKSKLUSIF DI CD RAMA SELURUH NEGARA !

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Joe Brooks Jadi Tetamu Khas Secara Langsung Di Bella

Lirik Lagu I Heart You dari SMASH